Tadabbur Centre, [Aug 29, 2023 at 12:01 PM] Ilmu yang Sentiasa Tidak Cukup فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا Maksudnya: Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (Taha, 20:114) Tadabbur Ayat: Kita digalakkan untuk rasa “cukup” dengan segala apa yang kita ada. Kerana Allah sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Tapi, tahu tak? Melalui ayat ini, kita akan dapati bahwa kita perlu rasa “tak cukup” dalam satu perkara sahaja, iaitu ilmu pengetahuan. Kita perlu sentiasa meminta dan berdoa kepada-Nya agar ditambah ilmu kedalam dalam dada kita. Dengan ilmu, kita akan lebih yakin dengan agama yang kita anuti, iaitu Islam. Namun, sudah semes