Posts

Showing posts from January, 2026

Ucapkan ALHAMDULILLAH

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ucapkan Alhamdulillāh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan). Apabila Baginda melihat sesuatu yang Baginda tidak sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Syukur Adalah asas ketenangan jiwa. 2.  Setiap nikmat dan musibah, kedua-duanya datang daripada Allah.  3.  Orang beriman sentiasa memuji Allah dalam semua keadaan. 4.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan t...

Tentang Qareen

Image
Qareen tak kawal kita. Tak take over our body. Tapi dia berbisik - dekatilah kpd keburukan/dosa. - nanti dululah! - taubat kemudian je - takpe, tak serious pun, tak dosa. - orang lain pun buat juga . bila kamu lalai ingat Allah, kami hantarkan syaitan yg berbisik. lebih jauh dari Allah, lebih dekat pengaruh qareen terhadapmu. . Walau dia entiti berbeza, tapi dia bercampur baur dgn inner self talk diri. Terasa seperti diri sendiri. Very personal. Very intimate. . Tapi Qareen tiada autoriti ke atas dirimu Tiada kuasa. Tiada alasan. Cuma Qareen memberi ajakan dan pilihan. . Beza Qareen pd Rasulullah - ditenggelamkan. Pengajarannya: lebih dekat kpd Allah, bisikan2 itu semakin menjauh. . Bagaimana menenggelamkan Qareen? - zikir = melemahkannya - ayat quran (bersuara) = membakarnya - solat = menghinanya - keikhlasan = membakarnya . Apa yg menyuburkan Qareen?  Dosa2. Jadilah orang yang sentiasa beringat dengan ancaman-ancaman...

Senyumlah untuk gembirakan orang lain

 ASSALAMUALAIKUM WBT ☘️ MUTIARA PAGI ☘️ Jika kita senyum hanya apabila merasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain. Nescaya hidup kita akan ceria. Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami, rakan sahabat kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Tentan tawassul

Image
Ilmu yang baru dipelajari. Kita betulkan apa yang salah faham. Ref: Tawasul dan hukumnya   Mcm mana boleh jadi berdosa? 1. kerana merasa doa tak didengari Allah (kerana byk dosa), - bersangka buruk dgn Allah (hanya dengar doa orang2 tertentu saja)   Jawapan: Dia juga Maha Tahu apakah kehedak hati manusia. Sebelum manusia minta kepadaNya pun Dia dah tahu dah. Dia cuma nak dengar sahaja permintaan kita. . 2. tak mampu berdoa dgn baik, perlukan orang lain sebagai middle person. Jawapan: Kenapa tidak doa sendiri kepada tuhan? Mereka akan kata, mereka banyak dosa, dan doa mereka tidak akan dimakbulkan. Apa sahaja perantaraan yang digunakan adalah syirik kepada Allah. Begitulah perumpamaan mereka yang sombong nak minta sendiri kepada Allah. Mereka meminta kepada Allah melalui perantaraan. Melalui broker.   3. contoh2 yg tak dibolehkan:   Selain menambah-nambah lafaz selawat, mereka juga mereka-reka selawat yang tidak pernah Nabi saw ajar...

Akal dan nafsu

Image
2026 (11) AKAL DAN NAFSU Akal dan nafsu adalah dua elemen penting dalam diri manusia yang sering bertentangan, akal adalah alat untuk berfikir, membezakan baik buruk, dan tunduk kepada Allah manakala nafsu adalah dorongan fitrah untuk memenuhi keinginan duniawi, namun ia boleh jadi punca keburukan jika tidak dikawal oleh akal dan iman, yang mana jika akal menguasai nafsu, manusia boleh menjadi mulia seperti malaikat, tetapi jika nafsu menguasai akal, manusia boleh jatuh lebih rendah dari haiwan. Akal boleh digunakan sebagai alat untuk mengenal Allah  (makrifatullah) dan kebenaran, patuh pada perintah, dan menjadi petunjuk arah dan Jalan yang lurus. Manakala hawa nafsu adalah sumber dorongan untuk kepuasan diri, cenderung kepada keseronokan dunia, tetapi boleh dipandu ke arah kebaikan (nafsu mutmainah) atau keburukan (nafsu ammarah). Pada fitrahnya akal dan nafsu sentiasa berlawan; akal adalah perisai, sementara nafsu adalah godaan.  Jika akal menguasai nafsu manusia akan lebih...

Hidup dengan tenang

Image
Berdoa dan  berharapkan hanya kepada Allah tanpa "memaksa" apa pun kepada *NYA*.  Hanya jalani, nikmati, tiada kemelekatan dan luaskan kesyukuran atas apa yg kita ada..  Lepaskan apa sahaja keterikatan kepada selain daripada Allah walau pun mencari kesembuhan atau kefahaman.  Berbicaralah dengan Allah dalam gurau senda, kerinduan dan kasih sayang kepada Allah.  Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.  Hendak happy dalam kehidupan lakukan 3 perkara ini: (1) Jangan terkesan dengan perkataan manusia (2) Jangan terkesan dengan perbuatan manusia (3) Jangan terkesan dengan anggapan manusia Lakukan 5 perkara ini jika ingin mencari kekayaan: (1) Doa (2) Usaha (3) Ikhtiar (4) Tawakal (5) Luaskan kesyukuran

Doa buat semua

 Aku Bermohon Kepada Allah Yang MahaAgung Untuk Diri Ku Juga Untuk Diri Mu.... Engkau Jauhkanlah Dari Kami... * Kefakiran  * Kesempitan Hidup  * Kesedihan  Engkau Peliharakanlah Bagi Kami.... * Diri Kami  * Keluarga Kami * Agama Kami  Engkau Bahagiakanlah Hidup Kami Dengan.... * Keluasan Rezeki  * Sentiasa Bersyukur Atas Segala Nikmat Mu  * Panjangnya Usia Kami Dalam Kebaikkan  Engkau Jauhkanlah Dari Kami.... * Neraka Jahannam  * Mata Orang Yang Hasad Dengki * Pengkhianat Terhadap Hak hak Kami  Dan Engkau Bantulah Kami Atas Tiga Perkara Ini.... * Sentiasa Berzikir Mengingati Mu  * Sentiasa Bersyukur  * Dan Menunaikan Ibadat Dengan Sebaikbaik Mungkin  Allahumma Aamiiin ۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞