Posts

Showing posts from July, 2015

Kubur semakin mendekatimu

Bila kita mati, tiada lagi orang menziarahi. Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa....... Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah: Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN. Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari..... Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu. Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi

Hukum wanita menghantar jenazah ke kubur

Petikan dari WA berkenaan hal bersangkut paut dengan wanita. Perkongsian ilmu dari muslimat: ■Soalan: Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur? 🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid pada 12.05.2014, di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini. ■Jawapan: TIDAK BOLEH, !! khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat. ↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat. ↪Ibadah mesti meng

Doa : Akashah

Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia, serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mhaupun yang tidak kita sedari.

Ilmu yang memberi faedah

Image
Islam Itu Indah @ikim.fm Topik - Ilmu yg bermunafaat. Penceramah - Ust Pahrol * Semakin besar cintakan akhirat, semakin kecil cinta untuk dunia ini. * Syukur dengan pemberi nikmat, bukan syukur dengan nikmat yang diberi. * Bukan amal yang masukkan kita ke syurga, tapi dengan rahmat Allah. * Berdosa itu satu kesalahan, berputus asa dengan dosa itu lagi besar salahnya. * Zuhud - tidak terusik peribadinya, bila dipuji dan dikeji, tika susah dan senang, * Sama saja, sebab semua dari Allah. * optimis, ada harapan, tidak putus asa, * takkan membuka aib orang, * tidak stress dengan.hidup dunia. * Hidup ini penat, rehatlah dengan ingat akhirat. * Bila sedar hidup ini sementara, kita akan hidup sederhana. Itu mendatangkan ketenangan.

Suasana di akhir zaman

Assalammualaikum..... ***Nauzubillah***           Tolong baca,biarlah panjang sekali pun..           Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.           ✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.           ✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi

Kisah malam al qadar

Malam Al Qadar Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat. Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka. Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” oran