Renungan - Mencari keredhaan Allah
Terus menjadi JAMBATAN KASIH SAYANG
Allah kepada makhluk kejadian Nya
Perbetulkan niat mencari keredhaan,
rahmat dan kasih sayangnya semata mata.
Bukan mencari populariti, bukan mencari puji-pujian manusia dan bukan hendak
menunjuk kebagusan kita berbanding orang lain.
Hati manusia sentiasa berbolak balik
maka mohon lah kepada Allah agar hati kita tetap dan beristiqamah dalam
melakukan kebaikan dan sentiasa dalam taufik serta hidayah nya.
Perjalanan kita amat singkat di
dunia yang fana ini untuk memikirkan hal-hal yang bukan berkaitan dalam
memperbaiki diri kita dan amalan sebagai
bekal untuk di bawa pulang.
Latih lah Hati atau Qalbu kita
supaya tidak tersentuh dengan percakapan, perbuatan dan tanggapan orang lain
terhadap diri kita. Kita hanya fokus kepada perhatian Allah terhadap diri kita. Kita hanya fokus dalam kesedaran
kasih sayang allah menikmati tanpa memiliki, melepaskan dan sentiasa memaafkan
terutama kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain. Tiada guna kita
menyimpan dendam, amarah dan sebagai nya kerana ianya hanya melukai hati kita
sendiri.
Sesungguhnya hidup ku, mati ku,
ibadah ku, amalan kebaikan ku adalah hanya untuk Allah. Tiada yang lain selain
dia. Alhamdulillah Ala Kulli Hal..
Comments
Post a Comment