Posts

Showing posts from August, 2014

Masa itu emas

Image
Masa berjalan.... Usiaku bakal menginjak setahun lagi Masa untuk muhasabah diri Masa untuk merenung seketika Masa lepas, apa yang telah aku lakukan? Masa depan, apa pula yang mahu kucapai? Cuma yang ada Sekarang, masa kini Berbuatlah sesuatu untuk masa yang makin sedikit ini Isikanlah dengan apa saja yang bermunafaat Berdasarkan 1 tahun akhirat bersamaan 1000 tahun dunia Secara umumnya umur seorang manusia 60 tahun Maknanya seorang manusia hanya diberi masa 90 minit akhirat saja Seperti termaktubnya masa hidup untuk sehelai daun Apabila tiba masanya, gugurlah ia ke bumi Begitulah juga kita Manusia, makhluk ciptaan Allah Sama seperti daun Kata ahli agama Hukum mati sudah ditetapkan untuk setiap makhluk Bersediakah? Sudah bersediakah?

Asmaul Husna: Maalikul mulki

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=kPrL05UhAnY Maalikul mulki = Raja segala raja. Surah Al Imran ayat 189. Allah boleh berikan kekuasaan kpd seseorang dgn: 1. ilmunya - ada ilmu, kita terkehadapan. maju ilmunya lebih 5000 univ di Eropah. Semasa Mongol melanggar Baghdad, sungai2 menjadi hitam kerana byk kitab yg dibuang. 2. hartanya - beri pinjam kuasa itu dgn harta. Syaratnya harta mestilah di tangan, bukan di hati. Rajin bersedekah. 3. pengaruhnya - sokongan orang lain terhadapnya. 4. kekuatannya - fizikal. utk memimpin. 5. kelebihannya - kecerdikan, kepetahan. Walaupun begitu, tetap tertakluk kpd Allah. Ilmu boleh hilang eg. kerana lupa. Harta boleh habis. Sokongan boleh hilang. Kekuatan boleh luntur. Kelebihan boleh ditarik, ada orang lain lebih bagus kelebihannya. Ciri2 Kekuasaan Allah: 1. Allah tidak bergantung kpd apa dan sesiapa pun. Bandingkan dgn kita: >> ilmu - mesti ada guru utk dapat ilmu. Nak dapat ilmu, >> Sokongan - bergantung...