Posts

Showing posts from May, 2020

Sentiasa berubah

29-05-2020 Semoga konsisten dalam melakukan perubahan. Jom ikuti kisah dibawah: Dua kisah bermula:  1. Nokia menolak Android  2. Yahoo menolak Google  Pelajaran:  1. Ambil risiko.  2. Menolak perubahan.  3. Sekiranya anda enggan berubah dengan masa, anda mungkin akan binasa.  Dua kisah lagi:  1. Facebook mengambil alih WhatsApp dan Instagram.  2. Grab mengambil alih Uber.  Pelajaran:  1. Menjadi sangat kuat sehingga pesaing anda menjadi sekutu anda.  2. Mencapai kedudukan teratas dan kemudian menghilangkan persaingan.  3. Terus berinovasi.  Dua lagi kisah:  1. Kolonel Sanders mengasaskan KFC pada usia 65 tahun.  2. Jack Ma, yang tidak dapat pekerjaan di KFC, mendirikan Alibaba.  Pelajaran:  1. Umur hanyalah angka.  2. Hanya mereka yang terus berusaha berjaya.  Akhir sekali:  1. Lamborghini ditubuhkan kerana dendam pemilik traktor yang dihina oleh Enzo ...

Amalan satu minit

*8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar* *Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.* *Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.* *Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.* *#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas* *Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga a...

Tip doa 10 malam terakhir Ramadhan

*Tips Doa Qiyamullail 10 malam terakhir* Bahagian 1 – Pengampunan Dosa  1. Minta ampun keatas dosa2 diri sendiri 2. Minta ampun keatas dosa ibu bapa  3. Minta ampun keatas dosa pasangan  4. Minta ampun keatas dosa anak2  5. Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)  6. Minta ampun keatas dosa guru2/ustaz/ustazah  7. Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)  Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan  1. Dimurahkan rezeki  2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga  3. Anak2 diperlihara oleh Allah  4. Minta rezeki diberkati  5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit  6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung 7. Minta hati anak2 kita tidak berpecah belah  8. Minta orang lain kasih kpd keluarga dan diri kita  9. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita  Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematia...

Mengurus emosi (modul Forensik Insan)

Mengurus emosi (modul Forensik Insan) 8 Mei 2020 Rujukan: FB Live - Coach Nora Zyan dan Ustaz Amin Mengurus emosi sangat penting dlm kehidupan. Bila emosi stabil, byk kejayaan boleh dicapai. Setiap manusia, da emosi yg "in-born", ada juga yg muncul. Kerisauan ada kene mengena dgn genetik. contoh: anxiety, depression. Jgn ukur orang lain mcm diri kita. Jgn menghukum orang lain. Mungkin kita boleh handle, tapi orang lain mungkin tak boleh. Penyakit emosi - BSM - disorder berkaitan emosi dan mental. Boleh dibahagikan kpd beberapa kategori. Cara berfikir: 1. future oriented - suka fikir ke depan. suka merancang. 2. present oriented - bagus handle perkara semasa. eg. berbuka hari ni nak makan apa. tak kesah lah apa pun. 3. past oriented - suka fikir perkara lepas. kenangan. good at improvisation. Emosi yg in-born: 1. Orang yg future oriented, boleh menjurus kpd anxiety. Kerana dia risaukan masa depan. 2. Orang yg past oriented, boleh menjurus kpd depress...

Amalan satu minit

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan. #1 – Membaca Surah Al-Ikhlas Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga a...

Orang miskin ramai di syurga

Dari Usamah bn Zaid r.a. ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "Aku berdiri di depan pintu Syurga, tiba-tiba aku melihat majoriti yang memasukinya adalah orang-orang miskin dan aku juga melihat para penguasa (di dunia) dalam keadaan tertahan kecuali penghuni neraka yang diperintahkan kepada mereka untuk memasuki neraka. Dan aku juga berdiri di depan pintu neraka ternyata majoriti yang memasukinya adalah dari kaum wanita. (HR Muslim) Nota : - Orang miskin lebih mudah ke Syurga. - Penguasa baik akan menunggu-nunggu ke Syurga tetapi penguasa tidak baik akan terus ke neraka. - Orang wanita lebih ramai akan ke Neraka. Ambil ikhtibar ini di mana anda berada sekarang dengan amalan yang dilakukan untuk hari selepas kematian. HNZL

Menghidupkan Ramadhan

Menghidupkan Ramadhan Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang, kemudian berbual dan borak-borak yang banyak Selepas berbual-bual banyak, pulang ke rumah, kemudian tidur, Malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam,  siang berlapar-laparan dan berletih-letihan Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa berTuhan Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa berTuhan sentiasa Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi denga...