ERTI REDHA

Rujukan:

FB Erti Redha




Redha dengan qada’ dan qadar itu ialah menerima segala ketetapkan Allah dengan penuh ikhlas, tunduk dan patuh sama ada suka atau duka yang melanda. Hati tetap melaluinya dengan tenang dan lapang serta tidak menyangkal akan segala yang ditetapkan ke atasnya.


Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 216 :

وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maksudnya : “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”


Setiap manusia akan diuji melalui jalan kesenangan, kejayaan dan ada juga yang diuji melalui masalah mahupun musibah. Allah Mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan hamba-Nya.


Saat ditimpa ujian, Islam mendidik jiwa agar bersabar, bertawakal dan diakhiri dengan redha. Mereka yang menerima segala ketetapan dan peraturan daripada Allah adalah yang paling redha dengan takdir-Nya.


Jika kita memilih sebaliknya dan mempertikai peraturan Allah seperti kenapa harus aku berhijab, maka ia dicela oleh Allah seperti dalam hadis Qudsi:
من لم يرض بقضائى ويصبر على بلائى فليلتمس رباً سواى
"Barangsiapa yang tidak reda terhadap qadak Ku serta tidak sabar terhadap ujian Ku, maka carilah Tuhan lain selain Ku." (Hadis Riwayat Thabrani)


Dalam sebuah hadis, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda :

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا حِينَ يُمْسِي ثَلَاثًا وَحِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثًا كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Nabiku).' Ketika masuknya waktu petang hari sebanyak tiga kali dan di pagi hari tiga kali, maka wajib bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Ahmad no. 18200)


Namun, apakah semudah itu jalan untuk menggapai redha Allah? Ia bukan semudah itu. Mari kita berazam untuk jadikan zikir ini sebagai amalan harian kita. Dibaca 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Mudah-mudahan dengan beramal dengannya kita beroleh redha Allah di Mahsyar kelak.

Allahumma Ameen 🤲

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2