Posts

Showing posts from March, 2022

Apabila berlaku perselisihan

APABILA BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA SUAMI ISTERI, INGATLAH PERKARA INI: 1️⃣. DIA jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir. 2️⃣. ALLAH menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada  pengampunan dosa atau pengurnian pahala.  3️⃣. SEDARLAH ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan  kita.  4️⃣. INGATLAH, kebaikan dan kelebihan  pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.  5️⃣. JADILAH orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah. Allahumma Solli'ala Muhammad 🌹

Surah Yasin (ayat 55 hingga 70)

Image
Episod 565 My #QuranTime Rabu 9 Mac 2022 Surah Yasin (36:55-70) Halaman 444 ref: Episod 565 (youtube) tentang kalimah yg ditujukan kpd ahli2 syurga. sinopsis: ayat 55-58 : ganjaran kpd orang muhsin ayat 59 - 68 : balasan utk pendosa ayat 69 - 70: penegsan kewujudan Allah dan keesaanNya serta penjelasan pengkhususan isi kandungan Al quran. ayat 56: "Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan" orang di dalam syurga itu suka dgn kesibukan mereka. mereka sibuk dgn menikmati anugerah yg diberi oleh Allah. sibuk bersenang-senang, makan buah-buahan. sibuk biasanya penat, tapi sibuk tapi seronok. ayat 56:"Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;" nak masuk syurga bukan sorang2, tapi bersama pasangan kita.  semua satu keluarga masuk syurga. muttakiun = duduk tak, baring pun tak - menunjukkan keadaan di syurga itu sgt bersantai. ayat 57: "Mereka be...