Posts

Zikir rabbaniyah

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻 *Amalkan Zikir Rabbaniyah setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi* *Nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir² ini :* *_1. Astaghfirullahal azim - 100×_* *_2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x_* *_3. Lailahailallah - 100x_* *_4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x_* *_5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x_* *_6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x_* *_7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x_* _#Sebarkan--> Semoga ramai boleh beramal._ *Buatlah Suatu Kebaikan Yang Terus Hidup, Walaupun Setelah Kita Meninggal Nanti...* 🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Berharap pada Allah

NASIHAT LOKMAN AL HAKIM 6 Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Keindahan ada di dalam diri

Keindahan itu terdapat di dalam dirimu, bukan pada peristiwa di luar dirimu. Ketika engkau memiliki mata hati yang indah maka engkau akan melihat segala sesuatu itu indah. Ketika engkau memiliki jiwa yang redha maka engkau akan redha walaupun dalam kekurangan. Kebahagiaan itu datang dari dalam hati. - Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany

Disiplin diri orang mukmin

*DISIPLIN DIRI ORANG MUKMIN* Sudahkah kita mendisiplinkan diri. Sampai waktunya kita sembahyang. Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang. Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang. Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan. Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya. Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya. Kalau orang menghina, kita diam sahaja atau tidak menjawabnya. Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan. Waktu lapang adakah kita berfikir. Atau membaca atau menulis pengalaman. Atau ilmu pengetahuan atau berzikir. Agar masa tidak sia-sia dan terbuang. Mampukah kita mendisiplinkan diri tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan. Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur selepas Subuh dan selepas Asar. Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan. Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullah sebelum Zuhur digalakkan. Apabila makan tidak suka makan seorang. Bila mencar...

Manusia tiada kuasa

*Manusia Mana Ada Kuasa* Manusia manalah ada kuasa. Sekalipun yang berkuasa pandai dan kaya. Diri sendiri pun tidak dapat  dikuasai. Betapa pula bukan diri sendiri lagilah tidak ada kuasa. Diri sendiri lemah menguasainya. Kita bawa beberapa contoh yang mana manusia tidak ada kuasa pada diri. Bolehkah dia kontrol dari susah hati yang sering sahaja memberang hatinya? Bolehkah dia sekat sebab-sebab yang menjadikan hatinya menderita? Bolehkah dia wujudkan gembira setiap masa? Mampukah dia menyekat bala bencana yang menimpanya? Seperti miskin, bencana alam, hasad dengki dan orang kata. Bahkan isterinya adakalanya benci dengannya, dia tidak dapat membendungnya. Sekalipun dia raja dan berkuasa. Semua pertanyaan ini semua orang sudah dapat menjawabnya. Sungguh lemah manusia itu walaupun dia raja. Tapi mengapa manusia sombong? Mengapa manusia tidak sedar diri dan mengaku kelemahan? Mengapa manusia sesama manusia hina menghina? Padahal semua mereka adalah hina hakikatnya. ...

Sampai bila sibukkan kelazatan

SAMPAI BILA KAMU SIBUK DENGAN KELAZATAN? As Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Miliki Al-Hasani Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah. Di sepanjang jalan, dia sering melihat orang-orang makan daging. Diapun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging. Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang hiba. Sesampai di rumah, isterinya menghidangkan kacang rebus. Dengan hati terpaksa, dia memakan kacang itu seraya membuang kupasan kulitnya ke luar jendela. Dia sangat bosan dengan kacang. Dia bilang kepada isterinya "Bagaimana hidup kita ini? Orang-orang makan Daging, kita masih makan kacang." Tak lama kemudian, dia keluar ke jalan di pinggir rumahnya. Alangkah terkejut, dia melihat seorang lelaki tua duduk di bawah jendela rumahnya sambil memungut kulit-kulit kacang yang tadi ia buang dan memakannya sambil mengucapkan : ‎الحمدلله الذي رزقني من غ...

Makanan kegemaran Nabi

📜 *Labu* عَنْ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قال: إِنَّ خَيَّاطًا دَعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَهُ. قَالَ أَنَسٌ: فَذَهَبْتُ مَعَ رَسُولِ ...