KUADRAN WARNA EMOSI - EMPAT PERSONALITI MANUSIA
Dalam artikel yang lepas, kita sudah fahami 4 KUADRAN WARNA EMOSI yang terdiri dari MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING.
Kita juga sudah faham apa maksud paksi-X dan paksi-Y (RUJUK DI SINI).
Secara amnya, ciri-ciri perwatakan ini telah "built-in" sejak kita dilahirkan. Setiap kita, punya kombinasi yang berbeza.
Paling mudah untuk kita perhatikan, dari adik beradik satu ibu dan bapa, pasti punya personaliti yang berbeza.
Orang MERAH - pantas, suka buat keputusan, ada halatuju.
Orang BIRU - santai-santai saja, suka berdamai.
Orang HIJAU - sangat ambil berat tentang orang lain dan apa orang lain fikir.
Orang KUNING - sangat teratur, seorang perancang yang baik.
Apabila kita faham bahawa setiap orang berbeza personalitinya, ada "in-born" / "coding" tersendiri, kita sudah boleh kaitkan dengan warna emosinya.
Ini bermakna untuk warna emosi seseorang itu, kita faham bagaimana suasana yang orang itu selesa berada/bekerja/berinteraksi.
Contoh respon mengikut keadaan/suasana.
1. dalam suasana bekerja, kita perlukan pamerkan emosi KUNING. tersusun, berhati-hati, tidak kelam kabut.
2. dalam suasana melawat orang meninggal dunia, kita perlu tunjukkan emosi HIJAU dan melahirkan simpati.
Dalam kedua-dua suasana di atas, kalau ada orang yang datang itu pamerkan BIRUnya, santai saja dan bergurau senda sentiasa, tentulah pelik.
3. Bila kita mengatakan "common sense laaa...takkan itu pun tak tahu!"
Cuba tanya semula diri kita.. Sebenarnya kita "common sense" itu menurut siapa?
Kerana lain orang, lain "common sense"nya.
Inilah tujuan kita mempelajari ilmu ini.
Supaya kita dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang kepintaran emosi.
Amatlah penting untuk kita mengekalkan kehidupan yang harmoni terutama dengan orang-orang terdekat dengan kita.
Bertindak bersesuaian dengan keadaan persekitaran dan rasa yang sedang dialami oleh seseorang itu.
Menyeimbangkan rasa mahupun pemikiran diri sendiri berbanding dengan orang lain, menjadikan kita lebih peka dengan perasaan orang lain.
TINDAKAN ANDA
Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah ini:
1. kenali warna emosi dalam diri kita (rating emosi 1 - 4),
2. kenali warna emosi dalam orang-orang terdekat / di sekeliling kita,
3. amalkan demi menyeimbangkan dan meningkatkan tolak ansur (toleransi) sesama manusia.
Semoga memberi munafaat!

Comments
Post a Comment