Posts

Showing posts with the label ESQ

Walaupun kita menang...

Image
Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.  1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari. 2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan. 3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu. 4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang. 5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang. 6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan. 7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris. 8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri sendiri. Yang ini yang susah, mengalahkan ego diri sendiri. 9. R...

Penat Emosi

Ceramah Terbaik Ustazah Nazirah Abu Bakar 2025. PENAT EMOSI. Ref: YT - Penat Emosi tidak semua kita dilahirkan dlm keluarga yg sempurna. ali = keluarga Imran = Imran (bukan Nabi) disebut khusus nama keluarga Imran, kenapa? satu keluarga pula tu, semua satu keluarga. hidup kita ini, kita tak boleh pilih nak lahir dalam keluarga mcm mana. hakikatnya, kita tak upaya memilih. semua ahli keluarga kita, Allah dah pilih/letakkan utk kita. kalau betul caranya kita tangani dgn baik, baiklah hasilnya. tujuan berkeluarga - untuk ke syurga. asas pertama - beriman dgn Allah. @8:00: kenapa hari ni kita tak bahagia? kerana kita tak nampak semua yg kita ada adalah PEMBERIAN. dlm bab keluarga, ada tak kita rasa inilah Allah berikan kpd kita? Allah sudah pilih kita, dgn keperluan kita, dgn jodoh kita, dgn anak cucu kita, pernahkah kita terfikir dan merenungkan? cth. suami - ada tak benda yg dia buat sebaiknya utk kita? pasti ada, cumanya kita selalu terlupa, terlepas pandang. inilah suami pemberian tuha...

Mother's Day special

 11/5/25 SUN . Why does Allah keep telling women in the Qur’an: “Do not be sad”? Look closely… These are not just random verses. These are divine hugs wrapped in words. In Surah Al-Qasas: "So that her eyes may be comforted and she may not grieve."(28:13) In Surah Al-Ahzab: "That their eyes may be comforted and they may not grieve.(33:51) In Surah Maryam: "Do not grieve."(19:24) And again in Surah Al-Qasas: "Do not fear and do not grieve." (28:7) Again and again… Do not grieve. Do not be sad. Do not fear. Why? "Because your sadness is not small in the sight of your Lord." Sadness in a woman isn't just an emotion— It's a storm that shakes her soul, affects her health, weakens her body, disturbs her sleep, and sometimes breaks her spirit. It can dim the sparkle in her eyes and steal the strength from her heart. And Allah—Ar-Rahman—knows this. That’s why He speaks so gently to women in the Qur'an. That’s why He says: "Don’t grie...

Inginkan syurga, Jauhi neraka

 Ingin Syurga Jauhi Neraka عن عبدالله بن عمر بن العاص قَالَ: قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ أَحَبَّ أنْ يُزَحْزَحَ عَنِ النَّارِ، ويُدْخَلَ الجَنَّةَ، فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ، وَلْيَأْتِ إِلَى النَّاسِ الَّذِي يُحِبُّ أنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ.  Daripada Abdullah bin A’mar bin Ash RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang suka untuk dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka hendaklah kematian menjemputnya dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah dia memperlakukan manusia sebagaimana dia suka manusia lain memperlakukannya." (HR Muslim No: 1566) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Hadis ini mengandungi dua prinsip besar dalam Islam: a)  Keimanan yang tulus kepada Allah dan hari akhirat, b)  Berakhlak mulia terhadap sesama manusia 2.  Iman yang sahih dan kekal hingga akhir hayat adalah syarat utama untuk masuk syurga dan dijauhkan daripada neraka...

10 self talk yang jadikan saya hebat dan bahagia

Image
PENEGUHAN DIRI = SELF AFFIRMATION 1. tahun ini adalah tahun bertuah saya. 2. setiap hari saya semakin sihat & jiwa saya semakin tenang. 3. saya cintai dan terima diri saya seadanya. 4. saya sedar masa lepas tak boleh putar semula, yg berlaku tetap berlaku. 5. saya memilih utk berdamai dgn takdir saya sendiri. 6. saya tidak akan bimbang lagi ttg masa hadapan. 7. saya maafkan siapa yg pernah sakiti diri saya. 8. perkara negatif sebenarnya menjadikan saya lebih kuat & hebat. 9. keupayaan dan potensi saya tiada hadnya. 10. kasih sayang Tuhan sentiasa berserta dgn saya. - Prof Mas.

Amalan Berpagi-pagi

Image
Mulakan harimu dengan.... THE MIRACLE MORNING CHALLENGE S - SILENCE A - AFFIRMATIONS V - VISUALIZATION E - EXERCISE R - READING S - SCRIBING Sangat penting untuk kita memulakan hari dengan perkara ini, Satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran diri, mental dan fizikal. Luangkan satu jam lebih awal  Bahagikan beberapa minit Untuk 6 aktiviti ini Mari fahami ilmu ini dan kemudian amalkan setiap pagi. Agama Islam amat menganjurkan untuk kita berpagi-pagi. Tahajud bermula seawal 4 pagi. Sejurus selepas solat fardhu Subuh, kita digalakkan terus menyambung  amalan zikir dan membaca al-quran. #1. S - SILENCE ambil masa untuk muhasabah diri. menyesali kesalahan memperbetulkan apa yang kurang memberi ruang untuk berdamai berdamai dengan diri #2. A - AFFIRMATIONS zahirkan kata-kata positif yang membangkitkan semangat untuk terus menghadapi kehidupan untuk menyemai harapan untuk menyuburkan emosi bahagia #3. V - VISUALIZATION sediakan bayangan terhadap impian yang mahu kau ...

Pemerkasaan diri

Image
SELF MASTERY Perkasakan diri Melihat ke dalam diri Memperbaiki diri Mohonlah kepada Sang Pencipta Permudahkan perjalanan hidup ini Fokus kepada apa yang diri boleh kawal Tujuan hidup Fikir dan tindakan Suara hati

Tingkatkan rasa syukur

Image
  Syukuri hidup ini walau dalam apa jua keadaan walau apa jua dikurniakan Gembirakan dirimu Terima apa saja yang datang Cari jalan ke arah kebaikan Mohon bantuan Sang Pencipta Permudahkan urusan

MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI (EQ)

Image
 APA ITU EQ? Semua orang tahu apa itu IQ, ia melambangkan tahap kepintaran akal manusia. Tanda seseorang itu punya IQ yang tinggi biasanya pelajar yang "score " di bidang akademiknya. EQ seseorang itu kurang diberi perhatian kerana tiada kertas soalan yang boleh menyukat EQ.  Jadi apakah tanda EQ seseorang itu tinggi?  Seseorang yang EQnya tinggi adalah biasanya disenangi semua orang, pandai mengurus emosi sendiri dan mampu menyelesaikan masalah hidupnya dengan lebih baik. LANGKAH-LANGKAH: Dengan memahami ciri-ciri setiap WARNA emosi seseorang, kita berupaya untuk meningkatkan EQ kita. Mulakan dengan diri sendiri. Kemudian orang terdekat / keluarga. Meningkatkan EQ kita adalah satu proses penambahbaikan diri. Ia mengambil masa yang lama untuk merubah diri sendiri. Antara peringkat yang perlu dilalui: mengurus emosi sendiri, memahami dan menyesuaikan diri dan emosi, memahami tahap emosi orang lain, berinteraksi dengan orang lain. Di akhirnya, kita menjadi seorang yang lebi...

ORANG KUNING - TERPERINCI

Image
 Mari kita fahami tentang ciri-ciri orang KUNING. CIRI-CIRI UTAMA: Tersusun, teratur. Perancang yang teliti. Spesifik. Rapi. Berhati-hati dalam setiap perkara. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang KUNING sesuai bekerja dengan fakta, data dan kira-kira. Mereka tidak kesah kerja yang rutin dan mendatar. Bidang kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi sangat mengujakan mereka. SISI GELAP ORANG KUNING: Orang KUNING mudah dilabelkan sebagai lambat dan cerewet. Ini kerana mereka perlu berhati-hati dalam kerjanya. Ada pula yang terlalu teliti sehingga menjadi seorang "perfectionist". Ada juga yang menjadi "rigid" sehingga orang lain mesti ikut cara dia saja kerana dia merasakan cara kerja dialah yang terbaik dan tak boleh ubah-ubah. Jadi perlu belajar untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak.

ORANG HIJAU - TERPERINCI

Image
 Kita lihat pula ciri-ciri orang HIJAU. CIRI-CIRI UTAMA: Empati tinggi. Lemah lembut. Menjaga perasaan dan hati orang lain. Susah berkata tidak. Berjiwa penyayang. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang HIJAU sesuai bekerja di bidang yang berisiko rendah. Sifat suka bergaul dan bermesra dengan orang amat diperlukan di bidang kesukarelawan, pendidikan dan juga kaunseling. SISI GELAP ORANG HIJAU: Jika orang HIJAU terlalu bergantung pada orang lain, dia akan dibuli oleh orang lain yang lebih berkuasa darinya. Ada pula orang HIJAU yang menjadi over-protective kerana terlalu cemburu, takut kehilangan orang yg sangat disayanginya.

ORANG BIRU - TERPERINCI

Image
 Di sini kita pelajari pula tentang ciri-ciri orang BIRU. CIRI-CIRI UTAMA: Santai dan suka bergurau senda. Pentingkan perdamaian dan keharmonian. Berlapang dada. Rajin membantu. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang BIRU sesuai bekerja dalam bidang seni terutama dalam suasana yang relaks dan santai.  Contohnya, bagi yang suka memasak, boleh buka kedai makan.  SISI GELAP ORANG BIRU: Jika terlampau santai dan ambil mudah, orang BIRU boleh mengabaikan tanggungjawabnya. Bagi yang sudah kaya raya, orang BIRU boleh menjadi boros dan hidup untuk berseronok saja. Beringatlah jika terasa lupa diri.

ORANG MERAH - TERPERINCI

Image
 Mari kita kenali ciri-ciri orang MERAH. CIRI-CIRI UTAMA: Cepat dan pantas.  Punya halatuju hidup yang jelas.  Tahu apa yang dia mahu.  Suka mempunyai kuasa dan kawalan.  Berani dan sukakan cabaran.  PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang MERAH sesuai bekerja di bidang kerja beruniform, penguatkuasaan. Bidang mencabar dan berisiko tinggi menjadi tumpuan meraka. SISI GELAP ORANG MERAH: Jika terlalu berani, orang MERAH boleh terpengaruh dan berfikir dialah yang paling bagus. Mereka juga boleh menjadi sombong dan keras hati, suka melawan atau pentingkan diri sendiri. Ruang untuk menjadi sombong itu besar kerana merasakan dirinya yang terbaik dan paling berkuasa. Orang MERAH harus berhati-hati supaya tidak terjebak ke dalam sisi gelap ini.

KUADRAN WARNA EMOSI - EMPAT PERSONALITI MANUSIA

Image
Dalam artikel yang lepas, kita sudah fahami 4 KUADRAN WARNA EMOSI yang terdiri dari MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Kita juga sudah faham apa maksud paksi-X dan paksi-Y ( RUJUK DI SINI ). Secara amnya, ciri-ciri perwatakan ini telah "built-in" sejak kita dilahirkan. Setiap kita, punya kombinasi yang berbeza.  Paling mudah untuk kita perhatikan, dari adik beradik satu ibu dan bapa, pasti punya personaliti yang berbeza. Orang MERAH - pantas, suka buat keputusan, ada halatuju. RUJUK SINI - MERAH Orang BIRU - santai-santai saja, suka berdamai. RUJUK SINI - BIRU Orang HIJAU - sangat ambil berat tentang orang lain dan apa orang lain fikir. RUJUK SINI - HIJAU Orang KUNING - sangat teratur, seorang perancang yang baik. RUJUK SINI - KUNING KESIMPULAN Apabila kita faham bahawa setiap orang berbeza personalitinya, ada "in-born" / "coding" tersendiri, kita sudah boleh kaitkan dengan warna emosinya.  Ini bermakna untuk warna emosi seseorang itu, kita faham bagaimana sua...

KUADRAN WARNA EMOSI - APA ADA PADA PAKSI-X DAN PAKSI-Y

Image
SEBELUM INI Mari kita perhatikan apa yang digambarkan di paksi-X dan paksi-Y kuadran. PAKSI MELINTANG (PAKSI-X) Paksi-X menggambarkan keselesaan seseorang dalam berhubung dengan orang lain atau tugasannya. Orang BIRU dan HIJAU lebih suka berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai berbanding dengan orang MERAH dan KUNING. Ini kerana orang BIRU dan HIJAU ambil berat dan beri perhatian kepada orang lain. Dia lebih mengutamakan menjaga hubungan sesama manusia dari menyempurnakan tugasannya. Dia sangat prihatin terhadap kebajikan orang lain. Dia mudah merasa simpati dan kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Dia sentiasa ingin membantu orang lain.  Berbeza dengan orang MERAH dan KUNING. Dia lebih fokus pada tugasannya. Bila diberi tugasan, dia merasa berkuasa mengawal apa yang dia lakukan. Dia tak perlu berhubung dengan orang lain dan terus saja menyiapkan kerja-kerjanya.   PAKSI MENEGAK (PAKSI-Y) Paksi-Y pula menggambarkan energi yang dibawanya dan keterbukaan seseorang t...

KUADRAN WARNA EMOSI - PENGENALAN

Image
PENGENALAN: 1. Setiap orang memaparkan emosinya dalam bentuk tingkah lakunya. Secara semulajadi, setiap orang akan mempamerkan apa yang dia rasa dalam satu-satu keadaan. Perwatakan seseorang itu terserlah daripada apa yang dia selesa lakukan. 2. Kuadran Emosi terbahagi kepada empat warna. Setiap orang dilahirkan (in-born) dengan satu warna (primary). Kebiasaannya, warna primary dan sekunder merupakan kombinasi sebelah menyebelah di kotak kuadran. 3. Setelah kita ketahui warna-warna emosi ini, kita haruslah belajar untuk mengenali: a) warna emosi diri sendiri, b) warna emosi orang-orang terdekat dengan kita, c) ubah atau seimbangkan untuk mewujudkan suasana damai dalam sesebuah institusi. HURAIAN KUADRAN WARNA 1. MERAH Orang MERAH adalah orang yang punya halatuju kehidupan, berani  membuat keputusan, suka mengawal, memberi arahan, sukakan cabaran. Dia cepat dan pantas. Tak suka lambat-lambat. 2. BIRU Orang BIRU pula adalah orang yang santai, suka bergurau senda,  berlapang dada...

Sihat mental - menjadi pendengar

Image
KESIHATAN - Fahamkah Kita Kesihatan Mental? Rujukan: Fahamkah kita kesihatan mental? 10-Okt hari kesihatan mental sedunia Tema 2022 = kesihatan mental keutamaan global #1. kesihatan mental VS penyakit mental Kesihatan mental melibatkan cara berfikir seseorang dan hasil tingkah laku. Sihat mental bermakna berupaya untuk mengawal selia (regulate) kehidupan dengan seimbang. Faham bahawa hidup juga bukanlah stress-free. Bila dilanda stress, seseorang itu boleh kawal dan menangangi dengan baik untuk satu tempoh masa. Penyakit mental pula adalah sakit di mana seseorang itu tidak mampu mengawal fikiran dan emosinya. Sukar untuk berfungsi atau menjalankan peranannya sebagai isteri, ibu, pekerja pada tahap yang optimum. Perlu dapatkan rawatan untuk memulihkan keadaannya. Kebiasaannya, tiada siapa yang tahu atau ambil peduli, terus saja mereka dilabel sebagai gila, sakit jiwa dsb. Sebagai orang terdekat, rakan sekeliling, ahli keluarga patut perhatikan tanda2 dalam orang sekeliling, dan bantu at...

PESONA D'ZAHRA - Penderaan dalam Rumahtangga

Image
 4 Oktober 2021 PESONA D'ZAHRA - Penderaan dalam Rumahtangga. Ikuti kupasan bersama Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin FB Live 4 Okt 2021 Penderaan berlaku dalam situasi tak terkawal, di luar kebiasaan. @7:14 Rujuk: Paul Mc Clean  Bahagian otak dan fungsinya: a) aqlul insani - otak mamalia - neo cortex - fungsi logik fikiran, merancang, pengalaman baru, menganalisa. b) aqlul rohani - otak emosi (sistem limbik) - fungsi emosi, memori jangkapanjang. c) aqlul haiwani - otak ular - reptilian brain - tindakbalas spontan spt haiwan. @10:00 Bagaimana penderaan boleh berlaku? cth - Situasi marah: bermula di aqlul insani. berkumpul marah (emosi) di aqlul rohani. berlaku "amygdala hijack": keadaan di mana emosi "hi-jack" (rampas) kpd aqlul haiwani, terus lakukan tindakbalas diluar kawalan orang biasa (seumpama haiwan). @12:19 dalam Islam, kalau kita marah, kita disunahkan berpindah tempat/kedudukan. Emosi marah menjadikan diri orang lain, bertindak spt haiwan. @17:00 amygdala...

Don't stress over what you can't control

Image
  Focus on what you can control. They are... Your thoughts. Your self talks. Your feelings. Your actions. Increase your knowledge. Sharpen your skills. Improve your akhlak.

PENTINGNYA [ HUSNUDZON ]

Image
OLEH: dr Aisah Dahlan CHt - [ HUSNUDZON ]- Agar Pikiran Positif dan tenang Juga persaan | dr Aisyah Dahlan RUJUKAN: YOU TUBE - LIVE otak mamalia otak emosi (lymbic system) otak reptilia batang otak = menyambung ke sistem saraf sistem saraf = kabel elektrik yg hantar signal dari otak ke anggota tubuh apa yg didengar, diucapkan, dilihat, dihidu, dirasai -  semuanya diproses oleh otak. tubuh manusia: 1. selular 2. bioplasmik - tenaga yg memancar keluar dari tubuh. paling kuat dari jantung. @5:35 bioplasmik = hukum Law of Attraction ketika anda berfikir dan merasakan ttg sesuatu, maka energi perasaan dan fikiran akan mencari, menarik hal yg serupa yg berada di alam semesta ketika bangun tidur, katakan hari ini saya bahagia ya Rabb as a result, ditarik kpd kita peristiwa2 bahagia @11:00 umat Islam sgt bertuah, beruntung. solat Subuh utk bangun di awal pagi re-energize dan menyegarkan semula bioplasmik akan keluar bila kita: doa + niat + prasangka Soalan - berdoa diaminkan di medsos, sam...