Posts

Showing posts with the label Perkongsian

Tujuan hidup mencari redho Allah

Terus menjadi JAMBATAN KASIH SAYANG Allah kepada makhluk kejadian Nya    Perbetulkan niat mencari keredhaan, rahmat dan kasih sayangnya  semata mata. Bukan mencari populariti, bukan mencari puji-pujian manusia dan bukan hendak menunjuk kebagusan kita berbanding orang lain.   Hati manusia sentiasa berbolak balik maka mohon lah kepada Allah agar hati kita tetap dan beristiqamah dalam melakukan kebaikan dan sentiasa dalam taufik serta hidayah nya.   Perjalanan kita amat singkat di dunia yang fana ini untuk memikirkan hal-hal yang bukan berkaitan dalam memperbaiki diri kita dan  amalan sebagai bekal untuk di bawa pulang.   Latih lah Hati atau Qalbu kita supaya tidak tersentuh dengan percakapan, perbuatan dan tanggapan orang lain terhadap diri kita. Kita hanya fokus kepada perhatian Allah terhadap  diri kita. Kita hanya fokus dalam kesedaran kasih sayang allah menikmati tanpa memiliki, melepaskan dan sentiasa memaafkan terutama kepada d...

Atur kehidupan mengikut waktu solat

16 Jun 2026 Rujukan: https://www.threads.com/@enbadrul/post/DZpuNsNk8-k?xmt=AQG0sUKi-S-mWBmPsGQmDGuujI7vSXheET5kjHj20G4C031qrOPTB1VbkLE9B0lN5MLgrp0&slof=1 . Catatan @enbadrul hasil dari menonton podcast: Aku ada 2 pilihan sebenarnya petang tadi . Sama ada nak layan podcast 'Bob T20' yang sembang pasal lifestyle mewah, atau layan podcast Tuan Hafizul Faiz kat Ar-Rasyidin Academy. Tapi aku pilih Tuan Hafizul Faiz. Dan sumpah, ini antara keputusan terbaik aku tahun ni. Banyak gila poin mahal, tapi ada beberapa hal yang betul-betul usik tangkai hati aku. Sila 'stop scroll' kejap, meh aku share kenapa hidup korang mungkin tengah struggle sekarang.  Topik paling mahal: Hidup Bertuhan. Kita selalu sebut kita bertuhan, tapi Tuan Faiz sentap aku bila dia kata: "Waktu kita marah orang, waktu kita maki orang... adakah kita bertuhan pada waktu itu?" Paling deep, bila dia sembang pasal "rasa kalah seorang ayah." Lelaki ni, makin tua dia makin banyak diam. Buk...

The Sacrifice of Being Left Alone

  The Sacrifice of Being Left Alone  The Legacy of Hajar in the Days of Dhul Hijjah There is a type of loneliness only a woman understands. The loneliness of carrying everyone while quietly falling apart yourself. The loneliness of being strong because you have no other choice. The loneliness of smiling for your children while your heart is heavy. The loneliness of lying awake at night worrying about bills, sickness, marriage, children, or the future. And perhaps this is why the story of Haajar عليها السلام touches women so deeply. Imagine her. A mother. In the middle of a desert. No people. No home. No water. No security. Only a baby in her arms and Allah above her. When Ibrahim walked away after leaving her in the barren valley of Makkah, she asked him: “Did Allah command you to do this?” And when he replied yes, her response carried a level of tawakkul many of us are still trying to reach: “Then Allah will not abandon us.” SubhanAllah. Not: “How will I survive?” Not: “Why m...

Sembunyikan kegembiraanmu

Image
Betapa zaman telah berubah. Dulu dulu mak ayah selalu pesan. Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayah tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Berapa indah pembentukan akhlak anak anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengurus hati orang lain. Tapi kini tanpa kita sedari, melalui Facebook dan laman laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk tunjuk atas dasar 'share' Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar, slip gaji, slip bank. Anak dapat results exam bagus , upload  result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk shared kegembiraan, kemenangan dan lain lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin tak boleh nak macam kita.  M...

Lima Rahmat di bulan Ramadhan

Image
NOTA KULIAH - CERAMAH USTAZ AMIN Rujukan: Rahmat Ramadhan Tajuk: Jenis Jin Yang Tak Kena Ikat Waktu Bulan Ramadan - Ustaz Muhammad Al Amin @2:40 RAHMAT RAMADHAN #1: pahala puasa dan pengampunan Apa beza puasa di bulan Ramadan dengan bulan2 lain? Kita dapat pahala berpuasa dan dalam masa yang sama, dosa2 diampunkan (walaupun kita sendiri tak minta ampun). Secara fitrah, semakin dewasa semakin nak jadi baik. tapi terlupa nak bertaubat. Nabi tahu ni, minta dengan Allah. @6:58 Pahala orang berpuasa tinggi dan boleh menyusut, tapi dosa2 tetap diampunkan. @7:50 RAHMAT RAMADHAN #2: bulan penuh berkat. berkat = percambahan kebaikan. umur, harta, ilmu - makin berkat, bercambah kebaikan. Kita mampu beramal - tahajud/terawih/puasa sampai ke hujung hari. Itu sebab orang yg tahu akan minta wujudnya Ramadan sepanjang tahun. Barakah bumi Palestin - jadi berani, jiwa kental. Barakah bumi Mekah - mudah menangis/lembut hati. Barakah ziarah orang alim - buka kesilapan kita, rasa nak jadi baik. Barakah Ra...

Allah kan ada...

Image
  Jangan bersedih atas apa yang telah الله ambil dari kita, kerana dia akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik , jika kita bersabar dan bersangka baik . Ada perkara yang kita kehendak dan Allah juga berkehendak, namun kehendak Allah yang terbaik untuk hamba NYA.  Saidina Ali pernah berkata.. "Jika doa aku dikabulkan, aku gembira, jika doa aku tak dikabulkan, aku 2 kali gembira." Sebab, doa yang  dikabulkan adalah perancangan aku, doa yang tak dikabulkan adalah perancangan Allah swt" Memang perit dan kecewa bila kita tidak dapat apa yang kita kehendaki malahan apa yang kita alami itu memberi kesan kepada kehidupan kita namun just say ALLAH KAN ADA, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MENGURUS. Lagi pun ini semua milik DIA.. Lepaskan, lepaskan, lepaskan. Dalam hidup ini kita hanya MENIKMATI tanpa MEMILIKI. Kita hanya melalui proses kehidupan dengan Jalani, Nikmati, Tiada Keakuan dan Tiada Kemelekatan, Lepaskan dan Bersyukur atas segala nikmat yang di beri. Allah lebih menge...

Mengapa wanita Muslim tidak bersalaman

 Ratu-Ratu Islam Sheikh Al-Sha'rawi menjawab soalan tentang wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dengan jawapan yang sangat difahami. Seorang lelaki Inggeris bertanya kepada Fadhilat Sheikh Al-Sha'rawi: "Mengapa wanita Muslim tidak bersalaman dengan semua lelaki?" (maksudnya berjabat tangan) Cuba teka bagaimana Sheikh menjawab? Al-Sha'rawi menjawab dengan indah, katanya: "Di negara kamu, adakah sesiapa sahaja boleh bersalaman dengan Ratu Britain?" Lelaki Inggeris itu menjawab: "Tidak, sudah tentu tidak. Ada undang-undang yang menetapkan hanya tujuh golongan tertentu sahaja yang dibenarkan berbuat demikian." Maka Sheikh Al-Sha'rawi berkata: "Kami juga mempunyai dua belas golongan yang telah ditetapkan yang dibenarkan untuk itu sahaja, iaitu: ayah, datuk, suami, bapa mertua, anak lelaki, saudara lelaki, pak cik sebelah ayah, pak cik sebelah ibu, anak saudara lelaki (anak kepada saudara lelaki), anak saudara (anak kepada saudara perempu...

Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “

 ==== 18/2/26 WED 🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri  194 @ 18/2/26 @ Rabu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨✨Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “✨✨ 1️⃣ Mukaddimah : 💥💥 Di ambang fajar Ramadhan, kita berdiri di persimpangan— antara masa lalu yang penuh dosa dan peluang masa depan yang penuh cahaya. Ramadhan bukan sekadar bulan, tetapi panggilan Allah untuk kita kembali. Persoalannya… adakah kita akan menyambutnya dengan hati yang hidup, atau sekadar tubuh yang berpuasa? 2️⃣ Ramadhan: Anugerah Indah Dari Allah : ❤️❤️ Ramadhan adalah: • bulan keampunan • bulan rahmat • bulan pembebasan dari neraka Tidak semua orang diberi peluang bertemu Ramadhan. Ramai yang tahun lalu bersama kita, tetapi hari ini hanya tinggal nama dalam doa. ➡️ Maka Ramadhan ini bukan kebiasaan— ia adalah hadiah yang sangat mahal dari Allah. 3️⃣ Cahaya Apa Yang Kita Tu...

Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “

🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 190 @ 14/2/26 @ Sabtu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “✨ Muqaddimah :🌷 Ramai orang masih solat. Berdiri, rukuk, sujud — lengkap rukun. Tetapi malangnya… yang hilang bukan solat, yang hilang ialah rasa kehambaan. 📌 Kita berdiri di hadapan Allah, tetapi hati berdiri bersama dunia. Apa Itu Rasa Kehambaan? :🌟 Rasa kehambaan ialah:  • rasa diri kecil di hadapan Allah  • rasa sangat bergantung kepada-Nya  • rasa tak layak, tapi sangat berharap ➡️ Bila ada kehambaan:  • solat terasa hidup  • doa terasa dekat  • air mata mudah jatuh Bila hilang kehambaan:  • solat tinggal pergerakan  • bacaan tinggal suara  • hati tinggal kosong Bila Solat Hilang Rasa Kehambaan…:❤️❤️ Apabila solat dibuat:  • kerana rutin  • kerana kewajipan semata ...

Hafal walau tak hafal-hafal

 . Hafal walau tak hafal-hafal. Ayat ini nampak pelik. Tapi inilah realiti ramai orang. Ada hari hafazan lancar. Ada hari ayat langsung tak lekat. Ada hari ulang berkali-kali, tetap lupa. Dan di situlah ramai berhenti. Padahal masalahnya bukan tak mampu hafal, tetapi terlalu kecewa bila tak nampak hasil cepat. Al-Quran tidak meminta kita berjaya setiap hari. Ia meminta kita hadir setiap hari. Hafal walau: hari ini lupa semalam hari ini cuma lekat satu baris hari ini rasa kosong Kerana yang membina hubungan dengan al-Quran bukan kejayaan harian, tetapi kesetiaan ketika gagal. Jika hari ini kita masih duduk dengan mushaf, walaupun tak hafal-hafal, itu sudah ibadah. Teruskan. Kadang-kadang, Allah sedang mendidik sabar, sebelum Dia hadiahkan ingatan. Lebih baik hafal walau tak hafal-hafal, daripada berhenti kerana malu dan kecewa. Itulah. #HarfizHamzah #HafalWalauTakHafal #Istiqamah #AlQuran

Sifat Sombong Menuju Kehancuran

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 178 @ 2/2/2026 @ Isnin ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 Tajuk : “ Kenapa Iblis Ahli Ibadah, Tapi Masuk Neraka? “ Mukaddimah :🦋🦋🦋 Iblis bukan makhluk biasa. Dia mengenal Allah. Dia beribadah ribuan tahun. Dia hidup di langit bersama para malaikat. Namun akhirnya… dia dilaknat dan dimasukkan ke neraka. Persoalannya bukan: kenapa Iblis masuk neraka? Tetapi yang lebih menakutkan: apa yang menyebabkan ibadahnya tidak menyelamatkannya? Iblis Binasa Bukan Kerana Kurang Ibadah :✨✨✨ Allah berfirman: وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka mereka pun sujud kecuali Iblis; dia enggan, sombong, dan termasuk golongan yang kafir.” (Surah Al-Baqarah: 34) I...

Tentang Qareen

Image
Qareen tak kawal kita. Tak take over our body. Tapi dia berbisik - dekatilah kpd keburukan/dosa. - nanti dululah! - taubat kemudian je - takpe, tak serious pun, tak dosa. - orang lain pun buat juga . bila kamu lalai ingat Allah, kami hantarkan syaitan yg berbisik. lebih jauh dari Allah, lebih dekat pengaruh qareen terhadapmu. . Walau dia entiti berbeza, tapi dia bercampur baur dgn inner self talk diri. Terasa seperti diri sendiri. Very personal. Very intimate. . Tapi Qareen tiada autoriti ke atas dirimu Tiada kuasa. Tiada alasan. Cuma Qareen memberi ajakan dan pilihan. . Beza Qareen pd Rasulullah - ditenggelamkan. Pengajarannya: lebih dekat kpd Allah, bisikan2 itu semakin menjauh. . Bagaimana menenggelamkan Qareen? - zikir = melemahkannya - ayat quran (bersuara) = membakarnya - solat = menghinanya - keikhlasan = membakarnya . Apa yg menyuburkan Qareen?  Dosa2. Jadilah orang yang sentiasa beringat dengan ancaman-ancaman...

Senyumlah untuk gembirakan orang lain

 ASSALAMUALAIKUM WBT ☘️ MUTIARA PAGI ☘️ Jika kita senyum hanya apabila merasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain. Nescaya hidup kita akan ceria. Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami, rakan sahabat kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Tentan tawassul

Image
Ilmu yang baru dipelajari. Kita betulkan apa yang salah faham. Ref: Tawasul dan hukumnya   Mcm mana boleh jadi berdosa? 1. kerana merasa doa tak didengari Allah (kerana byk dosa), - bersangka buruk dgn Allah (hanya dengar doa orang2 tertentu saja)   Jawapan: Dia juga Maha Tahu apakah kehedak hati manusia. Sebelum manusia minta kepadaNya pun Dia dah tahu dah. Dia cuma nak dengar sahaja permintaan kita. . 2. tak mampu berdoa dgn baik, perlukan orang lain sebagai middle person. Jawapan: Kenapa tidak doa sendiri kepada tuhan? Mereka akan kata, mereka banyak dosa, dan doa mereka tidak akan dimakbulkan. Apa sahaja perantaraan yang digunakan adalah syirik kepada Allah. Begitulah perumpamaan mereka yang sombong nak minta sendiri kepada Allah. Mereka meminta kepada Allah melalui perantaraan. Melalui broker.   3. contoh2 yg tak dibolehkan:   Selain menambah-nambah lafaz selawat, mereka juga mereka-reka selawat yang tidak pernah Nabi saw ajar...

Removing bad energy the Islamic way

Image
 Removing bad energy the Islamic way 13/11/2025 To remove bad energy in an Islamic way, focus on spiritual practices like reciting specific duas and Quranic verses, performing Ruqyah, and engaging in physical cleansing methods like using olive oil and black seed oil. Also, maintain a spiritually clean environment by decluttering, performing regular prayers, and using certain natural elements like oud incense for purification.  Spiritual and prayer methods 1. Recite specific duas: Say prayers for protection and purification, such as seeking refuge from worries and asking for forgiveness. A specific dua is: “O Allah, Lord of Muhammad, forgive my sins, remove anger from my heart and save me from tribulations which send people astray”. 2. Recite the last three surahs of the Quran: Recite Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, and An-Nas, and blow them onto your hands to wipe over your body for protection. 3. Recite Ayat al-Kursi and the last three Quls: Recite these verses daily, especially b...

Berhenti membanding

Image
Mari kita sama2 mengatasi rasa-rasa atau berada dalam fasa Perbandingan antara diri dan orang lain.  Bagaimana? Pada ketika kita rasa 'down' dengan performance harian, rasa rendah diri dengan penampilan diri, rasa rendah diri dengan kerjaya, keluarga, rakan? Tanya diri sendiri dengan penuh kesedaran sambil tepuk dada. Ajukan pertanyaan kepada diri sendiri dengan sejujur-jujurnya. * Adakah saya perlu membandingkan diri saya dengan orang lain untuk merasa bahagia * ⁠Apakah perbandingan ini membantu saya atau lebih menyakitkan? Membandingkan diri sendiri adalah: kemelekatan (Attachment) yang halus dan mungkin atau mustahil untuk kita sedari. Ambil langkah:  Tarik nafas dan hembus sehingga tenang. Terima diri dengan tenang dan ikhlas, terima kekurangan itu dengan keikhlasan. Izinkan emosi rendah diri itu untuk dilepaskan untuk mendapatkan kebahagiaan. Sebutkan: 1. Aku bahagia 2. ⁠Aku bahagia  3. ⁠Aku bahagia Selamat beramal sahabat sahabat ku yang dikasihi.  Semoga hari ...

Erti bersyukur

Image
  Ambil masa untuk bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang ada. Latih diri untuk rutin kesedaran diri, merenung kembali setiap apa berlaku kepada diri. Rasa puas hati atau terpenuhi (kesan dari bersyukur) akan menghindari rasa tamak dan sombong dalam diri. Orang yang bersyukur pasti  - tiada rasa dendam,  - tiada rasa tidak dihargai,  - tidak menyalahkan orang lain dan  - dengan mudah memaafkan. Setiap cabaran yang datang, teruslah menanganinya dengan tabah. Rujukan: https://www.psychologytoday.com/us/blog/humanizing-the-world-of-work/202510/five-benefits-of-positive-self-reflection

Jihad ikut kemampuan masing-masing

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Secara jujurnya saya sudah lama ingin membuat penulisan ini tetapi saya bukanlah seorang yang bijak dalam menyusun kata. Akan tetapi, disebabkan sahabat-sahabat sukarelawan Global Sumud Flotilla sudah memasuki fasa yang sangat2 genting siap diserang dengan letupan yang ber-talu2 lagi, saya memaksa juga jari dan otak saya bekerja untuk menyampaikan penulisan ini. Saya ingin menyeru sahabat-sahabat semua dengan menyelami satu Firman dari Kalam Ilahi : { ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ } [At-Tawbah: 41] "BERANGKATLAH kamu baik dalam keadaan ringan ataupun BERAT dan BERJIHADLAH kamu dengan HARTA kamu dan DIRI kamu ke jalan Allah. Demikian adalah amat BAIK buat kamu jika kamu MENGETAHUI" Ayat ini diturunkan untuk menegur Ka'ab Bin Malik bersama 2 lagi para sahabat kerana tidak menyertai perang Tabuk sehingga...