Posts

Showing posts from 2022

Tingkatkan rasa syukur

Image
  Syukuri hidup ini walau dalam apa jua keadaan walau apa jua dikurniakan Gembirakan dirimu Terima apa saja yang datang Cari jalan ke arah kebaikan Mohon bantuan Sang Pencipta Permudahkan urusan

Kalau kamu orang yang berakal

Image
Tidakkah kamu perhatikan Kejadian alam Langit dan bumi Siang dan malam Yang merupakan Kejadian yang menakjubkan Gunalah akal Untuk memikirkan surah ali-imran ayat 190 - 191

Sifat kedekut dan balasannya

Image
Kedekut Bakhil Dengan harta benda Yang diberikan oleh Allah Bukan milik kita Hendaklah kita didik hati Untuk melepaskan apa yang ada Dengan ikhlas Surah ali-imran ayat 180

Alquran rujukan yang universal

Image
Alquran adalah untuk semua manusia Ilmu dan panduan untuk semua Penerangan, penjelasan  Tentang banyak perkara kehidupan Tanpa mengira Bangsa Agama Usah ragu-ragu lagi Tentang kebenarannya Ajarkanlah! Sebarkanlah!

Bagaimana mendapatkan pengampunan Allah

Image
Formula sudah diberi Cuma tanya pada hati Sejauh mana yang kau mahu Bertindaklah! Sambungan...

Tanda kasih sayang Allah

Image
Maryam wanita agung Anak perempuan Imran Asalnya dinazarkan ibunya Untuk kebaikan Tinggal di mihrab Nabi Zakaria dipertanggungjawabkan Menjaga Maryam Surah al-Imran ayat 37

Formula menjadi hamba

Image
Bertaubat Mohon dijauhi dari api neraka Sabar Jujur Taat Membelanjakan harta ke jalan Allah Beristighfar pada waktu sahur

Sifat manusia

Image
Secara amnya Manusia itu Terleka dengan dunia Perkara yang diingini nafsu Perempuan Anak pinak Harta benda Binatang ternakan Kebun tanaman

Maha Besarnya Allah

Image
Maha segalanya Maha tahu Maha melihat Di awal sural ali-Imran Tentang penciptaan manusia Surah al-Imran ayat 6

MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI (EQ)

Image
 APA ITU EQ? Semua orang tahu apa itu IQ, ia melambangkan tahap kepintaran akal manusia. Tanda seseorang itu punya IQ yang tinggi biasanya pelajar yang "score " di bidang akademiknya. EQ seseorang itu kurang diberi perhatian kerana tiada kertas soalan yang boleh menyukat EQ.  Jadi apakah tanda EQ seseorang itu tinggi?  Seseorang yang EQnya tinggi adalah biasanya disenangi semua orang, pandai mengurus emosi sendiri dan mampu menyelesaikan masalah hidupnya dengan lebih baik. LANGKAH-LANGKAH: Dengan memahami ciri-ciri setiap WARNA emosi seseorang, kita berupaya untuk meningkatkan EQ kita. Mulakan dengan diri sendiri. Kemudian orang terdekat / keluarga. Meningkatkan EQ kita adalah satu proses penambahbaikan diri. Ia mengambil masa yang lama untuk merubah diri sendiri. Antara peringkat yang perlu dilalui: mengurus emosi sendiri, memahami dan menyesuaikan diri dan emosi, memahami tahap emosi orang lain, berinteraksi dengan orang lain. Di akhirnya, kita menjadi seorang yang lebih ma

Galakan berbelanja dan ganjarannya

Image
Terlalu berganda-ganda ganjarannya bagi mereka yang membelanjakan harta  untuk jalan Allah Subhanallah! Surah al-Baqarah ayat 261 Namun begitu Jangan lupa menjaga adab dalam memberi supaya ganjaran pahala tidak lebur begitu saja   Surah al-Baqarah ayat 262 Surah al-Baqarah ayat 263 Surah al-Baqarah ayat 264

Allah sebaik-baik pelindung

Image
Beruntunglah orang-orang yang beriman Allah sebaik-baik Pelindung Yang mengawal dan menolong Surah Al-Baqarah ayat 257

Berbelanja ke jalan Allah

Image
Galakan Saranan Untuk membelanjakan harta Yang diberi Allah Untuk ke jalan Allah Surah al-Baqarah ayat 245 Surah al-Baqarah Ayat 254

ORANG KUNING - TERPERINCI

Image
 Mari kita fahami tentang ciri-ciri orang KUNING. CIRI-CIRI UTAMA: Tersusun, teratur. Perancang yang teliti. Spesifik. Rapi. Berhati-hati dalam setiap perkara. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang KUNING sesuai bekerja dengan fakta, data dan kira-kira. Mereka tidak kesah kerja yang rutin dan mendatar. Bidang kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi sangat mengujakan mereka. SISI GELAP ORANG KUNING: Orang KUNING mudah dilabelkan sebagai lambat dan cerewet. Ini kerana mereka perlu berhati-hati dalam kerjanya. Ada pula yang terlalu teliti sehingga menjadi seorang "perfectionist". Ada juga yang menjadi "rigid" sehingga orang lain mesti ikut cara dia saja kerana dia merasakan cara kerja dialah yang terbaik dan tak boleh ubah-ubah. Jadi perlu belajar untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak.

Perihal sihir

Image
Salah satu ayat terpanjang dalam surah ini Perihal asal usul ilmu sihir Datangnya dari malaikat Harut dan Marut Dari negeri Babil (Babylon) Harut dan Marut sudah menasihatkan tentang ilmu sihir ini Sesiapa yang belajar akan tangguh akibatnya Boleh menyebabkan seseorang itu kafir .   Bukanlah ilmu sihir ini seperti dakwaan Yahudi Dipelajari semasa pemerintahan Nabi Sulaiman Seorang penyihir Malah, Allah membersihkan nama Nabi Sulaiman dalam ayat ini . Kesan sihir yang paling memudaratkan adalah memisahkan suami isteri kerana ia memusnahkan institusi keluarga hatta menghancurkan negara seluruhnya . Sikap orang Yahudi yang tidak harus kita ikuti... 1. merendah-rendahkan Nabi Sulaiman 2. menolak kitab yang diutuskan kepada Rasulullah, hanya mahu berpegang kepada Taurat 3. disibukkan dengan ilmu sihir dan hal-hal dunia, terjadi dengan izin Allah juga 4. ilmu sihir itu memudaratkan dan membahayakan mereka 5. menjual akhirat kerana mengejar duniawi . Surah Al-Baqarah a

Berperang dan Pinjaman

Image
Berperanglah pada jalan Allah Mempertahankan agama Allah Sesiapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah Allah akan melipatgandakan ganjaran untuknya Surah al Baqarah ayat 244 - 245

ORANG HIJAU - TERPERINCI

Image
 Kita lihat pula ciri-ciri orang HIJAU. CIRI-CIRI UTAMA: Empati tinggi. Lemah lembut. Menjaga perasaan dan hati orang lain. Susah berkata tidak. Berjiwa penyayang. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang HIJAU sesuai bekerja di bidang yang berisiko rendah. Sifat suka bergaul dan bermesra dengan orang amat diperlukan di bidang kesukarelawan, pendidikan dan juga kaunseling. SISI GELAP ORANG HIJAU: Jika orang HIJAU terlalu bergantung pada orang lain, dia akan dibuli oleh orang lain yang lebih berkuasa darinya. Ada pula orang HIJAU yang menjadi over-protective kerana terlalu cemburu, takut kehilangan orang yg sangat disayanginya.

Sabar dan solat sebagai penyelamat

Image
Mintalah pertolongan dari Allah Dgn sabar dan solat Jika kamu orang yang beriman Surah al-Baqarah ayat 153

Bila isteri kematian suami...

Image
Bila kematian suami, Beridahlah selama waktu Yang ditentukan Demi menjaga diri Surah Al-Baqarah ayat 234

Perihal buah zaqqum

Image
Makanan untuk orang yang zalim Kepada diri sendiri Ngerinya Sakitnya Azabnya! Buatlah keputusan yang betul Usah menzalimi diri sendiri Surah as-Saaffat ayat 63 - 69

ORANG BIRU - TERPERINCI

Image
  Di sini kita pelajari pula tentang ciri-ciri orang BIRU. CIRI-CIRI UTAMA: Santai dan suka bergurau senda. Pentingkan perdamaian dan keharmonian. Berlapang dada. Rajin membantu. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang BIRU sesuai bekerja dalam bidang seni terutama dalam suasana yang relaks dan santai.  Contohnya, bagi yang suka memasak, boleh buka kedai makan.  SISI GELAP ORANG BIRU: Jika terlampau santai dan ambil mudah, orang BIRU boleh mengabaikan tanggungjawabnya. Bagi yang sudah kaya raya, orang BIRU boleh menjadi boros dan hidup untuk berseronok saja. Beringatlah jika terasa lupa diri.

Membina keyakinan diri

Image
 Membina keyakinan diri @ikim.fm (ust Pahrol) Tarikh rakaman: 03-04-2014 Rujukan di youtube FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=768206186522782&set=a.201285379881535.53339.133986386611435&type=1&theater Dalam situasi kecemasan, perlu keyakinan. @3:00 Analogi:  Bila terjadi dentuman dalam kapal terbang, Pilot yg yakin, akan menenangkan penumpang. Pilot yg gelabah, akan huru harakan keadaan. Pilot2 ini dilatih dlm suasana yang sama, silibus yang sama.  Apa yg membezakan situasi adalah KEYAKINAN. Kehidupan kita adalah satu perjalanan, pilotnya adalah kita sendiri. Bagaimana pentingnya keyakinan kepada orang lain? (belum lagi peri pentingnya keyakinan kepada diri sendiri) Cth: kita yakin dengan guru yang ajar anak2 kita. kita yakin dengan polis trafik ketika dalam kesesakan trafik. kita yakin dengan doktor yang merawat, ambil ubat yang diberi. . adanya kehidupan sebab kita ada keyakinan dengan orang lain. kalau kita tak yakin dengan orang lain itu, kita boleh tukar. . T

ORANG MERAH - TERPERINCI

Image
 Mari kita kenali ciri-ciri orang MERAH. CIRI-CIRI UTAMA: Cepat dan pantas.  Punya halatuju hidup yang jelas.  Tahu apa yang dia mahu.  Suka mempunyai kuasa dan kawalan.  Berani dan sukakan cabaran.  PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang MERAH sesuai bekerja di bidang kerja beruniform, penguatkuasaan. Bidang mencabar dan berisiko tinggi menjadi tumpuan meraka. SISI GELAP ORANG MERAH: Jika terlalu berani, orang MERAH boleh terpengaruh dan berfikir dialah yang paling bagus. Mereka juga boleh menjadi sombong dan keras hati, suka melawan atau pentingkan diri sendiri. Ruang untuk menjadi sombong itu besar kerana merasakan dirinya yang terbaik dan paling berkuasa. Orang MERAH harus berhati-hati supaya tidak terjebak ke dalam sisi gelap ini.

Jenis-jenis ujian dalam kehidupan

Image
Pakej kehidupan disertakan dengan ujian... Setiap ujian itu pula setimpal dengan kemampuan seseorang itu Apakah jenis-jenis ujian itu? KETAKUTAN (KEPADA MUSUH) KELAPARAN KEKURANGAN HARTA BENDA, JIWA, HASIL TANAMAN Apaka ucapan yang digalakkan bila menerima ujian? Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada Allah kami akan dikembalikan Surah Al-Baqarah ayat 155 - 156

EMPAT PERSONALITI MANUSIA (WARNA)

Image
Dalam artikel yang lepas, kita sudah fahami 4 KUADRAN WARNA EMOSI yang terdiri dari MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Kita juga sudah faham apa maksud paksi-X dan paksi-Y. Secara amnya, ciri-ciri perwatakan ini telah "built-in" sejak kita dilahirkan. Setiap kita, punya kombinasi yang berbeza.  Paling mudah untuk kita perhatikan, dari adik beradik satu ibu dan bapa, pasti punya personaliti yang berbeza. Orang MERAH - pantas, suka buat keputusan, ada halatuju. Orang BIRU - santai-santai saja, suka berdamai. Orang HIJAU - sangat ambil berat tentang orang lain dan apa orang lain fikir. Orang KUNING - sangat teratur, seorang perancang yang baik. Apabila kita faham bahawa setiap orang berbeza personalitinya, ada "in-born" / "coding" tersendiri, kita sudah boleh kaitkan dengan warna emosinya.  Ini bermakna untuk warna emosi seseorang itu, kita faham bagaimana suasana yang orang itu selesa berada/bekerja/berinteraksi. Contoh respon mengikut keadaan/suasana. 1. dalam

APA ADA PADA PAKSI-X DAN PAKSI-Y

Image
SEBELUM INI Mari kita perhatikan apa yang digambarkan di paksi-X dan paksi-Y kuadran. PAKSI MELINTANG (PAKSI-X) Paksi-X menggambarkan keselesaan seseorang dalam berhubung dengan orang lain atau tugasannya. Orang BIRU dan HIJAU lebih suka berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai berbanding dengan orang MERAH dan KUNING. Ini kerana orang BIRU dan HIJAU ambil berat dan beri perhatian kepada orang lain. Dia lebih mengutamakan menjaga hubungan sesama manusia dari menyempurnakan tugasannya. Dia sangat prihatin terhadap kebajikan orang lain. Dia mudah merasa simpati dan kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Dia sentiasa ingin membantu orang lain.  Berbeza dengan orang MERAH dan KUNING. Dia lebih fokus pada tugasannya. Bila diberi tugasan, dia merasa berkuasa mengawal apa yang dia lakukan. Dia tak perlu berhubung dengan orang lain dan terus saja menyiapkan kerja-kerjanya.   PAKSI MENEGAK (PAKSI-Y) Paksi-Y pula menggambarkan energi yang dibawanya dan keterbukaan seseorang terhadap s

KUADRAN WARNA EMOSI

Image
PENGENALAN: 1. Setiap orang memaparkan emosinya dalam bentuk tingkah lakunya. Secara semulajadi, setiap orang akan mempamerkan apa yang dia rasa dalam satu-satu keadaan. Perwatakan seseorang itu terserlah daripada apa yang dia selesa lakukan. 2. Kuadran Emosi terbahagi kepada empat warna. Setiap orang dilahirkan (in-born) dengan satu warna (primary). Kebiasaannya, warna primary dan sekunder merupakan kombinasi sebelah menyebelah di kotak kuadran. 3. Setelah kita ketahui warna-warna emosi ini, kita haruslah belajar untuk mengenali: a) warna emosi diri sendiri, b) warna emosi orang-orang terdekat dengan kita, c) ubah atau seimbangkan untuk mewujudkan suasana damai dalam sesebuah institusi. HURAIAN KUADRAN WARNA 1. MERAH Orang MERAH adalah orang yang punya halatuju kehidupan, berani  membuat keputusan, suka mengawal, memberi arahan, sukakan cabaran. Dia cepat dan pantas. Tak suka lambat-lambat. 2. BIRU Orang BIRU pula adalah orang yang santai, suka bergurau senda,  berlapang dada, memaafk

Penghargaan Allah terhadap manusia

Image
Allah menganugerahkan (rewards) manusia yang sempurna imannya. dengan Jiwa yang tenang. Jiwa yang redho lagi diredhoiNya. Allahu! Surah al Fajar ayat 27 - 28

Tujuan hidup

Image
Apa tujuan hidupmu? Perjuangan mencari Allah Manusia diciptakan dalam susah payah Untuk mencari Allah Surah al -Balad ayat 4

10 Tips Mendapat Cinta Allah

Rujukan: 10 tip dapat cinta Allah 10 Tips Mendapat Cinta Allah || Ustaz Abd Muein Abd Rahman 1. BACA AL-QURAN. - baca, tadabur/faham isi kandungan alquran dan beramal dengannya. - semuanya ada dlm alquran. kena tahu apa yg Allah suka, kita buat.  kisah sahabat yang tak berhenti solat, walaupun dipanah.  tanda2 tak cinta Allah: - bila baca alquran, tak seronok. - bila dengar alquran, nak cepat2 habis. sampai bila tak nak baca dan amalkan apa yang ada dalam alquran? mencari lailatul qadar, malam diturunkan alquran itu. mcm mana nak layak dapat lailatul qadar kalau alquran tak suka baca? 2. DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH. - dengan dirikan solat sunat selepas solat fardhu. - buat yang fardu itu wajib. - lagi banyak buat yang sunat, lagi Allah cinta. - matanya melihat yang Allah redho saja. - tangannya membuat yang Allah redho saja. - kakinya melangkah yang Allah redho saja. - mendahulukan cinta kpd Allah, dari nafsu kita sendiri. 3. SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH, DALAM SEMUA KEADAAN. - Nabi b

Yang Maha Pengatur, Perancang

#AsmaulHusna  Assalamualaikum wrt para sahabat sekalian, Hari ini saya ingin berkongsi Nama Allah, iaitu: 🌹Ya Baarik. Allahumma Ya Baarik - Yang Maha Mengatur segalanya Zikirlah: Allahumma Ya Fattah Ya Nur Ya Baarik. Berapakah jumlahnya? Zikirlah sebanyak yang mungkin sehingga kita larut dalam aturan Ilahi. Serahkan segala urusan kehidupan kita di bawah naungan dan pentadbiran Ilahi, Tuhan Yang Maha Tinggi.  Kita tidak berdaya mentadbir dan melaksanakan urusan kehidupan kita seperti yang kita inginkan. Serahlah secara total kepada Aturan Allah Yang Maha Mengatur segala agenda kehidupan daripada yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar alam buana. Bicara Hati: Allah Yang Maha Mengatur segala urusan kehidupanku dan urusan dunia. Allah Yang Maha Mengatur, agendakanlah tindakan bermanfaat dalam mengalirkan kemanfaatan ilmu kepada ummah. ❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️

Rawat anak sakit perut

Ana Kamdani: Assalammualaikum...Ita ...apakan zikir utk anak yg kerap sakit perut...mengganggu persekolahan... Kerap cuti sek... Sy dh bawa klinik..bawa hospital...x ray...tapi dkter kata cuma angin sahaja... Terima kasih CDPR Ita Marina: #jawapan  Puan, Boleh jugak suruh anak zikirkan, set ini sebnyak mungkin. 🌹 ya fattah ya latif atau... 🌹 ya fattah ya salam Zikirlah sebanyak mungkin. Insya Allah angin akan keluar  daripada perut anakanda puan.

Perihal Nabi Nuh

Image
Lihatlah keutamaan Nabi Nuh... Always for Allah - number ONE. Anak dan isteri yang kufur. Terus ditinggalkan Surah Nuh, ayat 27

Sifat manusia suka mengeluh

Image
Manusia dijadikan suka mengeluh. Di kala susah dan juga senang. Berkeluh kesah dan gelisah apabila susah. Berkira-kira dan kedekut apabila senang dalam kemewahan harta. Surah Al Maarij, ayat 19 - 21

Tempat naik ke langit

Image
Al-makhrij adalah tempat naik/landasan dari lapisan langit ke lapisan seterusnya. Siapa yang naik? Para malaikat dan Jibrail. Kalau menghadap Allah, ambil masa satu hari.  Kalau dilakukan oleh manusia, memakan masa 50 ribu tahun.  Naik ke mana? Naik ke langit yang tinggi. Surah Al Maarij, ayat 3 - 4

Sihat mental - menjadi pendengar

Image
KESIHATAN - Fahamkah Kita Kesihatan Mental? Rujukan: Fahamkah kita kesihatan mental? 10-Okt hari kesihatan mental sedunia Tema 2022 = kesihatan mental keutamaan global #1. kesihatan mental VS penyakit mental Kesihatan mental melibatkan cara berfikir seseorang dan hasil tingkah laku. Sihat mental bermakna berupaya untuk mengawal selia (regulate) kehidupan dengan seimbang. Faham bahawa hidup juga bukanlah stress-free. Bila dilanda stress, seseorang itu boleh kawal dan menangangi dengan baik untuk satu tempoh masa. Penyakit mental pula adalah sakit di mana seseorang itu tidak mampu mengawal fikiran dan emosinya. Sukar untuk berfungsi atau menjalankan peranannya sebagai isteri, ibu, pekerja pada tahap yang optimum. Perlu dapatkan rawatan untuk memulihkan keadaannya. Kebiasaannya, tiada siapa yang tahu atau ambil peduli, terus saja mereka dilabel sebagai gila, sakit jiwa dsb. Sebagai orang terdekat, rakan sekeliling, ahli keluarga patut perhatikan tanda2 dalam orang sekeliling, dan bantu at

Bagaimana Allah menjawab

Syuhaida: Kakita, bagaimanakah Allah menjawab permintaan kita? Adakalanya kita nampak dgn jelas... tp adakalanya ada detikan hati.. detikan hati ini yg xnyata dn takut utk diyakini... allahu allah CDPR Ita Marina: #jawapan Assalam Syu, Untuk semua sahabat, jangan salah faham saya bukan ustazah. Saya hanya manusia biasa yang bukan ada degree pengajian Islam pun. Bidang saya ialah perakaunan. Tetapi, saya buka telegram group ini kerana ingn berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pencari ilmu diri bagi mengenal Allah Yang Esa.  Buat Syuhaida dan sahabat lain, jika kita ragu dengan pertunjuk Ilahi, maka dengan kerendahan jiwa sebagai hamba, perbanyakkanlah lagi ibadah kepada Allah SWT. Apakah yang perlu dilakukan? 1. Solat taubah selalu agar kita memohon keampunan dan taubat daripada Yang Maha Esa. 2. Solat tahajud banyak-banyak. Jika berkemampuan buatlah 12 rakaat di waktu eksklusif hening pagi. 3. Zikir... (a) Istighfar 1000x - istighfar ini merupakan proses penyucian jiw

Tempat balasan bagi orang yang ingkar

Image
Amat menakutkan... Peringatan buat diri sendiri Berusahalah menjauhi tempat ini Berlindunglah dari api yang menggelegak ini Sedangkan secebis api dunia pun kita sudah sakit Tak tahulah betapa azab sengsara dengan api yang mendidih, meledak Surah Al.mulk ayat 7 & 8

Perihal musibah

Image
Semua yang berlaku itu dalam pengetahuan Allah. Tanpa izinNya, tidaklah berlaku. Surah At-Taghabun ayat 11

Menafkah ikut kemampuan

Image
Dalam konteks suami dengan isteri2nya. Tanggungjawab suami untuk memberi nafkah mengikut kemampuannya. Penegasan: - Allah tak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya yg diberikan Allah kepadanya. Surah at Talaq, ayat 7.

Berniaga Dengan Allah

Image
Kemenangan dapat diperolehi hanya dengan pengorbanan. Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Apa maksud rugi? Umpama dalam berniaga, untung tak dapat, modal pun hangus. Ayat ini Allah menawarkan satu peluang yang sangat tinggi ganjarannya. Tidakkah kita teruja? Surah As Saff ayat 10, 11

Berbisik dengan kejahatan

Image
Dalam surah al-mujadalah ayat 10,  Allah mengingatkan supaya manusia tidak terpengaruh dengan bisikan/hasutan syaitan untuk lakukan dosa atau bermusuhan,  yang menyebabkan manusia berdukacita/sedih tanpa sebab yang kukuh.    Surah al-Mujadalah ayat 10

Perihal siang dan malam

Image
Hebatnya kejadian siang dan malam Faedahnya untuk manusia... Malam untuk berehat Siang untuk berusaha Surah Ghaafir ayat 61

Pencipta yang Maha Hebat

Image
Hebatnya Allah! Menjadikan langit dan bumi Menciptakan manusia Menghidupkan semula sesudah mati Tak perlu effort pun, terus jadi Surah Ghaafir ayat 57

Jangan ada rasa sombong di hati

Image
Kesombongan merosakkan kita Jauhi rasa sombong di hati Surah Ghaafir ayat 56

Perihal malaikat makhluk Allah

Image
Allahu akbar! Betapa hebatnya makhluk-makhluk Allah Mereka bertasbih untuk kita... Surah Ghaafir ayat 7

Malaikat yang menjaga manusia

Image
Dalil menunjukkan bahawa setiap manusia ini dijaga oleh malaikat dari empat penjuru - kiri, kanan, depan dan belakang. Ya Allah! Ya Hafiz! Engkaulah sebaik-baik penjaga yang memelihara dan melindungi makhlukMu! ---------------------------------------------------- Ar-Ra'd 13:11 لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ  English - Sahih International For him [i.e., each one] are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah. Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron. Malay - Abdullah Muhammad Basmeih Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih b