Merasai kesan KORBAN ke atas diri sendiri

 Baca apa hari ini



Hikmah TIDAK BERCUKUR.

RASAI KESAN korban pada diri.


Ummu Salamah, isteri Nabi SAW menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلاَلُ ذِي الْحِجَّةِ 

فَلاَ يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّ


Sesiapa yang memiliki haiwan korban untuk disembelih, apabila kelihatan ANAK BULAN ZULHIJAH, maka janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni MEMOTONG) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Riwayat Muslim (1977)


Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud MAKRUH memotongnya. Ibn Qudamah berkata: "Jika perkara itu berlaku (memotong bulu dan kuku), dia hendaklah segera BERISTIGHFAR (memohon ampun) kepada Allah.


Ibadah korban adalah RINGKAS. Sembelih binatang korban dan kemudian mengagihkan dagingnya. Maka selesai korban.


Kadang-kadang orang yang melakukan korban TIDAK SEMPAT MERASAI “kesan” korban tersebut. Maka apabila orang yang berkorban itu disunatkan TIDAK MEMOTONG bulu dan kuku sejak 1 zulhijjah hingga binatang korban disembelih dalam TEMPOH 10 -13 HARI, mungkin “kesan korban” itu dapat dirasai. 


Justeru, dalam masa itu dia boleh BERMUHASABAH DIRI dan MENGHAYATI pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Ismail demi mematuhi perintah Allah.


Para ulama ada menyenaraikan BEBERAPA HIKMAH larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban:


1. Mengharap ANGGOTA yang terdapat pada badannya itu semuanya akan DIBEBASKAN daripada api neraka.

2. MENYERUPAI orang yang berada dalam keadaaan IHRAM yang diharamkan bergunting, mencukur, memotong kuku. Secara tidak langsung MERASAI sebahagian IBADAAT HAJI.


Dinyatakan juga dalam sebuah hadis bahawa HAIWAN KORBAN itu akan datang pada HARI KIAMAT dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. 


BERSABARLAH walaupun RIMAS dengan bulu dan kuku yang MEMANJANG.


Rasai dan hayati ibadat korban.


USAHA05062025

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kata-kata hikmah 2