Kelebihan berdoa
KELEBIHAN BERDOA UNTUK KEBAIKAN
Renungi Hadith berikut:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ
يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا " قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: " اللهُ أَكْثَرُ "
مسند أحمد ط الرسالة 17 : 214-215)
Dalam Majma al-Zawaid menyebut:
رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَأَبُو يَعْلَى بِنَحْوِهِ، وَالْبَزَّارُ، وَالطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ، وَرِجَالُ أَحْمَدَ وَأَبِي يَعْلَى وَأَحَدُ إِسْنَادَيِ الْبَزَّارِ
رِجَالُهُ رِجَالُ الصَّحِيحِ غَيْرَ عَلِيِّ بْنِ عَلِيٍّ الرِّفَاعِيِّ، وَهُوَ ثِقَة .
مجمع الزوائد ومنبع الفوائد 10: 148 - 149
Bermaksud: Daripada Abu said r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan satu doa yang tiada padanya dosa dan tiada padanya memutuskan silaturrahim kecuali Allah mengurniakan kepadanya dengan sebab doa itu salah satu dari tiga perkara iaitu sama ada disegerakan (untuk diperkenankan) doanya untuknya, sama ada disimpankan doanya itu untuknya di akhirat, atau sama ada dijauhkan kejahatan yang seumpama dengan doa itu dari orang yang berdoa itu. Para Sahabat berkata: Oleh itu, kita membanyakkan berdoa, Nabi menjawab: Allah (membalas dengan) lebih banyak.
Hadith di atas menjelaskan bahawa doa seseorang yang tidak mengandungi dosa dan tidak mengandungi memutuskan silaturrahim Allah akan menerima doa tersebut, sama ada terus diperkenankan doanya itu, atau untuk simpanan kebaikan bgai orang itu di akhirat atau untuk menolak kejahatan yang sama dengan doa itu untuk orang itu.
Dengan ini doa yang baik dari seseorang itu adalah kebaikkan baginya sama ada di dunia atau di akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Dari fb alfadhil dr Huda
Tuan guru pakar hadis.
استاذ عبد الفتاح
معهد الفتاح لتحفيظ القران.فولو كتم
ترنجانو..دار الايمان
Comments
Post a Comment