Perlunya bersangka baik
Konsep prasangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal,lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari LOH MAHFUZ adakah kita akan meninggal dgn HUSNUL KHATIMAH atau SU'UL KHATIMAH.
Seseorang yg bersangka baik,tetap benar di sisi Allah Swt walaupun sangkaannya itu tersalah. Namun seseorang yg bersangka buruk akan tetap salah di sisi Allah Swt walaupun sangkaannya itu tepat dan benar.
Carilah keburukkan dan kekurangan diri sendiri,jika kita sibuk dengan memperbaiki keburukkan,kelemahan & kekurangan kita sendiri nescaya kita tidak ada masa untuk mengintai & memperkatakan keaiban orang lain.
AWAS !!! Barangsiapa yg berPERASAN dia Hebat maka dia adalah syirik yg tersembunyi dlm diri sendiri.
Berdoalah..semoga kita memiliki sifat Mata lebah yg sentiasa melihat & mebcari kebaikan bunga dan bukan bersifat mata lalat yg sentiasa memandang & mencari kotoran & najis diserata tempat. Hati yg beriman adalah hati yg bersih,hati sentiasa berfikiran positif. Namun hati yg berpenyakit sentiasa akan mencari keaiban orang lain mengikut nafsu syaitan.
Allah Swt mencipta manusia semua sama.yg memiliki kelebihan adalah pemberian drp Allah Swt.
So..jgn sesekali kita bangga dgn diri sendiri & memandang rendah kpd orang yg kekurang.sesungguhnya orang yg bersifat demikian adalah orang yg sombong,bongkak dan pada hakikatnya dia tidak mengenali Allah Swt yg MAHA KUASA.
Comments
Post a Comment