Sihat mental - menjadi pendengar

KESIHATAN - Fahamkah Kita Kesihatan Mental?


Rujukan:

Fahamkah kita kesihatan mental?


10-Okt hari kesihatan mental sedunia

Tema 2022 = kesihatan mental keutamaan global


#1. kesihatan mental VS penyakit mental

Kesihatan mental melibatkan cara berfikir seseorang dan hasil tingkah laku.
Sihat mental bermakna berupaya untuk mengawal selia (regulate) kehidupan dengan seimbang. Faham bahawa hidup juga bukanlah stress-free. Bila dilanda stress, seseorang itu boleh kawal dan menangangi dengan baik untuk satu tempoh masa.

Penyakit mental pula adalah sakit di mana seseorang itu tidak mampu mengawal fikiran dan emosinya. Sukar untuk berfungsi atau menjalankan peranannya sebagai isteri, ibu, pekerja pada tahap yang optimum. Perlu dapatkan rawatan untuk memulihkan keadaannya.

Kebiasaannya, tiada siapa yang tahu atau ambil peduli, terus saja mereka dilabel sebagai gila, sakit jiwa dsb.

Sebagai orang terdekat, rakan sekeliling, ahli keluarga patut perhatikan tanda2 dalam orang sekeliling, dan bantu atau bawa mereka  untuk mendapatkan rawatan.






#2. Tanda-tanda ada sakit mental

Sakit mental di dalam, bukan luaran.
Tanda yang nampak dari sudut tingkah laku antaranya
  • kurang selera makan, 
  • selalu sakit perut (gastrik, acid reflux), 
  • kerap pening kepala (migraine), 
  • suka menyendiri.

Cara rawatan:
Rawat dulu masalah asal. Jangan ambil mudah.




#3. Faktor yang menyumbang kepada penyakit mental.
Bukan satu faktor saja, tapi kombinasi dari beberapa faktor.

@20:00
- faktor genetik alone tidak menyebabkan penyakit mental.
- faktor background keluarga dibesarkan.
- faktor sosial, circle of friends.
- faktor spiritual, kuat pegang agama ke tak.




@24:00
#4. bagaimana nak bantu?

Soalan: dah lama pendam, tapi keluarga/orang terdekat buat tak peduli ataupun tak mahu mendengar, anggap itu perkara biasa saja.

Soalan: dah bersedia nak cerita masalah pada orang yang dirasakan boleh faham, tapi orang itu pulak cerita masalah dia.

Jawapan: Kita perlu belajar kemahiran mendengar ini.
Kalau tak ada ilmu, carikan ahli dalam bidang ini ie. kaunselor atau NGO berpengalaman spt MIASA.


@29:00
#5. macam mana cara yang betul untuk nak mendengar?

Asasnya adalah mendengar tanpa menghakimi.
Galakkan untuk bercerita dan meluahkan apa yang terpendam.

Langkah 1: 
Biarkan dia menghuraikan masalahnya dan apa yang dia rasa tentang masalahnya itu. 
Tugas kita dengar saja. Tahan diri dari menjawab atau memberi cadangan balas. Kita cuba fahami apa yang dia nak sampaikan.

Langkah 2:
Bila respon, 
- beri pengesahan (validation) terhadap apa yang dirasainya, 
- tunjukkan anda faham apa yang dia alami/rasai.

cth. 
"maksud awak <begini>?"
"awak rasa mcm mana?"
"ohhh...baru saya faham"

Jangan beri komen negatif.
Tahan mulut kita dari memberi nasihat.
Jangan membanding dgn pengalaman kita.
Jangan mengarah-arah macam inspektor polis.

Kalau di sini kita tersalah langkah, dia pasti terus blok dan tak nak cerita lagi.

Langkah 3:
Ringkaskan apa yang diceritakan kepada kita.
Minta kepastian apa yang kita faham itu.
Sudah lega ke lepas cerita?

Minta izin dia untuk beri solusi (dari pendapat anda).
Buat masa ini, kalau dia tak nak sebarang solusi, biarkan dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup