30 PETUA KEHIDUPAN

 👵🏻 INFO WARGA EMAS👴🏻


  Hari Lanjut Usia Kebangsaan  (HLUK)


                   Usia 

🌻 40 – 50 tahun:

           Sudah berusia*,

🌻 50 – 59 tahun:

         Pra-Warga Emas,

🌻 60 – 69 tahun

         Warga Emas Muda,

🌻 70 – 79 tahun : 

         Warga Emas Madya,

🌻 80 – 89 tahun:

        Warga Emas Paripurna,

🌻 90 tahun ke atas:

        Warga Emas

        Paripurna Kencana.


Masing-masing daripada kita pasti tahu di mana letaknya usia kita kini.


30 Petua Kehidupan Sihat di Usia Senja


1 Dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

2 Bergerak dengan tenang, tanpa tergesa-gesa.

3 Kurangkan saiz hidangan makanan.

4 Amalkan kepelbagaian dalam pemilihan makanan.

5 Utamakan makanan yang hangat, hindari ais.

6 Banyakkan minum air putih.

7 Kurangkan pengambilan garam.

8 Awalkan waktu makan malam.

9 Rajin bersenam dan kekalkan pergerakan tubuh.

10 Lapangkan dada, hindari cepat marah atau tersinggung.

11 Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri.

12 Taburkan senyuman setiap waktu.

13 Kenali dan terima diri seadanya.

14 Lupakan usia, raikan kehidupan.

15 Perluaskan jaringan pergaulan.

16 Suburkan rasa romantik dalam kehidupan.

17 Hiasi hidup dengan pelbagai hobi.

18 Elakkan terlalu mengejar nama atau keuntungan duniawi.

19 Rancakkan aktiviti melancong dan menjelajah.

20 Elakkan campur tangan dalam urusan orang lain tanpa keperluan.

21 Redha dan tenang menghadapi sebarang ujian.

22 Hayati dan nikmati kehidupan seadanya.

23 Banyakkan bersyukur atas segala nikmat.

24 Ringankan hati dengan gurauan.

25 Andai menjadi bahan gurauan, terimalah dengan senyuman dan keceriaan.

26 Mudah memaafkan, dan segera meminta maaf apabila bersalah.

27 Hindari sifat iri hati.

28 Bahagia di mana jua berada.

29 Nikmati setiap aktiviti dengan rasa syukur dan gembira.

30 Rajin beribadah dan beramal, serta ringan tangan membantu sesama.


Semoga kita semua terus menikmati usia yang diberkati, kehidupan yang sihat, jiwa yang tenang, umur yang panjang, dan manfaat yang melimpah, tanpa beban dunia yang memberatkan.


Semoga kita sentiasa sihat  dalam naungan dan rahmat Allah SWT. Aamiin


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kata-kata hikmah 2