Solat ada markah
Baca apa hari ini BERAPA PERATUS pahala solat yang kita dapat? Penentunya KHUSYUK dan PENGHAYATAN pada solat. KHUSYUK; ketika solat putuskan hubungan dengan dunia kerana memberi tumpuan berhubung dengan Allah. PENGHAYATAN; hayati bacaan dan perbuatan dalam solat, sujud hanya kepada Allah semata-mata. PAHALA SOLAT DIBERIKAN oleh Allah sejauh mana kekhuyukan dan penghayatan. Ammar bin Yasir meriwayatkan daripada Rasulullah: إنَّ الرَّجلَ لينصرِفُ ، وما كُتِبَ لَه إلَّا عُشرُ صلاتِهِ تُسعُها ثُمنُها سُبعُها سُدسُها خُمسُها رُبعُها ثُلثُها ، نِصفُها “Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)” (Riwayat Abu Daud, hasan). Kata Ibn Abbas RA: “Kamu hanya memperolehi daripada solatmu menurut APA YANG KAMU SEDAR ketika menunaikannya.” Pahala solat amat...