Posts

Showing posts from November, 2015

Pesanan dan peringatan

Perkongsian dari Dr Fadilah Kamsah.. 1. Makan buah dahulu sebelum makan 2. Pakai jam sebelah kanan, mudah tengok untuk solat 3. Susun kasut reverse parking supaya mudah dipakai waktu keluar 4. Sedekah setiap hari dan niat untuk anak anak, dan semua keluarga 5. Bantu orang tanpa syarat 6. Maafkan semua orang sebelum tidur 7. Ucap terimakasih sesama manusia 8. Bagi yang ada ibubapa, beri hadiah kepada mereka dihari lahir kita..kerana melahirkan kita 9. Didik diri untuk bersyukur kepada Allah. E.g.. jangan merungut bila makanan tak sedap 10. Orang yang 2 hari Tak berubah akan gagal 11. Jadilah hamba yang membetulkan diri & mencari salah diri supaya tak sempat mencari salah orang 12. Tinggalkan orang dalam situasi lebih baik. E.g. bantu orang lain 13. Add value to yourself 14. Elakkan sifat ego, riak, ujub, takbur untuk jadi ahli syurga. 15. Allah menguji ikut kemampuan kita

Apa yang dikata...

Kisah-kisah yang menyentuh. Kisah Pertama :  Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada."  Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.  Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya. Kisah kedua :  Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang kesele...

Fadhilat 10 ayat terakhir Al Baqarah

Doa Agar Rumah Terhindar dari Syetan Hingga Pagi ?Diriwayatkan oleh Ad-Darami dan Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’aib dari Ibnu Mas’ud r.a bahwa dia berkata: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari surat Al-Baqarah di permulaan siang, maka ia tidak didekati syetan sampai sore. Dan jika ia membacanya sore hari, maka ia tidak akan didekati oleh syetan sampai pagi hari dan ia tidak akan melihat sesuatu yang dibenci keluarganya dan hartanya” (HR. Ad-Darami dan Al-Baihaqi). Diriwayatkan juga oleh Ath-Thabrani dalam kitab Al-Kabir dan Al-Hakim dalam shahih-nya, dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat: empat ayat dari surat Al-Baqarah, ayat kursi, dan dua ayat sesudahnya, serta ayat-ayat terakhir dari Al-Baqarah tersebut, maka rumahnya tidak akan dimasuki oleh syetan sampai pagi”. (HR. Ath-Thabrani). Adapun keagungan dari surah Al Baqarah lainnya: 1. Rumah terbebas dari datangnya Syaitan...

Takut kehilangan

Punca anxiety adalah takut kehilangan. Jika kita dapat sifat tidak takut kehilangan, hilang apa2 pun kita akan redho belaka. Yang perlu takut, hanyalah pada Allah. Takut melakukan dosa dan silap. Sanggup bersusah payah demi Allah Bersyukur dengan apa juga kurniaanNya Berterima kasih dengan setiap pinjamanNya sanggup melepaskan apa saja Sanggup hilang apa saja Berharap hanya pada Allah Yang pastinya kekal selamanya Tidak perlu mengharapkan manusia Termasuk diri kita sendiri Jadi bila Allah tarik balik Kita tak sedih atau kecewa Banyakkanlah beristighfar Pasti Allah menunjukkan jalan keluar untuk setiap kesempitan Kesenangan dari setiap kesedihan. Dan diberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.. . (HR. Abu Dawud).. . Doakan...Ya ALLAH : . ? Muliakanlah orang yang membaca status ini ? Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid ? Lapangkanlah hatinya ? Bahagiakanlah keluarganya ? Luaskan rezekinya seluas lautan ? Mudah...

Hidup untuk orang lain

Ukuran kejayaan... Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar, Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah, Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2, Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu, Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan) Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan, Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami, Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak, Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri), Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga, Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya, Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri, Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta, Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit, Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa d...

Kisah lisan ibu

Hati-hati menjaga lisanmu wahai ibu... !!! كنت في يوم من الايام انظف بيتي وجاء ابني وهو طفل واسقط تحفة من الزجاح فانكسرت Suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya datang, ia masih kecil waktu itu, ia menjatuhkan satu hiasan yang terbuat dari kaca, dan pecah. فغضبت عليه اشد الغضب لانها غالية جداً واهدتني اياها امي ...

Ubat stress

 Are you worried or upset? When things don't go the way we plan, we get stressed. Sometimes, we make constantly dua to Allah to give us something, yet we don't get what we ask for. This leads to disappointment and negative feelings.  However, we fail to realize that ALLAH KNOWS BEST. He knows what we don't. He knows whats BEST for us and that's what He gives us :) So, the next time when you are stressed,remind yourself of the following verse of the Holy Quran:- " But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." Surah Al-Baqarah You can learn duas to overcome stress, depression and anxiety from the link given below. http://dua.2learnislam.com/category/duas-from-the-hadith/duasforstress/ Ubat upset stress tension azab dunia tu adalah redha relax, letgo biarlah tak apalah, lantaklah tak kesahlah, ikut dialah, pedulikan, lupakan.

Kisah taubat

Seditkit sebanyak daripada tausiah Habib Umar bin Hafiz di Masjid Sultan pada 17 November 2015 1) Taubat itu merupakan sebuah rahmat dan kelembutan dari Allah. 2) Taubat itu sesuatu yang dituntut di dalam syariat dan ianya merupakan sesuatu yang fardhu. 3) Semua orang perlu bertaubat walaupun dia terpelihara daripada dosa yakni maksum seperti para anbiya' 4) Keagungan sesebuah taubat itu bergantung pada kadar makrifah kita pada Allah. Rasulullah adalah orang yang paling kenal Tuhannya maka taubat baginda adalah yang paling agung.. 5) Ada orang bertaubat kerana dosa-dosa besar, ada yang bertaubat kerana dosa-dosa kecil, ada yang bertaubat kerana perkara yang makruh dan syubhah dan ada yang bertaubat kerana kelalaian daripada mengingati Allah...Semuanya bergantung pada kadar iman dan makrifah kita tentang Allah.. 6) Seorang Tabi' Tabi'in yang bernama Imam junied ibn Muhammad bertaubat bertahun-tahun kerana beliau mengatakan "Alhamdulillah" bukan pada tempatnya...

Membuang rasa ujub

Tazkirah subuh 4 langkah untuk membuang 'ujub (perasaan heran dgn kehebatan sendiri): 1. Taufik hidayah utk beramal datangnya dari Allah SWT, kita bersyukur kpd allah swt   kerana kita rasa ringan utk membuat dan menambah amalan sunat. 2. Kita kena ingat semua nikmat yg kita kecapi datang  dr allah swt, kita kena bersyukur sebab belum tentu kita dapat nikmat tersebut dengan bersandarkan usaha dan ikhtiar dan kenapa kita yg dapat dan tidak orang lain. 3. Kita senantiasa merasa takut sekiranya amalan kita tidak diterima Allah swt dan kita harapkan semua amalan kita diredhai Allah SWT. 4. Senantiasa ingat akan dosa yg pernah kita lakukan. Kita khuatir dosa kita melebihi dari kebaikan. Kita tidak tahu amalan kita samada akhirnya kita ke syurga atau ke neraka. Wallahuaklam...

Kisah terkunci di bilik sejuk

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk. 5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.  Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awa...

Muslihat si Khanzab

WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE , MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA :: Atok rasa, ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni?? Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak.. Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentu...

Realiti di akhir zaman

IRONI DAN REALITI DI ZAMAN KITA! Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil Gelaran makin tinggi --- akal sihat makin rendah Perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan tetangga Penghasilan bertambah --- tak ada ketenteraman jiwa Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang Pengkhianatan makin marak --- kesetiaan hampir punah Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati Minuman keras makin banyak --- air bersih makin berkurang Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam Akhir...

Tentang bala

العقاب المحسوس وغير المحسوس BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا". Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah  apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".! Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tid...

Fadhilat memberi

Profound story do read & share Inshy'Allah;- I notice the need for support on several fronts where prayers are requested. This prompted me to share a message I received several days ago from Sidi Abass from London. I translated it in order for everyone to  benefit. I know that this is a Dhikr posting only, but maybe it will help the healing some of us need. خادمه  تدخل الحمام لتفرغ حليب صدرها!! و كفيلتها ماذافعلت؟؟؟؟؟؟ This story is from the annals of the surreal. It's credibility depends on exceptional trust and a strong belief in The Prohetic message. هذه قصة عجيبة لا يص...

Terapi dengan asmaul husna - Promo

Kelas Terapi Asmaul Husna & Refresh Life Coaching Matlamat ~~~~~~~~ Untuk sama-sama melihat secara lebih holistik hubungkait keindahan Module Life Coaching yang mengupas dari sudut saintifik menjayakan transformasi dan menjemput impian yang makbul. Dan kini diperkemaskan lagi dengan tertib dan SENI yang lebih indah berbicara dengan Allah swt...meminta...bermohon...memuji...bermanja dan berkasih sayang denganNya. Dan In sha Allah jika sempat kita kongsi juga nanti sedikit kupasan dari sudut sains dan energi kenapa , bagaimana sangat penting sekali mengusahakan diri untuk menghidupkan zikrullah, kata-kata yang baik dan positif dalam kehidupan, kesejahteraan , DNA, kesihatan dan keberkahan hidup seluruhnya bukan hanya terkapsul dalam ruang diri tetapi juga insan sekeliling. ✏Ramai yang tahu dan yakin akan khasiat Asmaul Husna dalam kehidupan. Namun, ramai diantara kita terlepas pandang. Tertarik dengan firman Allah swt dalam Surah Al A'raf yang antara meny...

Kisah seorang santri

Terkisah dari Ibnu Arabi dalam Futuhat al-Makkiyah. Di satu pagi, seorang santri menemui gurunya dalam keadaan pucat pasi. “Wahai Tuan Guru, semalam aku mengkhatamkan Alquran dalam sholat malamku.” Sang Guru tersenyum. “Bagus Nak. Nanti tolong hadirkan bayangan diriku di hadapanmu saat kau baca Alquran itu. Rasakanlah seolah-olah aku sedang menyimak apa yang engkau baca.” Esok harinya, sang murid datang dan melapor pada gurunya. “Tuan Guru,” katanya, “Semalam aku hanya sanggup menyelesaikan separuh dari Alquran itu.” “Engkau sungguh telah berbuat baik,” ujar sang guru sembari menepuk pundaknya. “Nanti malam lakukan lagi dan kali ini hadirkan wajah para sahabat Nabi yang telah mendengar Alquran itu langsung dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Bayangkanlah baik-baik bahwa mereka sedang mendengarkan dan memeriksa bacaanmu.” Pagi-pagi buta, sang murid kembali menghadap dan mengadu. “Duh Guru,”...

Fadhilat berselawat

🍀 PAHALA YANG TAK MAMPU TERTULIS OLEH PARA MALAIKAT ...🍀 SUBHANALLAH.....✨ Pertama, riwayat tentang Rasulullah saw yang ketika di syurga melihat ada sekumpulan malaikat yang sedang membangun sebuah rumah mirip istana yang bahan bangunannya dari emas dan perak. Rasulullah saw yang ditemani Malaikat Jibril bertanya kepada malaikat yang sedang membangun. “Untuk siapa itu wahai malaikat?” tanya Rasulullah saw. Salah seorang malaikat menjawab, “Untuk orang yang senantiasa membaca subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar.” Tiba-tiba malaikat yang bekerja itu berhenti. Ketika ditanya, malaikat menjawab bahawa orang yang rumahnya sedang dibangun ini berhenti melafalkan tasbih tahmid takbir dan tahlil. Setiap kali orang itu berhenti maka pekerjaan pembangunan rumah berhenti. Kedua, Rasulullah saw bertemu dengan seorang malaikat yang bertubuh besar dan sedang memegang buku induk yang sangat besar. Setelah men...

Perihal tidur

TIDUR Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat...

Kelebihan malam

Petikan dari Taman Syurga Allah bukakan pintu makbulNya pada satu pertiga malam.. - ada yg berhajat, - ada yg susah Untuk meminta pertolonganNya. Bangun malam... Baca sepuluh ayat Seratus ayat, org yang taat, Seribu ayat, org bekal akhirat. Masa hamba amat hampir dgn Allah ialah di waktu tenang, malam. Yg meninggalkan tpt tidur, terus masuk syurga tanpa hisab. Nafsu tidur, bangkit dan lawan...awalnya susah, tapi lama2 tak bangun tak selesa. Conyoh krlrbihsn bsngun mslsm * kesusahan aku selama 40 tahun, adalah terbitnya fajar. * spt kenikmatan di syurga. * lakukan sedikit tapi istiqomah. Hukum qiamulail...utk.kita, sunat. Utk Nabi, wajib. Hingga bengkak kakinya...masih berkata salahkah aku menjadi hamba yg bersyukur.... Neraka saqar...utk orang yang meninggalkan solat.

Allah pemberi kebaikan kecuali 4 golongan ini

Berikut adalah catatan saya ttg intipati kuliah ini. Refer: https://www.youtube.com/watch?v=XzO1obaKEOU 4 golongan yg tidak Allah beri kebaikan. Normalnya Allah beri byk kebaikan. 1. orang yg enggan memilih kebaikan. contoh - pekerjaan. 2. orang yg selalu bersangka buruk. - datang dari salah faham. - sangka2 yg tak betul. - eg. "jangan2", "agaknya", "rasanya" - dengar cerita sampai habis. 3. orang yg tidak sabar. - sabar akan  terpancar dalam amalan (praktikal). - maksud sabar? - bukan pasrah yg pasif. hampir kpd putus asa. - kematangan akal dan hati meyakini sesuatu perkara ada hikmahnya. - Allah beri kebaikan. 4. orang yg tidak berikhtiar/berusaha. - jgn putus asa. - dunia tempat berusaha. - ada tanggungjawab perlu ditunaikan. - benda boleh buat hari ni, jgn kata buat esok. surah kahfi ayat <?> Kenapa tak nak berusaha? Apabila berada dalam comfort zone. 1. tiada keyakinan (lemah) 2. malas. Especially bila duduk ...

Galakan Bertamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sedikit tazkirah.. KURANGKAN MAJLIS JEMPUTAN DIRESTORAN.BANYAKKAN DIRUMAH SUPAYA MENGAMBIL BERKAT. Bawalah kwn2 brjumpa di rmh. Bawa berkat kedalam rmh. Jgn bawa kwn2 ke restoran. ‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌Tetamu Membawa Berkat‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌ ‍‌‌‌‌‍‌‌‍‍‌📝‌‌Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu, ‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌✨‌‌Rasulullah saw bersabda...