Posts

Showing posts from April, 2020

21 pesanan

Image
21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew Posted on April 21, 2020  1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia” 2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.” 3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.” 4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.” 5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.” 6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.” 7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.” 8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.” 9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya....

Doa di saat ini

Image
Ya Allah jika disaat ini, ada ahli group ini yg sakit, sembuhkan lah dia. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini yg tersasar, kurniakan pertunjuk jalan kpd dia. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini lalai, kurniakan lah kesedranMu kpd dia. Ya Allah jika di saat ini ada ahli group ini yg bersedih hati.. kembalikan lah kgembiraan dn kceriaan diwajahnya. Ya Allah jika disaat ini ada ahli group ini yg berada dipersimpangan jalan yg  berliku, berikn kekuatan dn jln yg engkau diredai..

Bicara Ramadhan

Ramadhan Engkau Adalah Raja Bulan Ramadhan engkau adalah raja bulan Ketibaan engkau setahun sekali Engkau sangat agung, engkau sangat mulia Padamu rahmat, padamu berkat, Terhimpun padamu seluruh kebaikan Kedatangan engkau memang sangat ditunggu Kedatangan engkau adalah rahmat, berkat, maghfirah, Pahala digandakan, doa dikabulkan Begitulah istimewanya kamu, Mulianya dan agungnya kamu di sisi Tuhan Tapi kedatanganmu aku bimbang Aku takut kalau aku tidak dapat memuliakanmu Aku risau kalau-kalau aku tidak dapat mengagungkanmu Lebih-lebih lagi kalau aku yang mencemarkan kebesaranmu Mempedaya engkau dengan perbuatan-perbuatan burukku Sebenarnya aku risau setiap kali ketibaanmu Macam-macam perasaan yang aku rasa Macam-macam ada benda yang aku hendak buat yang tidak kena Rasa cuai, rasa bersalah, rasa tidak kena, rasa berdosa Orang lain terhibur dengan kedatanganmu Tapi aku lain pula, bimbang dan bimbang selalu Aku memohon dengan Tuhan, Dengan berkat engkau Ramadhan, a...

sitiqomah dengan amalan sepanjang Ramadhan

🌹"22 Amalan Harian Yang Perlu Di Jaga Secara Istiqomah Di Bulan Ramadhan"🌹 🌹1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 🌹2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 🌹3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. 🌹4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu. 🌹5. Kemudian solat sunat D...

Wahai isteri

Duhai Para Isteri Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini. Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya. Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah, "Abang. Saya tak kisah abang ulang baca 'Qulhuallahu ahad' pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah. Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah." Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama. Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami...

KEMURUNGAN: APA YANG ANDA PERLU TAHU

 1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkanseseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutansekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapioleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurunganboleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangankimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluargasosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi bolehmencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akanberansur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguanfungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebab...

Hikmah pagi

💛⛅HIKMAH PAGI⛅💛 Jika kamu mahu mencari akhirat maka kamu haruslah membuka 5 pintu Dan menutup 5 pintu: 🚪1.buka pintu  susah payah dan tutup pintu senang lenang 🚪2.buka pintu sabar dan tutup pintu mengeluh 🚪3.buka pintu ilmu dan tutup pintu jahil 🚪4.buka pintu qiamullail dan tutup pintu tidor sepanjang malam 🚪5.buka pintu taubat dan tutup pintu maksiat. 🌻🌻🌻

Perihal solat dhuha

*AKIBAT SOLAT DHUHA*  NASIHAT UTK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT2 Banyak Orang Yang belum tahu apa akibat yang akan  mereka rasakan bila rajin solat dhuha. Beruntung sekali anda mempunyai kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga menjadi pelajaran berharga untuk kita semua. *Pertama* orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”* (HR. Turmudzi) *Kedua* Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. *“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim). *Ketiga* Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ...

Amalan sunnah

*55 𝑨𝑴𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑺𝑼𝑵𝑵𝑨𝑯 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳𝑼𝑳𝑳𝑨𝑯* *1. 𝑷𝑨𝑵𝑫𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑻𝑨* Pandangan mata adalah anak panah iblis.Lihat bukan muhrim sekali saja.Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.Tiada khusyuk. *2. 𝑴𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑨𝑹𝑨𝑴* Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. *3. 𝑴𝑰𝑵𝑼𝑴 𝑻𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑵𝑨𝑵* Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri. *4. 𝑺𝑬𝑺𝑨𝑨𝑻 𝑫𝑰 𝑱𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑨𝑳𝑳𝑨𝑯* Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat". *5. 𝑳𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨𝑯 𝑲𝑨𝑵𝑨𝑵* Masuk masjid kaki kanan,keluar kaki kiri.Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.Masuk tandas kaki kiri,keluar kaki kanan. *6. 𝑴𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑻𝑰𝑮𝑨 𝑱𝑨𝑹𝑰* Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu,telunjuk dan tengah.Kita makan nasi...

Doa Nabi Yunus semasa covid19

Saya petik dari wasap oleh Dr Aman Rashidi Hussain. Moga menjadi pelajaran bagi kita.  Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen. Nabi Yunus bukan di LOCKDOWNdi dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau  di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal  dan logiknya.  Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di da...

Menarik rezeki

*[4 PERKARA MENARIK REZEKI VS MENGHALANG REZEKI]* 💞 . *_4 Perkara Menarik Rezeki:_* *1)* Jaga SOLAT TAHAJUD. Allah berikan rezeki berupa anak soleh, isteri solehah, rezeki duit, jawatan.  *2)* Lakukan sekurang kurangnya 4 rakaat DHUHA. Allah jamin rezeki pada hari itu. *3)* Perbanyakkan SEDEKAH. Walaupun nampak kurang pada akaun dunia, insyaAllah bertambah di akaun Akhirat. *4)* Perbanyakkan ISTIGHFAR terutama pada waktu  sebelum subuh. . *_4 Perkara Menghalang Rezeki:_* *1)* TIDUR SELEPAS SUBUH akan melambatkan datangnya rezeki. *2)* KHIANAT. Orang yang khianat takkan mendapat kepercayaan dari orang lain. *3)* MELAMBAT lambat kan SOLAT. *4)* BERMALAS-MALASAN. Doa, zikir tapi tak usaha. ✍🏻 _P/s: Jom audit diri. Adakah amalan seharian kita menarik rezeki atau menghalang rezeki?_