Semarakkan Al-Quran
(copy and paste) Bila iman kita turun, macam mana nak naikkan? Kata Ustaz Abdul Muein, ulama berikan kaedah iaitu iman naik dengan amal soleh dan iman turun dengan maksiat. Maknanya bila kita buat maksiat, automatik iman akan turun. Jadi kalau nak naikkan iman kita balik, kena buat amal soleh. Tapi iman kita dah lemah, macam mana nak buat amal soleh? Okey, langkah yang seterusnya Allah berfirman, إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. [Surah al-Anfaal 8: 2] Allah kata, sifat orang yang beriman ini, bila disebut nama Allah bergetar hatinya. Dan bila dibacakan ayat-ayat Allah imannya bertambah. Daripada ayat ini, Allah...