Posts

Showing posts from April, 2026

Untungnya bersedekah

2026 (9) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu pintu syurga. Sedekah adalah sebaik baik amalan Soleh dan sebaik baik sedekah ialah memberi makan.  💟Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.  💟Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur. Sedekah adalah sebaik baik hadiah buat di mati yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki.  💟Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.  💟Sedekah adalah punca kegembiraan di pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.  💟Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.  💟Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.  💟Sedekah memanjangkan umur menambah rezeki menjadi punca rezeki dan kemenangan.  💟Sedekah menjadi ubat penawar dan penyembuh.  💟Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan ...

Antara sifat ahli syurga

Image
1. Orang yang berinfaq, 2. Orang yang menahan amarahnya, 3. Orang yang memaafkan orang lain. Menahan marah itu bagaimana? Tahan diri terutamanya lidah dan jari (tangan).

Sembunyikan kegembiraanmu

Image
Betapa zaman telah berubah. Dulu dulu mak ayah selalu pesan. Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayah tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Berapa indah pembentukan akhlak anak anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengurus hati orang lain. Tapi kini tanpa kita sedari, melalui Facebook dan laman laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk tunjuk atas dasar 'share' Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar, slip gaji, slip bank. Anak dapat results exam bagus , upload  result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk shared kegembiraan, kemenangan dan lain lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin tak boleh nak macam kita.  M...