APA ADA PADA PAKSI-X DAN PAKSI-Y



Mari kita perhatikan apa yang digambarkan di paksi-X dan paksi-Y kuadran.



PAKSI MELINTANG (PAKSI-X)

Paksi-X menggambarkan keselesaan seseorang dalam berhubung dengan orang lain atau tugasannya.

Orang BIRU dan HIJAU lebih suka berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai berbanding dengan orang MERAH dan KUNING.
Ini kerana orang BIRU dan HIJAU ambil berat dan beri perhatian kepada orang lain. Dia lebih mengutamakan menjaga hubungan sesama manusia dari menyempurnakan tugasannya.

Dia sangat prihatin terhadap kebajikan orang lain. Dia mudah merasa simpati dan kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Dia sentiasa ingin membantu orang lain. 

Berbeza dengan orang MERAH dan KUNING. Dia lebih fokus pada tugasannya. Bila diberi tugasan, dia merasa berkuasa mengawal apa yang dia lakukan. Dia tak perlu berhubung dengan orang lain dan terus saja menyiapkan kerja-kerjanya.




 

PAKSI MENEGAK (PAKSI-Y)

Paksi-Y pula menggambarkan energi yang dibawanya dan keterbukaan seseorang terhadap sekelilingnya.

Orang MERAH dan BIRU mempunyai energi yang tinggi. Dia sukakan cabaran, berani mengambil risiko, tidak takut gagal dan sentiasa pantas dalam setiap tindakannya.

Dia adalah seorang ketua yang punya kuasa dan kontrol. Dia suka menetapkan halatuju dan membuat keputusan. Dia juga seorang yang suka memberi arahan untuk mendapatkan sesuatu.

Lain pula dengan orang KUNING dan HIJAU.
Dia punya energi yang rendah, selalu nampak letih dan pendiam. Dia tidak suka ke hadapan, malah dia lebih selesa menerima arahan dari orang. Dia lebih senang bertanya untuk mendapatkan sesuatu. Dia melakukan sesuatu kerja dengan hati-hati, teratur dan senyap-senyap saja.


Begitulah kombinasi warna emosi yang dijadikan dalam diri manusia.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2