MEMAHAMI KEMALASAN

Tajuk "Memahami kemalasan" ini adalah ulasan semula dari slot "Pesona D Zahra" di ikim.fm.


PENGENALAN TENTANG KEMALASAN


Ada malas dalam bentuk emosi disebabkan faktor kemanusiaan.

Ada malas dalam bentuk tabiat, apabila tindakan dilakukan berulang-ulang, akhirnya menjadi tabiat.

Malas menjadi masalah apabila sudah menjadi tabiat hingga kerja tak siap terutama bila melibatkan orang lain.


Dalam Islam, ada doa yang boleh kita amalkan memohon dihindari dari sifat malas ini.


Dalam kajian di Barat, 60% orang adalah malas.

Ramai yang suka nak mengelak dan beri alasan untuk memudahkan diri sendiri.

Cari kawan-kawanpun, jenis malas juga.






MALAS BERFIKIR


Kemalasan bermula dgn malas berfikir.

Malas berfikir sehinggakan nak buat keputusan yang mudah pun malas.


cth. 

isteri - bang, nak makan apa hari ni?

suami - apa2 lah!

.

Dalam al-Quran banyak Allah sebut tentang malas berfikir ini.

"apakah kamu tidak berfikir?"

"apakah kamu tidak perhatikan?"

Tujuannya supaya kita mengkaji dan dalami isi kandungan al-Quran.



MALAS FIZIKAL


Malas berfikir menjurus kepada malas fizikal.


Malas fizikal bermaksud malas untuk bertindak. 

Tiada usaha untuk bergerak.

Tak perlu buat apa-apa.

Tak perlu fikirkan orang lain rasa.

Tak perlu bantu orang lain.



MALAS BERTINDAK


Akibatnya tiada TINDAKAN dalam kehidupan.

Tak perlu bertanggungjawab (accountable) untuk setiap keputusan.

Macam lari dari tanggungjawab.

Hidup penuh dengan alasan.


Disclaimer:

Ilmu ini dikongsi untuk kita perbaiki diri sendiri terlebih dahulu.



Sumber rujukan:

PESONA D'ZAHRA - "Memahami Kemalasan"

link ke YouTube









Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2