Posts

Showing posts with the label Mutiara Kata

Ucapkan ALHAMDULILLAH

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ucapkan Alhamdulillāh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan). Apabila Baginda melihat sesuatu yang Baginda tidak sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Syukur Adalah asas ketenangan jiwa. 2.  Setiap nikmat dan musibah, kedua-duanya datang daripada Allah.  3.  Orang beriman sentiasa memuji Allah dalam semua keadaan. 4.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan t...

Akal dan nafsu

Image
2026 (11) AKAL DAN NAFSU Akal dan nafsu adalah dua elemen penting dalam diri manusia yang sering bertentangan, akal adalah alat untuk berfikir, membezakan baik buruk, dan tunduk kepada Allah manakala nafsu adalah dorongan fitrah untuk memenuhi keinginan duniawi, namun ia boleh jadi punca keburukan jika tidak dikawal oleh akal dan iman, yang mana jika akal menguasai nafsu, manusia boleh menjadi mulia seperti malaikat, tetapi jika nafsu menguasai akal, manusia boleh jatuh lebih rendah dari haiwan. Akal boleh digunakan sebagai alat untuk mengenal Allah  (makrifatullah) dan kebenaran, patuh pada perintah, dan menjadi petunjuk arah dan Jalan yang lurus. Manakala hawa nafsu adalah sumber dorongan untuk kepuasan diri, cenderung kepada keseronokan dunia, tetapi boleh dipandu ke arah kebaikan (nafsu mutmainah) atau keburukan (nafsu ammarah). Pada fitrahnya akal dan nafsu sentiasa berlawan; akal adalah perisai, sementara nafsu adalah godaan.  Jika akal menguasai nafsu manusia akan lebih...

Hidup dengan tenang

Image
Berdoa dan  berharapkan hanya kepada Allah tanpa "memaksa" apa pun kepada *NYA*.  Hanya jalani, nikmati, tiada kemelekatan dan luaskan kesyukuran atas apa yg kita ada..  Lepaskan apa sahaja keterikatan kepada selain daripada Allah walau pun mencari kesembuhan atau kefahaman.  Berbicaralah dengan Allah dalam gurau senda, kerinduan dan kasih sayang kepada Allah.  Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.  Hendak happy dalam kehidupan lakukan 3 perkara ini: (1) Jangan terkesan dengan perkataan manusia (2) Jangan terkesan dengan perbuatan manusia (3) Jangan terkesan dengan anggapan manusia Lakukan 5 perkara ini jika ingin mencari kekayaan: (1) Doa (2) Usaha (3) Ikhtiar (4) Tawakal (5) Luaskan kesyukuran

Jangan Berhenti Berimpian

Image
 

Masa Itu Emas

Image
 

Berterima kasih Kepada Watak Kiriman Tuhan

Image
 

Memaafkan Lebih Baik

Image
 

Sayangi Dirimu Dahulu

Image
 

Menerima Buruk dan Baik

Image
 

Jadilah Yang Terbaik

Image
 

Mencari Bahagia

Image
 

SALAM KASIH SAYANG KERANA ALLAH ❤️

Image
   SABAR- Allah tidak pernah mengatakan bahawa jalan hidup akan mudah. Tapi, Allah mengatakan "Aku bersama orang orang yang sabar" IKHLAS - Jadilah orang yang paling ikhlas,bukan hanya sekadar baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada kebaikan tapi orang yang ikhlas sudah pasti ada kebaikan.  BERSYUKUR - Tidak ada penderitaan yang abadi begitu juga tiada kebahagiaan yang abadi, kecuali bagi mereka yang pandai bersyukur kerana selamanya dia akan merasa kebahagiaan. TAWADHU - Tidak rugi kita bersikap merendah diri (Tawadhu) kerana diri kita tidak memiliki apa apa kecuali hanya menikmati amanah yang di beri. Semua adalah milik Nya.. REDHA - Jadi lah insan yang meredhai dan di redhai kerana bila kita redha maka sebarang dugaan dan cabaran dapat kita lalui dengan tenang dan damai malahan nikmat bertambah tambah.. ❤️😍

Terleka oleh dunia

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله "Bila dirimu diciptakan untuk beribadah, lantas kenapa engkau tinggalkan.  Bila kematian kau takuti, lantas kenapa engkau terus dalam kemaksiatan.  Engkau mengetahui umurmu tidak panjang, akan tetapi kau habiskan kepada yang sia-sia dan merugikan hidupmu disisi Allah Sampai bila engkau terus menunda.?!  Hari ini, di tempat ini (Dunia) adalah kenyataan sedangkan Akhirat hanyalah seakan sebuah cerita,  Namun suatu saat nanti, ditempat ini ( Dunia ) hanyalah cerita dan Akhirat adalah tempat yang nyata, tempat penyesalan dan pembalasan" Lalu sampai bilakah kamu terus terlena..!?? Setiap hari yang kita tempuhi adalah MASA yang berguna. Sekiranya masa itu digunakan ke arah kebaikan, baiklah juga hasilnya. Untuk tergolong dalam kalangan orang yang beriman itu, kita perlu memenuhi dua syarat: #1. yakin, percaya (iman) #2. amal Kita tahu tapi kita tak buat/amal. Setiap ilm yang tidak ...

Hiasi Dirimu Dengan Sifat Malu

  *Hiasi Diri Dengan Sifat Malu*   عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ   Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.". *(HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan*   Pengajaran:   1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala.   2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk.   3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka:   اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ   “Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keiman...

Dunia Mengejarmu Tanpa kau Mengejarnya

Image
*HIKKAM*   DUNIA MENGEJARMU, TANPA KAU MENGEJARNYA Diriwayatkan bahwa ada seorang Sahabat mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata:   “Ya Rasulallah, kenapa dunia seolah-olah tidak menginginkanku, semua usahaku bengkrap, peternakan dan pertanian ku pun selalu gagal berhasil.? Sambil tersenyum Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan tentang tasbihnya para Malaikat serta tasbihnya penghuni alam semesta iaitu kalimat:   ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺤﻤﺪﻩ ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺍﺳﺘﻐﻔﺮ ﺍﻟﻠﻪ   SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI  SUBHANALLAHIL ‘AZHIM ASTAGHFIRULLAH   Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:   “Bacalah 100 kali sebelum terbit Fajar. Maka dunia akan memohon kepada Allah agar engkau miliki (mengejarmu tanpa kau mengejarnya)”   Selang beberapa bulan kemudian, sahabat tadi kembali lagi dan bercerita: “Ya Rasulallah sekarang aku bingung dengan hartaku kemana harus aku letakkan hasil usaha dan...

Bahagia milik kamu

Image
  Jangan bersebab untuk bahagia. Kamu layak untuk bahagia. Yakin dengan perjalanan hidup kamu. Rezeki yang sudah tertulis di Loh Mahfuz.

Hidup adalah ujian

Image
. . *_Saudaraku._* *_Apabila menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian, yakinlah Allah tidak akan mengenakan ujian melebihi kemampuan hamba-hamba-Nya. Sentiasa berfikir secara positif dan menjalani hidup anda dengan berusaha mengikut kemampuan anda, kemudian tinggalkan hasilnya sepenuhnya kepada Allah swt ._* *_Banyaklah berzikir, Istighfar dan taubat. Bertahajud dan witir..... Masyaallah... semoga kita terus diberi hidayah dan pertunjuk dari  Nya. Maafkan saya doakan saya._* .

Menjaga lisan

Image
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Muslim Yang Utama عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia. 2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut. 3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain. 4.  Individu yang paling utama di sisi Allah adalah mereka yang sentiasa dirasai kebaikannya serta t...

Menghadapi urusan hidup

Image
Dalam urusan hidup di dunia ini,  ada perkara yang boleh kita jelaskan dengan kekuatan akal dan  ada yang perlu kita terima dengan kekuatan iman.  Jika kita nak selesai semua cabaran hanya dengan kekuatan akal, ini menunjukkan bahawa diri kita amat jauh daripada Allah.  Insan insan yang dekat dengan Allah akan tenang aje jika akal tak mampu nak jelaskan sebab jauh lebih tinggi dari akal adalah iman, yakin dengan kebesaran Allah dan insaf siapa diri kita di sisi Allah.

Sebaik-baik Perencana

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ALLAH TAHU YG TERBAIK UNTUK MU Di atas segala yang kita usahakan ada takdir Allah yang menjadi ketentuan-Nya. Bahwa dalam hidup, tak semua yang kita inginkan akan terwujud, meskipun kita merasa telah maksimal dalam berusaha dan berdoa.   Maka pada apa yang kita pinta dan usahakan hari ini jika Allah belum berikan jangan berputus asa, Tetaplah berbaik sangka pada apa yang menjadi ketetapan-Nya. Karena dapat jadi, Allah telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang sudah kita pinta dan usahakan. Namun, Allah mempunyai cara lain untuk memberikannya kepada kita. Entah itu ditambah dengan ujian waktu, sakit, kegagalan atau yang lainnya. Maka teruslah berusaha dan tetap yakin pada-Nya. Ibnul Jauzi رحمه الله berkata, تدبير الحق عز وجل لك خير من تدبيرك ، وقد يمنعك ما تهوىٰ ابتلاء ، ليبلو صبرك ، فأره الصبر الجميل ، تر عن قرب ما يسر . “Rencana Allah padamu lebih baik dari rencanamu...