Akal dan nafsu
2026 (11)
AKAL DAN NAFSU
Akal dan nafsu adalah dua elemen penting dalam diri manusia yang sering bertentangan, akal adalah alat untuk berfikir, membezakan baik buruk, dan tunduk kepada Allah manakala nafsu adalah dorongan fitrah untuk memenuhi keinginan duniawi, namun ia boleh jadi punca keburukan jika tidak dikawal oleh akal dan iman, yang mana jika akal menguasai nafsu, manusia boleh menjadi mulia seperti malaikat, tetapi jika nafsu menguasai akal, manusia boleh jatuh lebih rendah dari haiwan.
Akal boleh digunakan sebagai alat untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan kebenaran, patuh pada perintah, dan menjadi petunjuk arah dan Jalan yang lurus. Manakala hawa nafsu adalah sumber dorongan untuk kepuasan diri, cenderung kepada keseronokan dunia, tetapi boleh dipandu ke arah kebaikan (nafsu mutmainah) atau keburukan (nafsu ammarah).
Pada fitrahnya akal dan nafsu sentiasa berlawan; akal adalah perisai, sementara nafsu adalah godaan. Jika akal menguasai nafsu manusia akan lebih mulia daripada malaikat, beribadah dengan ikhlas, dan menjadi hamba yang diredhai. Jika nafsu menguasai akal manusia boleh jatuh lebih rendah daripada haiwan, terjerumus dalam dosa dan kegelapan, akan merosakkan diri serta masyarakat.
Jangan benarkan nafsu bertindak sewenang senangnya kawal lah ia dengan akal yang waras yang sentiasa tunduk kepada perintah Allah dan Rasul. Banyakkan zikrullah dan amal makruf untuk mengawal dan menyekolah kan nafsu. Sentiasa berdoa minta pertolongan allah agar iman dan taqwa diperkukuh untuk melawan nafsu. Gunakan akal dengan panduan iman dan wahyu (Al-Quran & Sunnah) agar tidak terkeliru.
Insyallah dengan beristiqomah akan sentiasa berasa tenang dan syukur dan akan selalu memandang dengan mata hati bahawa segala-galanya adalah kehendak dan ketentuan Ilahi.

Comments
Post a Comment