Posts

Showing posts from 2026

Zikir menenangkan hati

Image
  Marilah tingkatkan zikrullah Zikir pagi Zikir petang

Mari Beristighfar

Image
  Lakukan setiap hari Bermula dengan sedikit Ditambah perlahan-lahan Terlalu banyak faedahnya Rujuk di sini: Tulisan Dr Zulkifli Al-Bakri tentang Kelebihan Istighfar. https://zulkiflialbakri.com/artikel/kelebihan-istighfar Bagaimana melazimi? 1. TETAPKAN WAKTU - selepas solat fardhu - sebelum tidur - di waktu sahur - semasa bermusafir (dalam kenderaan) 2. GUNAKAN ALAT BANTUAN KIRAAN - app - tasbih 3. MULAKAN SASARAN YANG KECIL - 10 kali - 33 kali - 100 kali 4. HAYATI KALIMAH ISTIGHFAR - fahami maksud kalimah - timbulkan rasa penyesalan atas dosa-dosa lepas

Doa Nabi Ibrahim

Image
 

Sifat Syurga

Image
  Bayangkanlah keadaan di syurga Nyaman Redup Sungai-sungai yang mengalir Makanan yang tak putus-putus MashaAllah!

Allah Pemberi Rezeki

Image
Perkongsian dari siri tadabbur Ust Muein. . Ayat ini tentang Allah-lah yang memberi rezeki. Bukan sebab Allah sayang atau cintakan hambaNya. Bukan sebab usaha kitapun. Allah yang berkehendak, Dia bagi pada sesiapa yang dikehendaki. . Allah yang bagi rezeki. Kaya sebab Allah yang bagi. Kaya bukan sebab usaha kita. Usaha wajib, tak usaha kita berdosa. . Orang beriman Allah tak bagi kaya. Allah tahu, kalau bagi kaya, nanti lupa diri. Org beriman Allah bagi kaya, Allah tahu dia boleh manage kekayaannya. Cari rezeki Allah, minta rezeki dengan Allah tapi tak sembah Allah. Buat maksiat. Melawan tuhan. Sangatlah tak beradab dengan Allah, yang bagi kaya adalah Allah. Hadis: Allah tak tengok pada gambaran luar, harta, anak2 kamu. Allah tengok hati dan amalan kamu. Hadis: wahai manusia, takutlah kpd Allah dan perelokkan amalanmu sesungguhnya setiap jiwa tak mungkin mati sehingga jiwa itu habiskan hartanya. Walau lambat, rezeki tetap ada untukmu. Kecuali mati yang mengakhiri rezekimu. === dari cel...

Carilah sebab-sebab untuk bahagia

Baca Apa Hari Ini (12) CARILAH SEBAB-SEBAB KEBAHAGIAAN Kadangkala kita terlalu SIBUK mencari kebahagiaan berbentuk KEBENDAAAN; harta, pangkat, kedudukan dan seumpamanya tetapi meninggalkan sebab-sebab kebahagiaan berbentuk KEROHANIAN. Lakukan amalan-amalan yang sederhana ini. 1. Perbanyakkan SEDEKAH.   كلما زادت الصدقة زاد الرزق Semakin banyak kita bersedekah, semakin bertambah REZEKI. 2. Perbaiki SOLAT.  كلما زاد الخشوع في الصلاة زادت السعادة Semakin bertambah KHUSYUK dalam solat, semakin bertambah kebahagiaan. 3. Berbakti kepada IBU BAPA.  كلما زاد بر الوالدين زاد التوفيق في حياتك Semakin bertambah bakti kepada ibu bapa, semakin bertambah TAUFIK dalam kehidupan. 4. Banyakkan ISTIGHFAR.  كلما زاد الاستغفار انفرجت الهموم وزاد الرزق Semakin banyak istighfar, semakin TERLERAI KESUSAHAN dan bertambah rezeki. 5. Kuatkan KEYAKINAN kepada Allah.  كلما زاد اليقين وحسن الظن بالله تحققت المستحيلات Semakin kuat keyakinan dan SANGKAAN BAIK kepada Allah, semakin banyak...

Allah sentiasa ada untukmu

🌎 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 🌼 *_PERTOLONGAN ALLAH_* ✍️ *Nabi Musa tidak pernah tahu bahawa laut di depannya akan terbelah.* ✍️ *Nabi Nuh tidak tahu bahawa akan ada banjir besar saat dia diperintahkan Allah membuat kapal.* ✍️ *Nabi Ibrahim tidak tahu bahawa akan tersedia domba saat pisau memenggal buah hatinya.* 🌼 *Yang mereka ketahui, Allah SWT pasti akan menolong mereka.* ✍️ *Kita tidak perlu tahu bagaimana Allah akan menolong kita, yang perlu kita yakini, Allah pasti akan menolong hamba²Nya yang bertaqwa.* 📚 *Pertolongan Allah akan sentiasa menyertai seorang hamba, selama hamba tersebut menolong hamba²Nya.* *HR Muslim*

Perjanjian Aqabah Pertama

Di saat Mekah dan Madinah kucar kacir. Nabi belum berhijrah. : Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡئًا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَٰنٍ يَفۡتَرِينَهُۥ بَيۡنَ أَيۡدِيهِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِي مَعۡرُوفٍ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ "Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohon...

Usah berhenti berbuatlah kebaikan

An-Nisa' 4:40 اِنَّ اللّٰهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۚ وَاِنْ تَكُ حَسَنَةً يُّضٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَّدُنْهُ اَجْرًا عَظِيْمًا  Malay - Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. English - Tafsir Ibn Kathir (Abridged) 535 Dapatkan Aplikasi Quran: Quran.gtaf.org #GreentechApps

Persediaan menghadapi akhir hayat

 FB: Abdul Jalil Abdullah 21/9/26 ISNIN · PERSEDIAAN MENUJU DETIK AKHIR KEHIDUPAN Semalam, saya berpeluang menziarahi sahabat saya, Cikgu Mat Noh, yang baru kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Kak Najlah. Saya sebenarnya tidak sempat hadir menziarahi pada hari pemergian dan pengebumian Allahyarham kerana ketika itu berada di Kota Bharu. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk saya datang selepas itu bersama isteri dan anak, bertemu Cikgu dan anak menantunya serta mendengar sendiri perjalanan hari-hari terakhir Allahyarham. Saya datang untuk menziarahi dan menyampaikan takziah. Namun saya pulang membawa sebuah pelajaran kehidupan yang sangat besar. ♨️Daripada penceritaan Cikgu dan anak-anak, saya melihat sebuah kisah tentang sakit, harapan, kesetiaan seorang suami, kebimbangan seorang isteri dan persediaan menuju detik akhir kehidupan. Allahyarham mula diuji dengan masalah kesihatan sejak sekitar Jun 2026. Menurut anak-anak, sepanjang hidupnya ibu sangat tidak mah...

Doa untuk anak-anak

 DIAM-DIAM AMALKAN 7 HARI INI UNTUK ANAK Mohon Agar Allah Mudahkan Jalan Hidupnya dan Berkah sgala Jalan Aamiin  Sebagai orang tua, kita tidak selalu mampu menyelesaikan semua urusan anak. Namun, kita boleh berikhtiar melalui doa, sedekah dan amal soleh dengan penuh keikhlasan. Amalan ini dilakukan selama 7 hari sebagai bentuk ikhtiar dan doa agar Allah menjaga anak, melapangkan rezekinya serta memudahkan urusannya. Hari 1 — ISTIGHFAR Baca istighfar 100 kali selepas Maghrib atau Subuh. Niatkan: “Ya Allah, ampunkan dosa anakku dan mudahkan segala urusannya.” Hari 2 — SELAWAT Baca Selawat Ibrahimiyyah 100 kali. Niatkan: “Ya Allah, berkati masa depan dan kehidupan anakku.” Hari 3 — SEDEKAH Bersedekahlah walaupun sedikit. Niatkan: “Ya Allah, mudahkan rezeki dan jalan hidup anakku.” Hari 4 — AYAT KEMUDAHAN Baca Surah Al-Insyirah ayat 5–6 sebanyak 7 kali. Hari 5 — DOA NABI IBRAHIM Baca 21 kali: رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Rabbi hab li minash-shalihin “Ya Tuhanku, kurniakanlah ...

Doa dipermudahkan urusan

Image
  Rujukan: https://www.facebook.com/share/r/19U6XKJw8A/?mibextid=wwXIfr

Tujuan hidup mencari redho Allah

Terus menjadi JAMBATAN KASIH SAYANG Allah kepada makhluk kejadian Nya    Perbetulkan niat mencari keredhaan, rahmat dan kasih sayangnya  semata mata. Bukan mencari populariti, bukan mencari puji-pujian manusia dan bukan hendak menunjuk kebagusan kita berbanding orang lain.   Hati manusia sentiasa berbolak balik maka mohon lah kepada Allah agar hati kita tetap dan beristiqamah dalam melakukan kebaikan dan sentiasa dalam taufik serta hidayah nya.   Perjalanan kita amat singkat di dunia yang fana ini untuk memikirkan hal-hal yang bukan berkaitan dalam memperbaiki diri kita dan  amalan sebagai bekal untuk di bawa pulang.   Latih lah Hati atau Qalbu kita supaya tidak tersentuh dengan percakapan, perbuatan dan tanggapan orang lain terhadap diri kita. Kita hanya fokus kepada perhatian Allah terhadap  diri kita. Kita hanya fokus dalam kesedaran kasih sayang allah menikmati tanpa memiliki, melepaskan dan sentiasa memaafkan terutama kepada d...

Atur kehidupan mengikut waktu solat

16 Jun 2026 Rujukan: https://www.threads.com/@enbadrul/post/DZpuNsNk8-k?xmt=AQG0sUKi-S-mWBmPsGQmDGuujI7vSXheET5kjHj20G4C031qrOPTB1VbkLE9B0lN5MLgrp0&slof=1 . Catatan @enbadrul hasil dari menonton podcast: Aku ada 2 pilihan sebenarnya petang tadi . Sama ada nak layan podcast 'Bob T20' yang sembang pasal lifestyle mewah, atau layan podcast Tuan Hafizul Faiz kat Ar-Rasyidin Academy. Tapi aku pilih Tuan Hafizul Faiz. Dan sumpah, ini antara keputusan terbaik aku tahun ni. Banyak gila poin mahal, tapi ada beberapa hal yang betul-betul usik tangkai hati aku. Sila 'stop scroll' kejap, meh aku share kenapa hidup korang mungkin tengah struggle sekarang.  Topik paling mahal: Hidup Bertuhan. Kita selalu sebut kita bertuhan, tapi Tuan Faiz sentap aku bila dia kata: "Waktu kita marah orang, waktu kita maki orang... adakah kita bertuhan pada waktu itu?" Paling deep, bila dia sembang pasal "rasa kalah seorang ayah." Lelaki ni, makin tua dia makin banyak diam. Buk...

Isikan hatimu dengan zikrullah

Ref: https://www.threads.com/@sarapanqolbu/post/DY2HW99oLNg?xmt=AQG0sHqPwNnDlOsn_Y78QhDrUqW1jowb6b43nahtMkQS7QZyzWcuHPXkzrMLhfDQVXIsx1Q&slof=1

The Sacrifice of Being Left Alone

  The Sacrifice of Being Left Alone  The Legacy of Hajar in the Days of Dhul Hijjah There is a type of loneliness only a woman understands. The loneliness of carrying everyone while quietly falling apart yourself. The loneliness of being strong because you have no other choice. The loneliness of smiling for your children while your heart is heavy. The loneliness of lying awake at night worrying about bills, sickness, marriage, children, or the future. And perhaps this is why the story of Haajar عليها السلام touches women so deeply. Imagine her. A mother. In the middle of a desert. No people. No home. No water. No security. Only a baby in her arms and Allah above her. When Ibrahim walked away after leaving her in the barren valley of Makkah, she asked him: “Did Allah command you to do this?” And when he replied yes, her response carried a level of tawakkul many of us are still trying to reach: “Then Allah will not abandon us.” SubhanAllah. Not: “How will I survive?” Not: “Why m...

Untungnya bersedekah

2026 (9) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu pintu syurga. Sedekah adalah sebaik baik amalan Soleh dan sebaik baik sedekah ialah memberi makan.  💟Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.  💟Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur. Sedekah adalah sebaik baik hadiah buat di mati yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki.  💟Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.  💟Sedekah adalah punca kegembiraan di pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.  💟Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.  💟Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.  💟Sedekah memanjangkan umur menambah rezeki menjadi punca rezeki dan kemenangan.  💟Sedekah menjadi ubat penawar dan penyembuh.  💟Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan ...

Antara sifat ahli syurga

Image
1. Orang yang berinfaq, 2. Orang yang menahan amarahnya, 3. Orang yang memaafkan orang lain. Menahan marah itu bagaimana? Tahan diri terutamanya lidah dan jari (tangan).

Sembunyikan kegembiraanmu

Image
Betapa zaman telah berubah. Dulu dulu mak ayah selalu pesan. Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayah tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Berapa indah pembentukan akhlak anak anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengurus hati orang lain. Tapi kini tanpa kita sedari, melalui Facebook dan laman laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk tunjuk atas dasar 'share' Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar, slip gaji, slip bank. Anak dapat results exam bagus , upload  result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk shared kegembiraan, kemenangan dan lain lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin tak boleh nak macam kita.  M...

Tentang Syaitan dan Qarin

Image
Jika kamu berpaling dari kitab Allah Bersahabatlah dengan syaitan Menjadi teman karibmu Tidak berenggang Tidak berjauh Bersamamu Sepanjang hayatmu

Doa Ketika Mengharungi Keresahan & Kesedihan Mendalam

Image
Rujukan: YT - Sirah Impak sosial Ep 36: Doa Mengharungi Keresahan & Kesedihan Mendalam | Sirah Impak Sosial | Ustaz Azlan Shah NK Doa yg dikongsi dari Perisai Muslim.   @13:07 ujian didatangkan utk kembalikan rasa HAMBA dlm diri kita. @5:37 Doa pertama. hadis - Allah jamin dihilangkan kesedihan dgn membaca doa ni. sapa yang dengar harus belajar doa ini. (rujuk di YT) @13:07 ujian didatangkan utk kembalikan rasa HAMBA dlm diri kita. kita hamba Allah, ujian untuk setiap hamba sejak Nabi Adam. @15:00 ubun-ubun - pre-frontal cortex, CEO of the brain. semua ubun-ubunku (urusan hidupku) di dalam genggamanMu. @19:00 syaitan datang buat OT masa kita tengah sedih. Allah maha Adil = Allah uji mengikut kadar kemampuan kita. Isytiharkan kedudukan kita sebagai hamba dulu. selepas menundukkan diri, barulah meminta dgn menyebut asmaul husna. @29:55 sumber menghidupkan hati adalah dgn kalamullah. ibarat finding light at the end of the tunnel - tak tahu apa nak buat.  @33:40 usah "berkalau...

Lima Rahmat di bulan Ramadhan

Image
NOTA KULIAH - CERAMAH USTAZ AMIN Rujukan: Rahmat Ramadhan Tajuk: Jenis Jin Yang Tak Kena Ikat Waktu Bulan Ramadan - Ustaz Muhammad Al Amin @2:40 RAHMAT RAMADHAN #1: pahala puasa dan pengampunan Apa beza puasa di bulan Ramadan dengan bulan2 lain? Kita dapat pahala berpuasa dan dalam masa yang sama, dosa2 diampunkan (walaupun kita sendiri tak minta ampun). Secara fitrah, semakin dewasa semakin nak jadi baik. tapi terlupa nak bertaubat. Nabi tahu ni, minta dengan Allah. @6:58 Pahala orang berpuasa tinggi dan boleh menyusut, tapi dosa2 tetap diampunkan. @7:50 RAHMAT RAMADHAN #2: bulan penuh berkat. berkat = percambahan kebaikan. umur, harta, ilmu - makin berkat, bercambah kebaikan. Kita mampu beramal - tahajud/terawih/puasa sampai ke hujung hari. Itu sebab orang yg tahu akan minta wujudnya Ramadan sepanjang tahun. Barakah bumi Palestin - jadi berani, jiwa kental. Barakah bumi Mekah - mudah menangis/lembut hati. Barakah ziarah orang alim - buka kesilapan kita, rasa nak jadi baik. Barakah Ra...

Allah kan ada...

Image
  Jangan bersedih atas apa yang telah الله ambil dari kita, kerana dia akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik , jika kita bersabar dan bersangka baik . Ada perkara yang kita kehendak dan Allah juga berkehendak, namun kehendak Allah yang terbaik untuk hamba NYA.  Saidina Ali pernah berkata.. "Jika doa aku dikabulkan, aku gembira, jika doa aku tak dikabulkan, aku 2 kali gembira." Sebab, doa yang  dikabulkan adalah perancangan aku, doa yang tak dikabulkan adalah perancangan Allah swt" Memang perit dan kecewa bila kita tidak dapat apa yang kita kehendaki malahan apa yang kita alami itu memberi kesan kepada kehidupan kita namun just say ALLAH KAN ADA, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MENGURUS. Lagi pun ini semua milik DIA.. Lepaskan, lepaskan, lepaskan. Dalam hidup ini kita hanya MENIKMATI tanpa MEMILIKI. Kita hanya melalui proses kehidupan dengan Jalani, Nikmati, Tiada Keakuan dan Tiada Kemelekatan, Lepaskan dan Bersyukur atas segala nikmat yang di beri. Allah lebih menge...

Mengapa wanita Muslim tidak bersalaman

 Ratu-Ratu Islam Sheikh Al-Sha'rawi menjawab soalan tentang wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dengan jawapan yang sangat difahami. Seorang lelaki Inggeris bertanya kepada Fadhilat Sheikh Al-Sha'rawi: "Mengapa wanita Muslim tidak bersalaman dengan semua lelaki?" (maksudnya berjabat tangan) Cuba teka bagaimana Sheikh menjawab? Al-Sha'rawi menjawab dengan indah, katanya: "Di negara kamu, adakah sesiapa sahaja boleh bersalaman dengan Ratu Britain?" Lelaki Inggeris itu menjawab: "Tidak, sudah tentu tidak. Ada undang-undang yang menetapkan hanya tujuh golongan tertentu sahaja yang dibenarkan berbuat demikian." Maka Sheikh Al-Sha'rawi berkata: "Kami juga mempunyai dua belas golongan yang telah ditetapkan yang dibenarkan untuk itu sahaja, iaitu: ayah, datuk, suami, bapa mertua, anak lelaki, saudara lelaki, pak cik sebelah ayah, pak cik sebelah ibu, anak saudara lelaki (anak kepada saudara lelaki), anak saudara (anak kepada saudara perempu...

Reflection: If This Were My Last Ramadan, Am I Ready?

Image
 BY AN UNKNOWN AUTHOR. 100% cut & paste, unexpurgated and unaltered. This is a beautiful and deeply moving piece of muhasabah (self-reflection). It captures that bittersweet shift from the outward festivities of youth to the inward spiritual urgency of maturity. Here is the translation into English, preserving the contemplative and soulful tone of the original. Reflection: If This Were My Last Ramadan, Am I Ready? Approaching Ramadan at our current age feels different. In our 20s or 30s, Ramadan was defined by the atmosphere: What’s on the menu for iftar? What color is the new Eid outfit? How many jars of cookies are on the table? Everything felt light. Life felt like it would stretch on forever. But now? Ramadan feels quieter. More serious. More soul-stirring. This age is not just a number; it is a gentle alarm from Allah. Not intended to frighten us, but to awaken us. To remind us that the time remaining is less than the time that has passed. We start to see our peers falling...

Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “

 ==== 18/2/26 WED 🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri  194 @ 18/2/26 @ Rabu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨✨Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “✨✨ 1️⃣ Mukaddimah : 💥💥 Di ambang fajar Ramadhan, kita berdiri di persimpangan— antara masa lalu yang penuh dosa dan peluang masa depan yang penuh cahaya. Ramadhan bukan sekadar bulan, tetapi panggilan Allah untuk kita kembali. Persoalannya… adakah kita akan menyambutnya dengan hati yang hidup, atau sekadar tubuh yang berpuasa? 2️⃣ Ramadhan: Anugerah Indah Dari Allah : ❤️❤️ Ramadhan adalah: • bulan keampunan • bulan rahmat • bulan pembebasan dari neraka Tidak semua orang diberi peluang bertemu Ramadhan. Ramai yang tahun lalu bersama kita, tetapi hari ini hanya tinggal nama dalam doa. ➡️ Maka Ramadhan ini bukan kebiasaan— ia adalah hadiah yang sangat mahal dari Allah. 3️⃣ Cahaya Apa Yang Kita Tu...

Doa di bulan Ramadhan

Image
 *Doa di bulan Ramadhan*  Ya Allah Ya Tuhanku! Kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosa kami, Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat. Berikanlah kami kemenangan ke atas kelemahan diri kami ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan. Terimalah doa-doa kami, ibadah kami dan amalan-amalan baik kami. Ya Allah berkatilah kami dengan menyaksikan lailatul Qadr. Tunjukkanlah kami ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu. Bantulah kami dalam mendapatkan khushu; dan ikhlas dalam melaksanakan ibadah kami. Bantulah kami untuk lebih mendekatkan diri kami kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir. Jadikan kami hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi. Tingkatkanlah tahap keimanan kami, tawakkal kami dan keyakinan kami kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepada kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur. Ber...

Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “

🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 190 @ 14/2/26 @ Sabtu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “✨ Muqaddimah :🌷 Ramai orang masih solat. Berdiri, rukuk, sujud — lengkap rukun. Tetapi malangnya… yang hilang bukan solat, yang hilang ialah rasa kehambaan. 📌 Kita berdiri di hadapan Allah, tetapi hati berdiri bersama dunia. Apa Itu Rasa Kehambaan? :🌟 Rasa kehambaan ialah:  • rasa diri kecil di hadapan Allah  • rasa sangat bergantung kepada-Nya  • rasa tak layak, tapi sangat berharap ➡️ Bila ada kehambaan:  • solat terasa hidup  • doa terasa dekat  • air mata mudah jatuh Bila hilang kehambaan:  • solat tinggal pergerakan  • bacaan tinggal suara  • hati tinggal kosong Bila Solat Hilang Rasa Kehambaan…:❤️❤️ Apabila solat dibuat:  • kerana rutin  • kerana kewajipan semata ...

Hafal walau tak hafal-hafal

 . Hafal walau tak hafal-hafal. Ayat ini nampak pelik. Tapi inilah realiti ramai orang. Ada hari hafazan lancar. Ada hari ayat langsung tak lekat. Ada hari ulang berkali-kali, tetap lupa. Dan di situlah ramai berhenti. Padahal masalahnya bukan tak mampu hafal, tetapi terlalu kecewa bila tak nampak hasil cepat. Al-Quran tidak meminta kita berjaya setiap hari. Ia meminta kita hadir setiap hari. Hafal walau: hari ini lupa semalam hari ini cuma lekat satu baris hari ini rasa kosong Kerana yang membina hubungan dengan al-Quran bukan kejayaan harian, tetapi kesetiaan ketika gagal. Jika hari ini kita masih duduk dengan mushaf, walaupun tak hafal-hafal, itu sudah ibadah. Teruskan. Kadang-kadang, Allah sedang mendidik sabar, sebelum Dia hadiahkan ingatan. Lebih baik hafal walau tak hafal-hafal, daripada berhenti kerana malu dan kecewa. Itulah. #HarfizHamzah #HafalWalauTakHafal #Istiqamah #AlQuran

Doa yang Indah

2/2/26 ISNIN Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Hamba-Mu ini datang pada malam yang mulia ini dengan hati yang penuh kekurangan dan dosa. Aku hanyalah debu di hadapan-Mu, lemah, sering lalai, dan banyak khilaf. Tiada daya upaya bagiku melainkan Engkau, tiada harapan selain rahmat-Mu yang luas. Ya Rabb, dengan segala kerendahan hati, aku mengaku bahawa aku ini hamba yang zalim kepada diriku sendiri. Ampunilah segala dosa-dosaku yang besar mahupun kecil, yang aku tahu mahupun yang aku lupa. Janganlah Engkau hukum aku dengan keadilan-Mu semata, tapi limpahkanlah kelembutan dan pengampunan-Mu yang Engkau janjikan kepada hamba-hamba-Mu yang bertaubat. Ya Allah, pada malam Nisfu Sya'ban ini, di saat Kau turunkan rahmat-Mu dan tentukan segala urusan, Aku memohon dengan penuh harapan. Perbaikilah takdirku, hapuskanlah kesengsaraan dan kesempitan rezeki jika itu tertulis bagiku, Tulislah aku di kalangan orang-orang yang berbahagia, yang dimudahkan kebaikan, dan yang dib...

Sifat Sombong Menuju Kehancuran

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 178 @ 2/2/2026 @ Isnin ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 Tajuk : “ Kenapa Iblis Ahli Ibadah, Tapi Masuk Neraka? “ Mukaddimah :🦋🦋🦋 Iblis bukan makhluk biasa. Dia mengenal Allah. Dia beribadah ribuan tahun. Dia hidup di langit bersama para malaikat. Namun akhirnya… dia dilaknat dan dimasukkan ke neraka. Persoalannya bukan: kenapa Iblis masuk neraka? Tetapi yang lebih menakutkan: apa yang menyebabkan ibadahnya tidak menyelamatkannya? Iblis Binasa Bukan Kerana Kurang Ibadah :✨✨✨ Allah berfirman: وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka mereka pun sujud kecuali Iblis; dia enggan, sombong, dan termasuk golongan yang kafir.” (Surah Al-Baqarah: 34) I...