Bagaimana Allah menjawab

Syuhaida:
Kakita, bagaimanakah Allah menjawab permintaan kita? Adakalanya kita nampak dgn jelas... tp adakalanya ada detikan hati.. detikan hati ini yg xnyata dn takut utk diyakini... allahu allah

CDPR Ita Marina:
#jawapan

Assalam Syu,

Untuk semua sahabat, jangan salah faham saya bukan ustazah. Saya hanya manusia biasa yang bukan ada degree pengajian Islam pun. Bidang saya ialah perakaunan.

Tetapi, saya buka telegram group ini kerana ingn berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pencari ilmu diri bagi mengenal Allah Yang Esa. 

Buat Syuhaida dan sahabat lain, jika kita ragu dengan pertunjuk Ilahi, maka dengan kerendahan jiwa sebagai hamba, perbanyakkanlah lagi ibadah kepada Allah SWT.

Apakah yang perlu dilakukan?

1. Solat taubah selalu agar kita memohon keampunan dan taubat daripada Yang Maha Esa.
2. Solat tahajud banyak-banyak. Jika berkemampuan buatlah 12 rakaat di waktu eksklusif hening pagi.
3. Zikir...

(a) Istighfar 1000x - istighfar ini merupakan proses penyucian jiwa dan membersihkan titik-titik hitam di dalam hati kita. Bersihkan jiwa kita daripada sandaran jhati terhadap berhala dunia yang selalu meluap-luap di dalam jiwa.

(b) Boleh juga zikir ya affuw ya ghaffar ya tawwab ya quddus ya jalil untuk membersihkan jiwa kita daripada sifat mazmumah dan kesombongan hamba Allah SWT. Mungkin juga, zikir ini pembersihan syirik khofi (iaitu syirik kecil) yang selalu menapak di dalam hati kita.

(c) Zikirkan tahlil iaitu laila haillallah, muhammadurrasulullah - 1000x sehari.

(d) Kemudian bolehlah diteruskan dengan zikir pertunjuk kebenaran seperti di bawah sebanyak 1000x.

PERTUNJUK KEBENARAN

Zikirlah:

::
Allahumma Ya Fattah, Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq, Ya Zohir.
::

Semoga Allah SWT membuka segala hijab kebenaran dan menunjukkan semua kebatilan yang berlaku di sekeliling kita.

Oleh yang demikian....

Kita tidak perlu lagi meneka-neka dalam kesamaran.

Tunjukkan kebenaran, bagi hak yang benar.

Tunjukkan kebatilan, bagi yang batil.

Perteguhkan keyakinan kami kepada pertunjukMu.

Kukuhkan pegangan kami dalam ajaranMu sehinggalah kami dipanggil mengadapMu.

Wahai Allah Yang Maha Baik.

Perkenankanlah permintaan kami hambaMu yang hina ini.

Allahumma Ya Amin.

Ya Wahhab Ya Kareem Ya Mujib.

(e) Syu boleh juga zikirkan surah An-Nas sebanyak 1000x sehari untuk menghindari hati daripada penyakit was-was dan kegusaran tentang adakah benar ini pertunjuk Allah.

Dalam Kitab Hikam penulisan Ibnu Attaillah as-Sakandary, ada dijelaskan tentang suasana roh, qalbu, nafsu dan akal bagi mencapai tahap hakikat makrifat pada Ilahi.

Penjelasan mengenainya dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hati kita disinari cahaya Ilahi (melalui zikir untuk menundukkan hati), maka hati kita akan dipandu oleh malaikat dan bukannya iblis atau syaitan.

Oleh yang demikian....

Suasana hati yang bersih itu perlu bagi memperlihatkan keteguhan hati melalui firasat kita.

Insya Allah sama-sama kita bersihkan hati agar kita dapat menikmati cahaya/nur zat Ilahi bagi mencintai Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud dengan sepenuh hati.

::
::
#NMAAtasawufmoden
#NMAAperangsihir

❤️❤️❤️❤️❤️

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup