Jihad ikut kemampuan masing-masing
[9:13 PM, 9/24/2025] Juha Laman Aman KKangsar: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Secara jujurnya saya sudah lama ingin membuat penulisan ini tetapi saya bukanlah seorang yang bijak dalam menyusun kata.
Akan tetapi, disebabkan sahabat-sahabat sukarelawan Global Sumud Flotilla sudah memasuki fasa yang sangat2 genting siap diserang dengan letupan yang ber-talu2 lagi, saya memaksa juga jari dan otak saya bekerja untuk menyampaikan penulisan ini.
Saya ingin menyeru sahabat-sahabat semua dengan menyelami satu Firman dari Kalam Ilahi :
{ ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }
[At-Tawbah: 41]
"BERANGKATLAH kamu baik dalam keadaan ringan ataupun BERAT dan BERJIHADLAH kamu dengan HARTA kamu dan DIRI kamu ke jalan Allah. Demikian adalah amat BAIK buat kamu jika kamu MENGETAHUI"
Ayat ini diturunkan untuk menegur Ka'ab Bin Malik bersama 2 lagi para sahabat kerana tidak menyertai perang Tabuk sehingga mereka bertiga dipulaukan selama 50 hari.
Berdasarkan FirmanNya, saya ingin menyeru sahabat-sahabat semua untuk berangkat dan berjihad.
Jika kaki dan tubuh kita tidak dapat menjejakkan kaki ke sana, benarkanlah jari-jemari kita berjuang dan berjihad di medannya. Berjihadlah kita menundukkan kemahuan kita.
"BERANGKATLAH dan BERJIHADLAH dengan HARTA kita dengan melepaskan sedikit kemewahan yang sangat kita cintai untuk perjuangan ini"
"BERANGKATLAH dan BERJIHADLAH kita dengan DIRI kita iaitu dengan melawan rasa malas kita untuk bangun bertahajjud/solat hajat dan berdoa untuk saudara2 kita di P, untuk keselamatan sukarelawan2 Sumud kita serta kejayaan misi yang diperjuangkan, dan juga untuk Issewwel beserta konco-konconya dengan Qunut Nazilah. Jika susah juga, bangunlah juga sebentar hanya untuk berdoa, dan berdoalah juga dalam setiap solat fardhu."
"BERANGKATLAH dan BERJIHADLAH kita dengan DIRI kita dengan mencari masa untuk mengetahui berita terkini mengenai P dan Global Sumud Flotilla. Dan kongsilah posting2 yang telah ditulis atau video2 yang telah disunting untuk menunjukkan tanda sokongan kita kepada mereka."
"BERANGKATLAH dan BERJIHADLAH kita dengan DIRI kita dengan menahan nafsu kita daripada membeli barangan yang diboikot. Teruskan kempen boikot dan sebar luaskan barangan2 yang diboikot, bukan sahaja dalam senarai BDS bahkan lebih lagi sekiranya mampu. Hiraukan suara2 sumbang mereka yang melabelkan diri kita sebagai 'terpaling boikot'. Lebih banyak yang kita mampu boikot, lebih baik. Kalau tak pasti barangan tertentu diboikot atau tidak, sekarang ada 'NO THANKS' apps yang membolehkan kita hanya scan barcode dan menunjukkan sebab barang tersebut diboikot beserta bukti jika barang tersebut diboikot."
Betapa malunya diri ini apabila menyaksikan sahabat-sahabat kita yang belum Muslim lebih hebat perjuangan mereka membela P. Ada yang sanggup dipenjara, ditangkap, dibelasah, ditarik sijil pendidikan hanya kerana bersuara membela P. Mereka lebih hebat berkempen dan menyuarakan boikot berbanding kita di Malaysia ini yang pantang ditegur mengenai boikot.
Untuk sukarelawan2 Sumud pula, ada antara mereka yang menjual kereta, memberi kapal milik mereka yang satu-satunya digunakan untuk mencari rezeki. Paling penting, mereka sanggup meninggalkan keluarga, mengorbankan nyawa demi P.
Jikalau kita mempunyai masa untuk bermain game ber-jam2, menonton drama Korea,China, Jepun dan anime ber-episode2 pada setiap hari, mana mungkin kita tidak mempunyai masa untuk kongsi 1-2 posting berkenaan P atau Sumud di social media kita.
Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, sudah berapa ramai rakyat P bersumpah akan menjadi musuh kita dengan menjadi penuntut/pendakwa dan bukan pembela kita di akhirat kelak sekiranya kita tidak melakukan apa2. Betapa ngerinya mendengar sumpahan tersebut.
Akhir kalam,Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, marilah kita memilih untuk menjadi salah satu tentera Allah di muka bumi ini dengan ber-sama2 berada dalam perjuangan ini.

FB Sakinah Najid
Comments
Post a Comment