Solat ada markah

Baca apa hari ini

BERAPA PERATUS pahala solat yang kita dapat?
Penentunya KHUSYUK dan PENGHAYATAN pada solat.

KHUSYUK; ketika solat putuskan hubungan dengan dunia kerana memberi tumpuan berhubung dengan Allah. 
PENGHAYATAN; hayati bacaan dan perbuatan dalam solat, sujud hanya kepada Allah semata-mata. 

PAHALA SOLAT DIBERIKAN oleh Allah sejauh mana kekhuyukan dan penghayatan.
Ammar bin Yasir meriwayatkan daripada Rasulullah:

إنَّ الرَّجلَ لينصرِفُ ، وما كُتِبَ لَه إلَّا عُشرُ صلاتِهِ تُسعُها ثُمنُها سُبعُها سُدسُها خُمسُها رُبعُها ثُلثُها ، نِصفُها
“Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)”
(Riwayat Abu Daud, hasan).

Kata Ibn Abbas RA: “Kamu hanya memperolehi daripada solatmu menurut APA YANG KAMU SEDAR ketika menunaikannya.” 

Pahala solat amat besar, namun pahala itu MENGIKUT KADAR mana khusyuk dan penghayatan seseorang itu kepada Allah.

Sungguhpun SUKAR untuk mencapai KESEMPURNAAN solat, tetapi BUKAN MUSTAHIL untuk mencapainya.

Muhasabahlah. BERAPA NILAI SOLAT kita disisi Allah.

USAHA26052025

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kata-kata hikmah 2