Kisah taubat

Seditkit sebanyak daripada tausiah Habib Umar bin Hafiz di Masjid Sultan pada 17 November 2015

1) Taubat itu merupakan sebuah rahmat dan kelembutan dari Allah.

2) Taubat itu sesuatu yang dituntut di dalam syariat dan ianya merupakan sesuatu yang fardhu.

3) Semua orang perlu bertaubat walaupun dia terpelihara daripada dosa yakni maksum seperti para anbiya'

4) Keagungan sesebuah taubat itu bergantung pada kadar makrifah kita pada Allah. Rasulullah adalah orang yang paling kenal Tuhannya maka taubat baginda adalah yang paling agung..

5) Ada orang bertaubat kerana dosa-dosa besar, ada yang bertaubat kerana dosa-dosa kecil, ada yang bertaubat kerana perkara yang makruh dan syubhah dan ada yang bertaubat kerana kelalaian daripada mengingati Allah...Semuanya bergantung pada kadar iman dan makrifah kita tentang Allah..

6) Seorang Tabi' Tabi'in yang bernama Imam junied ibn Muhammad bertaubat bertahun-tahun kerana beliau mengatakan "Alhamdulillah" bukan pada tempatnya. Beliau telah mengucapkan hamdalah ketika beliau mendapati kedainya terselamat daripada api sewaktu kebakaran berlaku di pasar. Apabila dia sedar bahawa dia telah bergembira atas keselamatan kedainya dan tidak bersedih atas kebakaran kedai-kedai lain...Lalu dia bertaubat.

7) Pada waktu yang lain, apabila Imam Junied ternampak seorang pemuda yang meminta-minta lalu terlintas di hatinya kenapa pemuda ini tidak menggunakan tenanganya untuk berkerja...Apabila beliau tidur, beliau bermimpi pemuda itu datang kepadanya dan berkata " Makanlah engkau daripada daging saudaramu kerana sesungguhnya engkau telah mengumpat akan saudaramu".

8) Adalah amat penting bagi kita untuk bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari seperti Rasulullah, (ada riwayat lain mengatakan 100 kali sehari).

9) Para Ulama sudah sepakat mengatakan bahawa taubat daripada semua dosa akan diterima kecuali mereka khilaf diantara 2 dosa. Salah satu daripadanya adalah membunuh seseorang dengan sengaja tanpa hak. Orang yang alim itu akan ada dalam dirinya kasih sayang pada manusia dan takut pada Allah pada waktu yang sama.

10) Taubat yang sebenar..Taubat Nasuha jika dilakukan mengikut syarat-syaratnya pasti akan diterima...dan syarat utama adalah penyesalan yang datang dari hati akan dosanya...dan penyesalan ini datang akan sebabnya kenalnya seseorang itu akan Allah

11) Perbezaan antara seorang mukmin dan seorang munafiq adalah, orang mukmin itu jika teringat akan dosa-dosanya, akan bertambah-tambah penyesalan di dalam hatinya. Manakala orang munafiq, jika diingatkan akan dosanya, dia akan merasa bangga dan gembira dengan dosanya.

12) Orang yang bergembira atas dosa-dosanya adalah orang yang meringan-ringankan, memandang enteng akan keagungan Allah..dan ini adalah daripada tanda-tanda Nifaq.

13) Diantara cara-cara yang boleh dilakukan agar taubat kita diterima adalah: - berwudhu -solat 2 rakaat -bersedekah...dan yang paling baik adalah jika kita dapat pergi dan jumpa Rasulullah kemudian meminta ampun pada Allah lalu meminta Rasulullah berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa kita..

14) Allah menerima taubat seseorang hamba ini (afwan ana lupa namanya) kerana kebijaksanaanya di dalam berdoa dan bertaubat...Dia berada di maqam Rasulullah dan berkata:

"Ya Allah, sesungguhnya ini adalah nabiMu dan aku adalah hambaMu dan syaitan adalah musuhMu...Seandainya Engkau mengampuniku, Engkau akan menggembirakan NabiMu dan menyedihkan musuhMu...Namun seandainya Engkau tidak mengampuniku, maka Engkau akan membuat nabiMu sedih dan aku hambaMu akan binasa dan musuhMu pula akan bergembira....dan aku yakin bahawa Engkau Maha Mulia Maha Kaya lagi Pemurah dan Engkau pasti akan menggembirakan hati nabiMu.."

afwan jika ada kekurangan...rumusan ini bukan kata-kata yang tepat daripada Habib tapi daripada apa yang ana dapat fahami dan sempat catit..

wal afwu minkum

http://youtu.be/a1Ji7aj_ms0

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup