Posts

Showing posts from March, 2021

Tunaikan hak

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.  Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemar

Statistik yang membimbangkan

Statistik Umat Islam di Malaysia.. Berikut merupakan statistik daripada perangkaan JAIM, JAIS, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, kementerian perpaduan penduduk dan yang berkaitan,berkenaan umat Islam di Malaysia buat renungan kita bersama: 1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya. 2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS. 3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan. 4. 50% menyokong program seperti realiti hiburan, lawak dan rancangan yg seumpamanya. 5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan. 6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. 7. 80% remaja hari ini tidak tahu atau tidak pandai mengaji. 8. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang. 9. 95% umat islam tidak

Jangan simpan barang yang tidak dipakai

Image
 Harta 'milik' kita yg menyusahkan urusan 'HISAB' dari alam kubur lagi...mohon baca hingga habis. (Nanti menyesal.. JANGAN SIMPAN BRG2 YANG TAK DIPAKAI)  Sahabat ❤️, Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam  agama,  Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yg dilarang dan tercela. Peringatan utk saya, keluarga dan sahabat2 semua juga..😢 Mungkin ada yg tak tahu, Semoga ilmu yg disampaikan oleh ustazah Asma Harun baru ini sama-sama kita dpt manfaatnya. Check collection kita, Keluarkan pinggan mangkuk yg sekadar kita simpan bertahun2, utk hiasan atau sayang nak pakai, pakaian, tudung tudung yang penuh dalam almari, Koleksi Telekong yg kita sayang,  kasut-kasut, periuk belanga, Tupperware yg menggunung tersusun cantik, handbag yg banyak dan berbagai saiz. Langsir2, perabot2 yg masih dalam stor sayang nak buang,  Mana yg dah lama kita tak pakai, Jangan di simpan. Keluarkan.  Itu ada hisabnya sahabat.. Astaghfirullahal’adzim... 😢 Sedekahkan. Ia sahabat.. Perlu ada

Zikir Ya Baari'

 ZIKIR PAGI/LEPAS SOLAT SUBUH 40 KALI : Mulakan dengan ALLAHumma (sekali sj) diikuti dgn  Ya BAARI' - الْبَارِئُ sebanyak 40 kali. Maksud AL BAARI' - MAHA MENGATUR/MAHA MENGURUS/MAHA MERANCANG/MAHA MENJADIKAN).  In Syaa ALLAH segala perkara diuruskan ALLAH Ya BAARI' dgn sebaiknya.  https://youtu.be/VA9gmHUV2KY

S E N I O R C I T I Z E N S - 2021

Image
 *Unsolicited Suggestions for * S E N I O R    C I T I Z E N S - 2021 ▪When you get old, never teach anyone anything, unless requested, even if you are sure you are right.  ▪Do not try to help unless asked for. Just be ready & available for it if possible. ▪️Do not give unsolicited opinion all the time. ▪️Do not expect everyone to follow your opinion, even though you feel your opinion was the best... ▪Don't impose yourself on anyone on any subject.  ▪Don't try to protect your loved ones from all the misfortunes of the World. Just love them & pray for them. ▪Don't complain about your health, your neighbours, your retirement, your woes all the time. ▪Don't expect gratitude from children.  ▪There are no ungrateful children, there are only stupid parents, who expect gratitude from their children.  ▪Don't waste your last money on anti - age treatments. It's useless. ▪Better spend it on a trip. It's always worth it. ▪Take care of your spouse, even if he/sh

ERTI REDHA

Image
Rujukan: FB Erti Redha Redha dengan qada’ dan qadar itu ialah menerima segala ketetapkan Allah dengan penuh ikhlas, tunduk dan patuh sama ada suka atau duka yang melanda. Hati tetap melaluinya dengan tenang dan lapang serta tidak menyangkal akan segala yang ditetapkan ke atasnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 216 : وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ Maksudnya : “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Setiap manusia akan diuji melalui jalan kesenangan, kejayaan dan ada juga yang diuji melalui masalah mahupun musibah. Allah Mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan hamba-Nya. Saat ditimpa ujian, Islam mendidik jiwa agar bersabar, bertawakal dan diakhiri denga