Posts

Showing posts from July, 2022

DOA - sebelum dan selepas tidur

Image
  Bacaan sebelum dan selepas tidur بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا، بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ Dengan namaMu wahai Tuhanku aku letakkan lambungku dan dengan namaMu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang soleh. "Apabila bangun seseorang kamu dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali semula kepadanya, maka hendaklah dikibaskan dengan hujung kainnya sebanyak 3 kali dan sebutlah nama Allah "Bismillah" kerana dia tidak mengetahui sesuatu yang datang kepadanya selepas ditinggalkannya dan apabila hendak baring, bacalah doa ini". Al-Bukhari [6320](11/126) dan Muslim [2714](4/2084). Dari App Perisai Muslim !

Bagaimana nak hidup bebas stres

Image
 HIDUP BEBAS STRESS Ref: Prof Muhaya - Hidup Bebas Stres @42:00 formula #1: peristiwa + respon memberikan hasil kehidupan. terus mencari solusi. eg. Doc Asri - biz tak jadi kerana tak dapat restu ibubapa. @44:00 formula #2:    ADA - BERI - DAPAT ada baik, beri baik, dapat baik. kalau dapat tak baik, kerana kita beri tak baik. bottom line is, ambil tanggungjawab. formula #3: kalau kehidupan kita chaotic, nak salahkan siapa? jawapannya diri sendiri. takde orang lain, jgn salahkan orang lain, keadaan, tak ada alasan. saya hanya ada satu kehidupan di dunia ini, dan saya manager kpd kehidupan saya. tidak ada kehidupan yg salah, tapi manager yg salah. letak jawatan drpd bergantung kdp makhluk, kecuali satu - Allah! kita stress sbb penat, ingin dihargai, ingin dihormati, ingin dipuji dsb. jgn bergantung pd orang lain yg kita tak boleh kawal. 4 tahap kehidupan: penthouse > zon luarbiasa produktif > zon gembira rumah pangsa > zon biasa2 basement > zon sengsara analogy ...

Equal opportunity

Image
PERSAMAAN PELUANG UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM MENGEJAR REDHA ALLAH Surah Al Ahzab ayat 35 Allahu! Betapa besarnya Rahmat Allah kepada hamba-hambaNya tidak kira samada lelaki mahupun perempuan setiap makhluk punya  peluang yang sama rata untuk meraih syurga Allah Dalam ayat ini, amat ketara bahawa Allah tidak mengira jantina. Setiap jantina pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam apa juga peranan kita di dunia ini, peluang untuk meraih Syurga Allah tetap sama. Ciri-ciri yang disebut di sini... beriman taat benar sabar merendah diri bersedekah berpuasa memelihara kehormatannya menyebut nama Allah Setiap orang ada takdir hidupnya sendiri. Setiap orang ada jalan mencari pahalanya yang tersendiri. Setiap orang diberi peluang dan ruang di dunia ini untuk persiapan bekalannya ke akhirat. Kita seharusnya mengambil tawaran dari Allah ini, untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah.  Kita harus merasa "empowered' untuk meningkatkan kualiti ciri-ci...