Posts

Carilah sebab-sebab untuk bahagia

Baca Apa Hari Ini (12) CARILAH SEBAB-SEBAB KEBAHAGIAAN Kadangkala kita terlalu SIBUK mencari kebahagiaan berbentuk KEBENDAAAN; harta, pangkat, kedudukan dan seumpamanya tetapi meninggalkan sebab-sebab kebahagiaan berbentuk KEROHANIAN. Lakukan amalan-amalan yang sederhana ini. 1. Perbanyakkan SEDEKAH.   كلما زادت الصدقة زاد الرزق Semakin banyak kita bersedekah, semakin bertambah REZEKI. 2. Perbaiki SOLAT.  كلما زاد الخشوع في الصلاة زادت السعادة Semakin bertambah KHUSYUK dalam solat, semakin bertambah kebahagiaan. 3. Berbakti kepada IBU BAPA.  كلما زاد بر الوالدين زاد التوفيق في حياتك Semakin bertambah bakti kepada ibu bapa, semakin bertambah TAUFIK dalam kehidupan. 4. Banyakkan ISTIGHFAR.  كلما زاد الاستغفار انفرجت الهموم وزاد الرزق Semakin banyak istighfar, semakin TERLERAI KESUSAHAN dan bertambah rezeki. 5. Kuatkan KEYAKINAN kepada Allah.  كلما زاد اليقين وحسن الظن بالله تحققت المستحيلات Semakin kuat keyakinan dan SANGKAAN BAIK kepada Allah, semakin banyak...

Allah sentiasa ada untukmu

🌎 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 🌼 *_PERTOLONGAN ALLAH_* ✍️ *Nabi Musa tidak pernah tahu bahawa laut di depannya akan terbelah.* ✍️ *Nabi Nuh tidak tahu bahawa akan ada banjir besar saat dia diperintahkan Allah membuat kapal.* ✍️ *Nabi Ibrahim tidak tahu bahawa akan tersedia domba saat pisau memenggal buah hatinya.* 🌼 *Yang mereka ketahui, Allah SWT pasti akan menolong mereka.* ✍️ *Kita tidak perlu tahu bagaimana Allah akan menolong kita, yang perlu kita yakini, Allah pasti akan menolong hamba²Nya yang bertaqwa.* 📚 *Pertolongan Allah akan sentiasa menyertai seorang hamba, selama hamba tersebut menolong hamba²Nya.* *HR Muslim*

Perjanjian Aqabah Pertama

Di saat Mekah dan Madinah kucar kacir. Nabi belum berhijrah. : Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡئًا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَٰنٍ يَفۡتَرِينَهُۥ بَيۡنَ أَيۡدِيهِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِي مَعۡرُوفٍ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ "Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohon...

Usah berhenti berbuatlah kebaikan

An-Nisa' 4:40 اِنَّ اللّٰهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۚ وَاِنْ تَكُ حَسَنَةً يُّضٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَّدُنْهُ اَجْرًا عَظِيْمًا  Malay - Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. English - Tafsir Ibn Kathir (Abridged) 535 Dapatkan Aplikasi Quran: Quran.gtaf.org #GreentechApps

Persediaan menghadapi akhir hayat

 FB: Abdul Jalil Abdullah 21/9/26 ISNIN · PERSEDIAAN MENUJU DETIK AKHIR KEHIDUPAN Semalam, saya berpeluang menziarahi sahabat saya, Cikgu Mat Noh, yang baru kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Kak Najlah. Saya sebenarnya tidak sempat hadir menziarahi pada hari pemergian dan pengebumian Allahyarham kerana ketika itu berada di Kota Bharu. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk saya datang selepas itu bersama isteri dan anak, bertemu Cikgu dan anak menantunya serta mendengar sendiri perjalanan hari-hari terakhir Allahyarham. Saya datang untuk menziarahi dan menyampaikan takziah. Namun saya pulang membawa sebuah pelajaran kehidupan yang sangat besar. ♨️Daripada penceritaan Cikgu dan anak-anak, saya melihat sebuah kisah tentang sakit, harapan, kesetiaan seorang suami, kebimbangan seorang isteri dan persediaan menuju detik akhir kehidupan. Allahyarham mula diuji dengan masalah kesihatan sejak sekitar Jun 2026. Menurut anak-anak, sepanjang hidupnya ibu sangat tidak mah...

Doa untuk anak-anak

 DIAM-DIAM AMALKAN 7 HARI INI UNTUK ANAK Mohon Agar Allah Mudahkan Jalan Hidupnya dan Berkah sgala Jalan Aamiin  Sebagai orang tua, kita tidak selalu mampu menyelesaikan semua urusan anak. Namun, kita boleh berikhtiar melalui doa, sedekah dan amal soleh dengan penuh keikhlasan. Amalan ini dilakukan selama 7 hari sebagai bentuk ikhtiar dan doa agar Allah menjaga anak, melapangkan rezekinya serta memudahkan urusannya. Hari 1 — ISTIGHFAR Baca istighfar 100 kali selepas Maghrib atau Subuh. Niatkan: “Ya Allah, ampunkan dosa anakku dan mudahkan segala urusannya.” Hari 2 — SELAWAT Baca Selawat Ibrahimiyyah 100 kali. Niatkan: “Ya Allah, berkati masa depan dan kehidupan anakku.” Hari 3 — SEDEKAH Bersedekahlah walaupun sedikit. Niatkan: “Ya Allah, mudahkan rezeki dan jalan hidup anakku.” Hari 4 — AYAT KEMUDAHAN Baca Surah Al-Insyirah ayat 5–6 sebanyak 7 kali. Hari 5 — DOA NABI IBRAHIM Baca 21 kali: رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Rabbi hab li minash-shalihin “Ya Tuhanku, kurniakanlah ...

Doa dipermudahkan urusan

Image
  Rujukan: https://www.facebook.com/share/r/19U6XKJw8A/?mibextid=wwXIfr