Posts

Showing posts from April, 2021

Membunuh diri sendiri

Image
 Membunuh diri sendiri ------------------------------ Sahih al-Bukhori:1276 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  الَّذِي يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِي النَّارِ، وَالَّذِي يَطْعُنُهَا يَطْعُنُهَا فِي النَّارِ. Dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Nabi S.A.W. bersabda:  Barang siapa yang mencekik dirinya (hingga mati) maka dia akan mencekiknya di neraka dan barang siapa yang menikam dirinya (hingga mati) maka dia akan menikamnya di neraka. Pesan : Membunuh diri sendiri adalah tindakan yang diharamkan oleh syariat Islam, dan balasan yang didapatkan oleh orang yang membunuh dirinya sendiri adalah mengulangi apa yang ia lakukan di neraka.  ABIM

Rasuah busters

 FB page reference DENDAM SEORANG JUTAWAN... Saya mengenali jutawan media yang juga pemilik empayar Karangkraf, Hussamuddin Yaacob lama sebelum beliau bergelar Datuk lagi.  Ketika saya mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas di Sinar Harian dulu, kami warga SH memanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf itu sebagai 'Haji'. Sedikit mengenai Haji, pada tahun 1978, beliau bersama-sama saudara-saudaranya, arwah Fickri Yaacob dan Muhd. Nasir Hamzah, telah menubuhkan syarikat Karangkraf dengan sebuah rumah sewa di SS 2, Petaling Jaya dijadikan pejabat operasi sekaligus kediaman mereka. Dari sebuah rumah sewa, Kumpulan Karangkraf memperkukuhkan operasi dengan memiliki bangunan 3 blok, 3 tingkat di Taman Tun Dr Ismai.  Haji kemudian menubuhkan pula Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB), yang mampu mencetak sehingga 2 juta naskhah majalah setiap bulan. Untuk pengetahuan korang, kilang cetaknya itu pernah musnah dalam kebakaran dan banyak bank masa tu ‘reject’ permohonan unt...

NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN oleh USTAZAH ASMA' HARUN kilik di sini: Kuliah di FB Ustazah Asma Harun

Curang

C.U.R.A.N.G.  Semalam viral kisah seorang doktor dibelasah gara2 keluar dengan isteri orang. Isu sebenarnya di sini bukannya kerana dia adalah seorang doktor. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.  Antara suami orang dengan isteri orang, Suami orang dengan janda, Isteri orang dengan teruna, Suami orang dengan anak dara, Dan macam2 pasangan yang anda boleh padankan sendiri.  Dengan adanya media sosial sekarang ni, kecurangan lebih mudah berlaku. SMS, PM, DM, whatsapp group dan sebagainya.  Tuan2, rumahtangga kita ni bukan secara automatiknya akan bahagia selamanya sejak akad nikah.  Cinta & kasih sayang perlu disemai dan dibaja agar sentiasa mekar. Perlu ada ketelusan & komunikasi antara suami isteri setiap hari. Perlu berterus-terang.  Pada masa yang sama, setiap pasangan perlu elak sebarang tindakan yang boleh menimbulkan putik kecurangan ini dengan pihak ketiga. Suami & isteri, JANGAN menggatal! Tidak kiralah di tempat kerja, ketika berurusa...