Ujian satu anugerah

TANYALAH USTAZ TV9
2.3.2018
(Ustaz Hanafiah Abd Malek)

*HIKMAH UJIAN*
••••••••••••••••••••••••
Bila Allah sayangkan seseorang,Allah akan mengujinya.
Nabi banyak ditimpa ujian demi ujian.
Bila kita ditimpa ujian  bacalah  Surah Al~Insyirah(surah kelapangan hati).
Ketika baca tiup ditelapak tangan dan sapu pada bahagian yg sakit.
Hanya Allah yg boleh selesaikan segala masalah/ujian.

APA BEZA UJIAN DGN BALA?
Bala diturunkan pada umat²/ kawasan yg besar(cth umat Nabi Lut)
Bala tidak turun pada umat Nabi Muhammad.
Azab diberi pada org yg tak nak bertaubat.
Ujian utk Allah suci dosa kita.
Ujian utk meningkatkan keimanan.
Ada hikmah disebalik ujian.
Disebalik kesusahan bersamanya ada kesenangan.

Bersyukur dan tenang bila kita dapat ujian.
Ramai menjadi murung ketika diuji.
Ingat bila ditimpa ujian semuanya datang dari Allah.

BAGAIMANA UTK CARI KEKUATAN DALAM UJIAN KERANA RAMAI YG ANGGAP UJIAN ADALAH MUSIBAH?
Barangsiapa yg bersyukur,Allah akan tambah nikmat dan bila kufur azab Allah sangat pedih.
Bila kita ditimpa ujian,sebutlah الحمد لله.
Ujian akan menjadikan kita bertambah dekat dgn Allah.
Bila ditimpa musibah bukan sekadar bersabar tapi perlu juga bersyukur.
Nabi yg dijamin syurga juga banyak solat hingga bengkak² kaki kerana Nabi bersyukur.
SANGKA YG BAIK² KERANA ALLAH BERSAMA SANGKAAN HAMBANYA.
Nak cari kekuatan qada solat² yg tertinggal.
Nak dapat kekuatan,ziarahlah org yg sakit.
Ketika kita ziarah org sakit 70ribu malaikat mendoakan kita.
ALLAH MAKBULKAN DOA ORG YG BUAT MAKSIAT TAKKAN ALLAH TAK MAKBULKAN DOA MALAIKAT YG MENDOAKAN ORG YG ZIARAH ORG SAKIT.
Banyakkan sedekah ketika diuji.
Sabarlah relexlah Allahkan ada.

SAYA BARU DITIMPA KEMALANGAN DAN CEDERA ANGGOTA BADAN,APAKAH INI AKIBAT DOSA ATAU SEKADAR MENGUJI KEIMANAN SAYA?
Ramai org yg mengeluh bila ditimpa ujian.
Ini mungkin atau tidak kerana dosa yg dilakukan.
Sakit memang mencuci dosa.
Allah tahu kita tak akan masuk syurga dgn solat kita,dgn puasa kita dgn zakat kita kerana mungkin amalan² kita ada yg kurang ikhlas atau ada perasaan yg bercampur².
Tapi Allah akan masukkan kita dalam syurga dgn ujian yg Allah beri.

SAKIT PENGHAPUS DOSA TAPI ADA ORG YG SAKIT TAK NAK SOLAT,MARAH² ALLAH,MEMBERONTAK DAN KETIKA ITU BUKAN SEBAGAI PENGHAPUS DOSA TAPI AKAN MENAMBAHKAN LAGI DOSA.

KITA MELIHAT ORG YG BAIK² SERING DIUJI  DAN ADA ORG YG DIBIARKAN ALLAH DGN KESENANGAN INILAH ISTIDRAJ,BAGAIMANA USTAZ?
Memang org beriman akan diuji.
Allah uji mengikut kemampuan hambaNya.
Allah uji kita kerana Allah nak masukkan kita dalam syurga.

HIKMAH UJIAN IALAH KITA BERTAMBAH KUAT(Iaitu bertambah kuat ibadat utk gembirakan Allah)
ORG YG SAKIT AKAN SENTIASA INGAT MATI,INILAH NIKMAT.
Sadina Umar bila buat ibadah,seolah~olah akan mati esok hari dan bila berkerja seolah~olah akan hidup seribu tahun lagi.

USTAZ BERCITA~CITA NAK MATI KETIKA BERDAKWAH ATAU DI RUMAH ALLAH(Aamiin,Semoga Allah pernudahkan,Aamiin)

PERLUKAH SUJUD SYUKUR KETIKA DITIMPA UJIAN?
Apabila hambaKu ditimpa ujian,Allah akan utuskan malaikat duduk sebelah kita dan malaikat nak dengar kita sebut الحمد لله dan bila kita sebut الحمد لله,malaikat naik kelangit dan beritahu Allah dan Allah suruh buatkan istana utk org yg sebut الحمد لله ketika dia ditimpa ujian.

JADILAH ORG YG BERSYUKUR KERANA ALLAH AKAN BERI KETENANGAN DAN BILA TENANG ALLAH MUDAH BERI ILHAM.
SEBUT الحمد لله OTAK AKAN JADI LAPANG.
MUSIBAH BUKAN SAHAJA SAKIT,KENA KECAM,KENA CACI ITU JUGA MUSIBAH.

BAGAIMANA JIKA SESEORANG DITURUNKAN UJIAN TAPI TAK MENERIMANYA?
Ramai org yg sakit kanser dan strees serta kemurungan.
Siapa syukur,Allah akan tambah nikmat dan siapa kufur azab Allah sangat pedih.
Azab pedih era moden ialah strees.
Ada org 24jam strees,sebenarnya dia sedang diazab oleh Allah.
Sebutlah الحمد لله,Allah akan tunjuk jalan yg lurus dan Allah akan selesaikan segala masalah.

MOHON CERITAKAN KISAH NABI AYUB.
Jika nak dibandingkan ujian kita dgn ujian Nabi ayub sangat berbeza.
Ketika sakit yg tinggal hanya lidah dan hati.
Kulit semua tertanggal.
Bau busuknya hampir separuh kampung.
Isteri minta cerai,harta banyak habis.
Nabi Ayub bertahan.
Nabi Ayub tak minta sembuh penyakit tapi Nabi Ayub sebut doa Nabi yunus dalam perut ikan Nun.

YAKINLAH BILA DIUJI ALLAH NAK BERI SYURGA DAN BILA TAK YAKIN BERMAKNA KITA SEDANG BERSANGKA BURUK DGN ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

Doa - sekali baca seumur hidup

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa muhasabah diri