3 PERKARA YANG TIDAK BOLEH MALAS DIFIKIR


Susulan dari topik terdahulu berkenaan MEMAHAMI KEMALASAN,

kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang kenapa kita perlu jauhkan diri dari sifat malas ini.


Orang lelaki (di dalam alQuran) sebagai ketua keluarga disebut RIJAL.

Dalam sebuah rumahtangga, suami perlu punya sifat RIJAL.

Suami adalah pemimpin dalam rumahtangga.

Kalau belum, maka perlulah ibubapa menekankan perlunya membentuk sifat RIJAL ini sedari anak kecil.

.

Sedikit flashback;

Tanda awal sifat malas adalah malas berfikir.

Bila malas berfikir, jadi malas fizikal, malas bertindak.

Akibatnya, tiada satu perkara pun yang terlaksana dalam hidup.


Adakah selamanya mahu mendatar tanpa mencapai tujuan hidup?

Tertunaikah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini?





TIDAK BOLEH MALAS BERFIKIR


Ada 3 perkara yang kita tidak boleh malas berfikir.

Mesti fikirkan apa yang patut kita lakukan seterusnya.

Manusia dijadikan dengan akal yang sempurna.

Itulah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain.


#1. TANGGUNGJAWAB


Jangan malas berfikir tentang tanggungjawab kita.


Yang paling utama terhadap:

- Allah,

- diri sendiri,

- manusia,

- makhluk-makhluk lain.


a) kepada Allah - amalan fardu dan sunat. sentiasa tingkatkan hubungan dengan Allah.


b) kepada diri sendiri - menjaga tubuh kita. urus diri sendiri. menjaga kebersihan. kemas berpakaian. makan makanan yang sihat. menjaga kesihatan.


c) kepada manusia lain - ada 20 jenis manusia terdekat dengan kita ie. pasangan, anak-anak, ibubapa, jiran-jiran, kenalan, sahabat, orang lain. 

kalau kita malas nak fikir tentang orang lain, kita takkan bertindak untuk membantu mereka yang memerlukan.


d) kepada makhluk-makhluk lain - yang jauh dan yang dekat cth. binatang peliharaan.


AKIBATNYA


Kalau malas nak berfikir tentang tanggungjawab kita, akibatnya tiada tanggungjawab ini yang kita tunaikan.



#2. KEUTAMAAN HIDUP


Jangan malas berfikir tentang KEUTAMAAN HIDUP.

Keutamaan dalam hidup disebut sebagai awlawiyat.


Keutamaan terbahagi kepada 3:

Keperluan (daruriyat) - mesti ada. cth. nafkah keluarga, kenderaan.

Hajat (hajiyat) - kehendak hati cth. TV.

Luxury (tahsiniat) - perkara yang "nice-to-have".

.

Adalah menjadi tugas ketua keluarga untuk mempunyai keutamaan yang tepat selari dengan perintah agama.


Menyentuh tentang AKHIRAT, menurut Islam, dunia adalah jambatan ke akhirat.

Dunia hanyalah sementara dan menjadi tempat mengumpul bekalan sebelum menuju akhirat.


Dalam melalui setiap fasa kehidupan,

Di usia muda, kita anggap harta paling penting,

Di pertengahan usia, kita anggap kesihatan paling penting,

Di hujung usia, kita rasakan kasih sayanglah yang paling penting.

Namun di akhirnya, kita akan rasakan amalan lah yang penting.


JADI FOKUS KEUTAMAAN KITA HARUSLAH UNTUK AKHIRAT.



#3. PENGORBANAN


Jangan malas berfikir tentang PENGORBANAN.


Semua perkara ada pengorbanannya.

Ada perkara perlukan pengorbanan kita atau orang lain. 

Ada perkara kita perlu berkorban.



KESIMPULAN


Bila malas berfikir, tabiat malas pun datang.

Akibat dari malas, 

- bertangguh,

- kerja tak siap, rancangan tidak terlaksana.

- semangat menjadi lemah, tiada motivasi untuk lakukan apa-apa.



Disclaimer:
Ilmu ini dikongsi untuk kita perbaiki diri sendiri terlebih dahulu.


Sumber rujukan:
PESONA D'ZAHRA - "Memahami Kemalasan (Bhg 2)"





















Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2