Belajarlah merasa cukup




Tadabbur Centre, [Aug 29, 2023 at 12:01 PM]

Ilmu yang Sentiasa Tidak Cukup


فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا 


Maksudnya:

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

(Taha, 20:114)



Tadabbur Ayat:


Kita digalakkan untuk rasa “cukup” dengan segala apa yang kita ada. Kerana Allah sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Tapi, tahu tak? Melalui ayat ini, kita akan dapati bahwa kita perlu rasa “tak cukup” dalam satu perkara sahaja, iaitu ilmu pengetahuan.


Kita perlu sentiasa meminta dan berdoa kepada-Nya agar ditambah ilmu kedalam dalam dada kita. Dengan ilmu, kita akan lebih yakin dengan agama yang kita anuti, iaitu Islam. Namun, sudah semestinya kita tak boleh gopoh. Kita perlu melalui proses yang tertentu untuk memperoleh ilmu. Ilmu yang didapati melalui usaha dan kesabaran akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur.


Kita boleh guna doa ini dalam menimba ilmu:


رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا


"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"


Jangan berhenti menimba ilmu. Jangan rasa puas dengan ilmu yang kita ada. Sentiasa tambah dan tambah sehinggalah ajal kita dijemput Tuhan. Semoga kita berada dalam kalangan mereka yang berusaha menuntut ilmu.


Wallahu A’lam.

https://t.me/tadabburcentre/3409

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2