Membuang rasa ujub
Tazkirah subuh
4 langkah untuk membuang 'ujub (perasaan heran dgn kehebatan sendiri):
1. Taufik hidayah utk beramal datangnya dari Allah SWT, kita bersyukur kpd allah swt kerana kita rasa ringan utk membuat dan menambah amalan sunat.
2. Kita kena ingat semua nikmat yg kita kecapi datang dr allah swt, kita kena bersyukur sebab belum tentu kita dapat nikmat tersebut dengan bersandarkan usaha dan ikhtiar dan kenapa kita yg dapat dan tidak orang lain.
3. Kita senantiasa merasa takut sekiranya amalan kita tidak diterima Allah swt dan kita harapkan semua amalan kita diredhai Allah SWT.
4. Senantiasa ingat akan dosa yg pernah kita lakukan. Kita khuatir dosa kita melebihi dari kebaikan. Kita tidak tahu amalan kita samada akhirnya kita ke syurga atau ke neraka.
Wallahuaklam...
Comments
Post a Comment