APA ITU EQ? Semua orang tahu apa itu IQ, ia melambangkan tahap kepintaran akal manusia. Tanda seseorang itu punya IQ yang tinggi biasanya pelajar yang "score " di bidang akademiknya. EQ seseorang itu kurang diberi perhatian kerana tiada kertas soalan yang boleh menyukat EQ. Jadi apakah tanda EQ seseorang itu tinggi? Seseorang yang EQnya tinggi adalah biasanya disenangi semua orang, pandai mengurus emosi sendiri dan mampu menyelesaikan masalah hidupnya dengan lebih baik. LANGKAH-LANGKAH: Dengan memahami ciri-ciri setiap WARNA emosi seseorang, kita berupaya untuk meningkatkan EQ kita. Mulakan dengan diri sendiri. Kemudian orang terdekat / keluarga. Meningkatkan EQ kita adalah satu proses penambahbaikan diri. Ia mengambil masa yang lama untuk merubah diri sendiri. Antara peringkat yang perlu dilalui: mengurus emosi sendiri, memahami dan menyesuaikan diri dan emosi, memahami tahap emosi orang lain, berinteraksi dengan orang lain. Di akhirnya, kita menjadi seorang yang lebih ma