Hikmah Haji
Lessons from cerita haji :
Lepas kerja haji selesai kami tukar hotel. Dari hotel 1 yg dekat dengan tempat melontar, ke hotel 2 depan masjidilharam. Bila masuk, ada cukup katil 6 biji utk 6 orang. Dah pukul 11 malam. Semua orang penat nak tidur.
Haji 2018. Alhamdulillah di rezeki kan untuk pergi haji pada usia muda. Saya paling muda masa tu. Usia 38. Yg lain berusia 45-70. Perlu bawa diri utk hormat, belajar pelbagai hikmah kehidupan dari orang lain. Yg rata rata mereka semua bijak, helpful, dan punya banyak ilmu.
Tiba tiba ada seorang nenek tua masuk bilik kami. Keadaan beliau sangat penat, takut dan sakit.
"aku nak duduk bilik ni sekali dengan korang lah.." sambil beliau terus baring dan tidur di katil saya.
Melihat beliau sudah lena kepenatan, saya pun tak sanggup nak kejutkan. Nak tanya nama siapa? Bilik mana? Nak tukar katil dengan saya? Sy ok saja..
Tapi tak sanggup nak tanya. Habis tu saya tidur mana? Memandangkan semua orang penat. Mutawwif pun tak dapat dihubungi. Mutawwif kami memang bagus yg amat. Melayan apa pun karenah kami dengan senyuman dan sabar. Luar biasa yg amat. Banyak saya syukuri. Dan tak sanggup nak buat perangai malam buta.. Mutawwif pun nak rehat juga..
saya pun pujuk diri...
"it's ok. Bukan nya kau tak biasa. Camping dalam hutan pun boleh. Ni dalam hotel 5 bintang. Selesa! Ada carpet tebal. Ada air cond. Bantal? Macam tak biasa, masukkan pakaian dalam t-shirt. Berselimut telekung..." fikiran saya memujuk diri saya.
.
Tiba tiba..
Air mata bergenang...
.
Aku pun bayar jumlah yg mahal.
Kenapa aku tidur atas lantai saja...
Ting! Pemikiran negative datang.
Ketika ini lah perlu saring pemikiran.
Agar berbaik sangka.
Esok masih ada.
Untuk betulkan keadaan..
Bagaimana dengan anda?
Dan apa yg anda usahakan?
Pernah tak ada pemikiran negatif?
Terhadap taqdeer yg Allah aturkan?
.
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
.
Bagaimana nak baik sangka?
Pemikiran diri yg dikuasai penat dan rajuk memang boleh emo..
.
Teringat surah al syarh.
Bersama kesulitan ada kemudahan.
Diulang 2x..
.
Cuba berbaik sangka..
Tapi merajuk tetap menguasai..
.
Teringat surah adh dhuha.
Surah sebelum surah al syarh.
Bila tak mampu nampak kemudahan di sebalik kesulitan, maka perlu tingkatkan syukur dulu.
Surah ini Allah meyakinkan kita.
Allah tak pernah tinggalkan kita..
Penghujung surah adh dhuha..
Allah minta kita untuk nyatakan satu persatu kesyukuran kita..
.
Alhamdulillah.. Aku fit. Tak sakit badan walaupun berjalan sepanjang hari.
.
Alhamdulillah aku biasa camping. Tidur atas carpet ni? Tidur dalam aircond? Mewah sangat
.
Alhamdulillah ada ayat AlQuran menyaring pemikiran utk bersangka baik pada Allah.
.
Alhamdulillah pemikiran masih terkawal. Allah izin mulut tak laser pada orang tua yg sakit. Yg ambil katil.
Alhamdulillah pemikiran masih terkawal, Allah izin aku boleh ingat Allah!
.
Sedar sedar
Terjaga kerana azan..
Bila terlelap?
Ohh lena sungguh!!
Alhamdulillah
.
Menyaring pemikiran itu penting.
Itulah yang dilakukan oleh Siti Hajar ketika ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tanah gersang. Ketika saie antara safa dan marwah.
Mengikut ustaz Adi Hidayat
Safa datang dari perkataan tasfiah. Yg bermaksud "Menyaring sesuatu yg kotor sehingga yg bersih saja kelihatan" Rujukan video saya berikan di ruangan comment.
Selesai solat subuh..
Saya hubungi Mutawwif.
"Ustaz.. Semalam ada jemaah baru masuk bilik kami. Beliau cerita pagi tadi, beliau nak masuk group kami. Saya ok saja kalau perlu keluar. Dan masuk bilik lain"
Ustaz mohon maaf. Kerana pertambahan last minute. Dan maklumkan bilik utk makcik tu sebenarnya dah ada. Untuk saya tukar. Perlu berjalan 1.5km dari masjid. Berbanding bilik asal yg cuma 50 meter saja. Oh patutlah makcik tu tak nak.
Saya cakap tak apa..
Saya ok je utk tinggal di hotel jauh.
Saya muda lagi dan fit. Makcik tu tak sihat. Saya ok je utk tukar.. Tak kisah pun harga downgrade pun. Tak apa. Mak saya pesan "pandai pandai bawa diri"
.
Saya pun mula lah packing..
Membawa diri. Seorang diri. Berjalan menuju hotel ke 3 yg jauh tu. Dan bila sampai.. Saya terkejut!
"wahhh bilik ni sangat cantik!
Lagi cantik dari hotel ke 2.
Saya seorang saja? Katil single ada 6 biji ni....
Boleh ke kalau suami saya masuk bilik ni juga?"
Ustaz berikan keizinan melalui WhatsApp..
.
Ketika itu saya goosebump...
Masya-Allah Tabarakallah.. Kami bayar rate bilik ber 6 tapi seterusnya 30 hari dapat duduk bilik rate ber 2. Yg nilainya RM100k seorang. MasyaAllah Tabarakallah. Barangkali anak anak makcik tu menaja pakej yg mahal. Tapi beliau tak dapat nikmati kerana faktor kesihatan. Moga Allah permudahkan urusan makcik dan keluarganya dunia dan akhirat.
Dan Saya?
Saya malu dengan diri sendiri kerana merajuk malam tadi.. Astaghfirullah
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
.
Sebelum nya, 10 hari duduk berasingan dengan suami. Memang berbeza lah. Bila duduk sekali. I can serve him better. Dan suami lebih happy.. Setiap masa bersama, melainkan waktu solat. Banyak hal dibicarakan. Tentang perjalanan spiritual ini. MasyaAllah Tabarakallah.
.
Selepas 3 hari tinggal di hotel ke 3 itu.. Ustaz hubungi balik.. "nak tak masuk balik hotel ke 2? Tapi bilik lain. Katil king. Ada dato datin terpaksa balik awal. Kami dah bayar hotel ni. Kalian duduk saja kat bilik ni. Lebih dekat. 50m saja ke masjidilharam. Kami pun dapat jimatkan kos bila kalian pindah ke sini"
Kami terima baik. Dan pindah ke hotel ke 2.
Ehh bila sampai bilik yg dinyatakan?
Allah.. Ini rate paling mahal RM120 ribu seorang. Dengan pakej makan setiap hari, buffet hotel..
Masa tu kami terkesima.
Nikmat. Beronok ronok di bilik hotel yg mahal. Malahan azan berkumandang pun ada loudspeaker khas dalam bilik. Mula solat di hotel saja...
Dannnnnnggggggggg...
Nikmat atau ujian????
Walaupun boleh utk solat di hotel
Walaupun boleh utk solat berjemaah dgn suami di hotel...takkan lah kerana nikmat itu sudah lari misi? Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah
.
Ketika ini lah kita melontar
Lontar hawa nafsu yg banyak di dorong oleh bisikan syaitan. Yg buatkan kita tersasar dari misi..
Bagaimana dengan misi anda?
Apakah yang perlu dilakukan untuk "melontar"?
Ketika sedar itu..
Terus solat taubat. Terus mula kembali solat jemaah di masjidilharam. Meneruskan misi utk tadabbur alquran dan tolong orang lain. Bila tiba waktu rehat, pulanglah ke hotel mewah itu. Makan lah berpada pada di hotel buffet itu..sekiranya ada sebarang kebaikan pahala, moga Allah panjangkan kepada dato datin, Mutawwif dan pihak yg terlibat.
.
Lain orang lain ujian nya.
Ujian kami bukan tentang kesihatan, sesat atau pengurusan jemaah..
Ujian kami mungkin lebih kepada memahami keutamaan. Ujian hawa nafsu. Namun bila ia diuruskan, nikmati lah PADA KADAR NYA.
.
Kenapa Allah izinkan di upgrade hotel ya?
saya tertanya tanya..
Nikmat ini terlalu besar untuk kami beronok ronok.
Saya solat taubat
Dan solat hajat mohon petunjuk Nya..
Bila recall..untuk pergi haji ini, guna duit saving kami suami isteri. Tak cukup sebahagian utk bahagian saya 🙈🙈🙈
Walaupun saya anak orang kaya, saya tak suarakan pada parents. Suami mampu pun, saya tak minta banyak. Rasa macam i haven't fully depend on Allah. Maka lepas diusahakan Allah berikan laluan.. Saya ditaja oleh insan mulia untuk pergi haji mencukupkan nilai tiket RM50,000 pakej swasta. Itu adalah pakej paling murah 🙈( Bagaimana dapat tajaan? Saya berikan link di ruangan comment.)
Dan the moment saya selesai kerja haji. Saya dapat tahu dari sumber lain, insan mulia itu memerlukan wang.
Saat itu.. Saya berdoa sungguh sungguh agar Allah lapangkan rezeki saya.. Agar saya boleh bayar balik. Saya terima tajaan nya. Tapi kali ini, saya mahu membantu nya pula.
Dan bilik yg di upgrade ini? MasyaAllah. Ada WiFi. Ada meja utk bekerja. Ya saya bekerja setiap hari 2 jam.
Surah Al-Baqarah 2:198
لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَبۡتَغُواْ فَضۡلࣰا مِّن رَّبِّكُمۡۚ فَإِذَآ أَفَضۡتُم مِّنۡ عَرَفَٰتࣲ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ عِندَ ٱلۡمَشۡعَرِ ٱلۡحَرَامِۖ وَٱذۡكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمۡ وَإِن كُنتُم مِّن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
.
Allah datang kan orang yg baik baik...
Untuk membeli apa yg saya jual.
Dan ya.. Dalam hanya beberapa hari
Allah izin sejumlah wang berjaya dikumpulkan.
Setelah diasingkan allocation utk zakat, tax, overhead.. Saya transfer kan sejumlah wang yg penaja itu dahulukan. Money comes, money goes.
.
Ketika itu..
Saya goosebumps..
Syukur yg amat
Pertolongan Allah amat dekat
Allah Maha Pantas..
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
.
Solat, Alquran dan tolong orang
Adalah formula utk dapatkan petunjuk Allah..
Surah al baqarah 2:1-5
.
Ia bukan tentang jumlah wang ringgit. Tapi ia tentang sekadar mana kita meyakini janji Allah.. Dan setiap orang mempunyai drama yg berbeza. Namun perjalanan spiritual? Ada alquran berikan panduan.. Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah..
.
Dan saya?
Tetaplah begini saja... Tiada harta yg banyak yg dikumpulkan. Terasa keindahan Quranic Cashflow. Moga Allah pinjamkan kekuatan sebegini utk kita semua memahami alquran dan berusaha untuk fisabilillah.
Kenapa saya kongsikan kisah ini? Kerana saya tahu, ramai yg berimpian nak pergi haji. Namun, kuburkan niat kerana melihat baki akaun dalam bank. Ia bukan tentang anda tak berusaha. Tapi anda dahulukan tanggungjawab pada yg lebih penting. Bagaimana dgn haji? Apakah kerana ia utk yg mampu, maka anda tak layak?
Satu nasihat emas yg saya dapat dari satu orang jemaah haji yg saya interview. Saya pegang sungguh sungguh ialah
"Husna, jangan underestimate kekuasaan Allah dengan balance duit dalam bank. Kerana Allah Maha Kun Fayakun.
Haji..
Allah tak jemput orang yang mampu.
Tapi Allah memampukan orang yang dijemput."
Alhamdulillah. Sekurang kurangnya ia terbukti benar pada pengalaman kecil kami. Allahuakbar! Terima kasih kepada parents yg banyak mendidik. Guru guru alquran yang banyak memahamkan tentang Alquran dan Special Thanx to suami menjadi full time guru.
.
Perjalanan haji ini adalah proses untuk memahami. Aplikasi apa yg telah dipelajari. Tak tahu sejauh mana Allah terima amalan. Tapi kita tahu, Rukun Islam adalah solusi kehidupan untuk orang Islam. Yg Pencipta kita ajarkan kepada kita melalui Nabi Muhamad saw. Allahummasollialamuhammad.. Dah pergi haji, belum menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat pun lagi. Selagi belum mati, ada pelbagai drama kehidupan di hadapan. Untuk kita lalui. Moga setiap masa Allah peringatkan kita...
Allah Maha Ada.
Allah Maha Pengampun
Allah Maha Memberi Petunjuk.
Redha dan cinta Allah yg kita mahukan.
.
Ayuh sahabat..
Kita masuk kelas faham AlQuran...kerana alquran adalah kata kata Allah..
.
Panjang juga post saya ni.
Pada pendapat kalian "Apakah tajuk yg sesuai untuk post ini?"
.
#HusnaHaron
𝐋𝐈𝐂𝐄𝐍𝐒𝐄𝐃 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇
(Chartered Accountant, Licensed Life Coach, Forensic Accounting Researcher, Pencinta Alquran)
🤝 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘊𝘢𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴 𝘬𝘦𝘸𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯𝘢𝘭, 𝘧𝘢𝘮𝘪𝘭𝘺 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯. 🤝
Pelajari melalui khidmat kami ;
Seminar | Video Elearning | Personal Coaching
www.formulamasa.com
How can we help you?
Click sini https://linktr.ee/Husna_Haron
Comments
Post a Comment