Apabila berlaku perselisihan

APABILA BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA SUAMI ISTERI, INGATLAH PERKARA INI:

1️⃣. DIA jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.

2️⃣. ALLAH menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada  pengampunan dosa atau pengurnian pahala. 

3️⃣. SEDARLAH ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan  kita. 

4️⃣. INGATLAH, kebaikan dan kelebihan  pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya. 

5️⃣. JADILAH orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

Allahumma Solli'ala Muhammad 🌹

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup