Surah Yasin (ayat 55 hingga 70)

Episod 565 My #QuranTime Rabu 9 Mac 2022 Surah Yasin (36:55-70) Halaman 444


ref:

Episod 565 (youtube)


tentang kalimah yg ditujukan kpd ahli2 syurga.


sinopsis:

ayat 55-58 : ganjaran kpd orang muhsin

ayat 59 - 68 : balasan utk pendosa

ayat 69 - 70: penegsan kewujudan Allah dan keesaanNya serta penjelasan pengkhususan isi kandungan Al quran.



ayat 56:

"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan"


orang di dalam syurga itu suka dgn kesibukan mereka.

mereka sibuk dgn menikmati anugerah yg diberi oleh Allah.

sibuk bersenang-senang, makan buah-buahan.


sibuk biasanya penat, tapi sibuk tapi seronok.


ayat 56:"Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;"


nak masuk syurga bukan sorang2, tapi bersama pasangan kita. 

semua satu keluarga masuk syurga.


muttakiun = duduk tak, baring pun tak - menunjukkan keadaan di syurga itu sgt bersantai.


ayat 57: "Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;"


kenapa Allah selalu sebut ttg buah-buahan dlm alquran?

menggambarkan ahli syurga sebenarnya tak lapar. makan bukan sebab lapar, tapi bersenang2. 

dihidangkan buah kerana kemewahan syurga.


@18:00

ayat 58: "(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani."


Allah beri salam kpd ahli syurga.

greet and meet manusia pun kita dah bangga habis, inikan pula dari Allah.

kemuncak nikmat utk ahli syurga, Allah menzahirkan keredhaanNya terhadap hambaNya.


biasa diulang 3 kali bila membaca Yasin.


perkataan hari ini:

sya - gho- la = sibuk mengerjakan sesuatu

2 kali disebut dlm alquran.


@24:00

hebatnya ahli syurga mendapat salam dari Allah sendiri.

doakan kita menjadi ahli syurga.




terpisah dari ahli syurga kerana ...


ayat 60:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!"


"menyembah syaitan"ada dua jenis:

a) menyembah berhala

b) mengabdikan diri kpd unsur2 selain dari Allah (ikut bisikan syaitan) - meletakkan nafsu lebih tinggi dari perintah Allah. 


ayat 61:

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.


sembahlah Allah.


ayat 62:

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?


terikut /disesatkan oleh golongan manusia yg terpedaya dgn bisikan syaitan.


ayat 63:

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).


sifat neraka. batu jadi bahan bakarnya.

setiap kali manusia dimasukkan ke dalamnya, akan ditanya - apakah ada lagi yg masuk neraka?

kedalaman neraka 70 tahun perjalanan masa.

neraka paling dalam adalah paling bawah/dasar.


perumpamaan:

sepatu drpd neraka, menggelegakkan otak manusia.


ayat 64:

"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"


balasan kepada golongan yg menyembah syaitan.



ayat 65:

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.



cara dihakimi di akhirat kelak.

tak ade peguam bela, mulut ditutup.

tangan dan anggota yg bercakap.

sekarang orang menulis, apa yg disebutkan/ucapkan di dalam hati.

bila menulis, dah tak ada rasa malu, aib orang tanpa adab.



Alquran sebagai peringatan, pemberi petunjuk.


ayat 69:

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;


ayat 70:

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.



resolusi:

1. berusaha walaupun sukar di dunia ini kerana ganjaran besar

2. abdikan diri kpd Allah sebenar-benarnuya dan berhati-hati dengan tipu daya syaitan.

3. jaga mulut, kaki dan tangan agar ia tidak menghinakan kita di akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup