Doa ketika di persimpangan



Setiap hari kita ada banyak perkara yang memerlukan kita membuat pilihan.

Ada pilihan yang kecil dan nampak remeh.

Ada juga pilihan yang besar dan berat.


Sebaik-baiknya mulakan dengan solat istikharah dulu.

Bukanlah solat istikharah ini semata-mata untuk pilih jodoh seperti yang biasa disebut-sebut.

Sebenarnya solat istikharah ini amat digalakkan untuk mendapat petunjuk dari Allah dalam menghadapi ketidaktentuan (uncertainties) masa depan.


TUJUAN KITA:

Mengharapkan kebaikan dalam setiap keputusan yang kita buat.

Amat cantik doa istikharah.

Sesuai dengan topik berkenaan sihat mental, meletakkan Allah di hadapan dan pergantungan kepada Allah adalah yang terbaik.

Kata orang - lower your expectations. Merendahkan jangkauan dapat menghindarkan diri kita dari merasa terbeban (stres) dan bersalah dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara.


CUBA PERHATIKAN DOA INI.


Bahagian 1: 

Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. 

Memohon petunjuk haruslah dimulakan dengan memuji Allah dengan serba kebesaran dan keagunganNya. 


Bahagian 2:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. (Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat). Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. 

Segalanya dalam pengetahuan Allah. 

Sekiranya perkara itu BAIK untukku (agamaku, hidupku dan pengakhiranku), jadi mohonlah kebaikan, kemudahan dan keberkatan dalam urusan tersebut.

Apa yang dihajati itu tercapai juga.


Bahagian 3:

Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. (Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat). Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. 

Begitu jugalah sebaliknya. 

Sekiranya perkara itu BURUK untukku (agamaku, hidupku dan pengakhiranku), jadi mohonlah dijauhkan dan dihindari dariku dari urusan tersebut.

Pastilah ada hikmah atau dilambatkan atau ada plot twist dalam perkara itu.


Bahagian 4:

Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”

Dengan penuh keyakinan, hanya Allah yang Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. 

Nyatakan hajat kita itu, namun masih tetap bersandar kepada Allah. Mohonlah seolah-olah kita bercakap dengan Allah walaupun Allah sudah tahu apa yang terkandung di dalam hati kita.

Kita harus yakin bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, mengikut kemampuan dan keterbatasan kita.


Rujuk di sini untuk penerangan lanjut:

Artikel Tentang Istikharah


Harap bermunafaat untuk semua.








Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2