Equal opportunity



PERSAMAAN PELUANG UNTUK

LELAKI DAN PEREMPUAN

DALAM MENGEJAR REDHA ALLAH


Surah Al Ahzab ayat 35




Allahu!

Betapa besarnya Rahmat Allah

kepada hamba-hambaNya

tidak kira samada lelaki mahupun perempuan

setiap makhluk punya 

peluang yang sama rata

untuk meraih syurga Allah



Dalam ayat ini, amat ketara bahawa Allah tidak mengira jantina. Setiap jantina pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam apa juga peranan kita di dunia ini, peluang untuk meraih Syurga Allah tetap sama.

Ciri-ciri yang disebut di sini...
  1. beriman
  2. taat
  3. benar
  4. sabar
  5. merendah diri
  6. bersedekah
  7. berpuasa
  8. memelihara kehormatannya
  9. menyebut nama Allah

Setiap orang ada takdir hidupnya sendiri.
Setiap orang ada jalan mencari pahalanya yang tersendiri.
Setiap orang diberi peluang dan ruang di dunia ini untuk persiapan bekalannya ke akhirat.

Kita seharusnya mengambil tawaran dari Allah ini, untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah. 
Kita harus merasa "empowered' untuk meningkatkan kualiti ciri-ciri hamba Allah yang disebut di sini.
Untuk hasil terbaik adalah atas usaha individu.
Allah sudah beri kehidupan tapi kita sendiri yang harus mengurus kehidupan ini.
Buatlah pilihan yang tepat demi kebaikan dunia dan juga akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup