3 PERKARA YANG TIDAK BOLEH MALAS DIFIKIR
Susulan dari topik terdahulu berkenaan MEMAHAMI KEMALASAN , kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang kenapa kita perlu jauhkan diri dari sifat malas ini. Orang lelaki (di dalam alQuran) sebagai ketua keluarga disebut RIJAL. Dalam sebuah rumahtangga, suami perlu punya sifat RIJAL. Suami adalah pemimpin dalam rumahtangga. Kalau belum, maka perlulah ibubapa menekankan perlunya membentuk sifat RIJAL ini sedari anak kecil. . Sedikit flashback; Tanda awal sifat malas adalah malas berfikir. Bila malas berfikir, jadi malas fizikal, malas bertindak. Akibatnya, tiada satu perkara pun yang terlaksana dalam hidup. Adakah selamanya mahu mendatar tanpa mencapai tujuan hidup? Tertunaikah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini? TIDAK BOLEH MALAS BERFIKIR Ada 3 perkara yang kita tidak boleh malas berfikir. Mesti fikirkan apa yang patut kita lakukan seterusnya. Manusia dijadikan dengan akal yang sempurna. Itulah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. #1. TANGGUNGJAWAB Janga