Asmaul husna - pelbagai penyakit


ZIKIR ASMAULHUSNA UNTUK PELBAGAI PENYAKIT


Buat dalam keadaan tenang (alpha dimensi) dan pasrah dengan kebesaran nama2 Nya.
Lepas zikir dan baca bicara hati ini,  tarik nafas dalam2 dan masa lepas nafas perlahan2 niatkan dalam hati Ya Allah keluarkanlah penyakit dan keburukan dalam diriku.


1. DARAH TINGGI

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan penyakit darah tinggi kami dan turunkan sukatan darah tinggi kami.

Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"

2. KENCING MANIS

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan kencing manis kami dan turunkan sukatan gula dalam darah kami.

Ya Salaam
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang.

3. KOLESTEROL

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh

sembuhkan penyakit kami dan turunkan sukatan kolestrol dlm darah kami.

Ya Salaam Ya Mukmin

tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa  mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang.

4. GASTRIK

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Bathin

sembuhkan penyakit gastrik kami dan hilangkan toksid dlm tubuh kami.

Ya Salaam Ya Mukmin

tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang

5. GOUT

Allahumma Ya Saalam Ya Fattah Ya Muqsith

sembuhkan penyakit gout kami ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel2 darah dlm tubuh kami.

Ya Salaam

tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang.

6. PENYAKIT THYROID

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah

ssungguhnya penyembuhan itu adalah milikMu secara mutlak.

Kami hamba yg dhaif merintih kpdMu 

Ya Sami' Ya Mujib 

yg Maha Mdengar lagi Maha Mengabulkan agar Engkau sembuhkan sakit tyroid ini.
Kami yaqin Engkaulah mentakdirkan sakit ini.

Ya Qodir Ya Muktadir 

yg Maha Berkehendak lg Menentukan Takdir kerana Engkau ingin memasukkan kami ke syurgaMu. Kami redha atas setiap takdirMu.

Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin

kurniakan kami dan keluarganya hati yg kuat utk mengharungi ujianMu ini.

Ya Sobur

kurniakan kami kesabaranMu. 

Allahumma Ya Salaam Ya Fattah

kami mohon penyembuhan bg penyakit tyroid ini.

Ya Quddus Ya Jalil

bersihkan toksin2 yg ada dlm tubuhnya.

Ya Mumit

matikan kuman2 yg menjangkiti jasadnya.

Ya Mu'id Ya Salaam

kembalikan fungsi organ2 dlm tubuh kami yg telah rosak.

Sesungguhnya Engkaulah Ya Malik yg memiliki semua organ dan sistem tubuh kami.

Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'

Engkau mampu menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan kami kerana Engkau yg Maha Mengurus, Mentadbir dan Mengatur seluruh sistem tubuh kami.
Dengan kekuasaan KUN FAYAKUN Mu, Engkau hanya berkata jadi maka jadilah, Engkau hanya berkata sembuh, maka sembuhlah..

7. STROK

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim

kasihani kami Ya Allah, sesungguhnya sakit ini dtg dariMu sebagai takdirMu Ya Qodir Ya Muktadir buat kami agar kami ingat kpdMu dan menyebut2 namaMu. Kami redha atas takdirMu ini.

Ya Salaam Ya Fattah

hanya Engkau yg dpt menyembuhkan sakit ini.

Ya Malik Ya Malikulmulk

anggota tubuh ini milikMu, Engkau pinjamkan kpd kami seketika anggota tubuh untuk kami beribadat kpdMu.

Ya Salaam Ya Mu'id

kembalikanlah kesihatan buat kami utk kami terus beribadah kpdMu.

8. SAKIT BELAKANG

Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir

kami redha atas ujianMu ini.

Kami insaf, sekiranya Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud kasih kpd hambaMu, Engkau akan tarik hambaMu dekat kpdMu Ya Roqib Ya Qoreeb dgn peristiwa sakit dan pelbg ujian"

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin

kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan teguh utk beribadah dan berbakti.

Ya Salaam

sejahterakan roh dan jasad kami utk kami terus beribadah dan berbakti.

Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'



Kredit: @Deep_Usrah

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup