Wasiat terakhir Yahya Sinwar
==== teks asal “Wasiat terakhir Yahya Sinwar ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bersumberkan sumber bahasa Inggeris. Bagi pembaca yang mahir berbahasa Arab, rujukan boleh dibuat dari dokumen di bahagian nota kaki.[1] Aku adalah Yahya, seorang anak pelarian yang telah menukar pembuangan menjadi watan sementara, aku juga telah menukar mimpi menjadi pertarungan abadi. Di saat aku menulis kalam-kalam ini, daku terkenang semua saat-saat kehidupanku yang sudah pun berlalu: zaman kecilku ketika di lorong-lorong, hingga ke zaman aku dipenjarakan, aku teringat akan setiap darah yang ditumpahkan di tanah watanku ini. Aku dilahirkan di kem pelarian Khan Yunis pada tahun 1962, pada ketika Palestin merupakan memori yang tercarik-carik dan menjadi peta yang dilupakan di atas meja para politikus. Aku adalah seseorang yang telah menjahit kehidupanku di antara api dan debu, dan sejak awal aku menyedari bahawa kehidupan di bawah penjajahan tidak lebih dari penjara yang berkekalan. Aku sedari dari