Posts

Showing posts from September, 2026

Persediaan menghadapi akhir hayat

 FB: Abdul Jalil Abdullah 21/9/26 ISNIN · PERSEDIAAN MENUJU DETIK AKHIR KEHIDUPAN Semalam, saya berpeluang menziarahi sahabat saya, Cikgu Mat Noh, yang baru kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Kak Najlah. Saya sebenarnya tidak sempat hadir menziarahi pada hari pemergian dan pengebumian Allahyarham kerana ketika itu berada di Kota Bharu. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk saya datang selepas itu bersama isteri dan anak, bertemu Cikgu dan anak menantunya serta mendengar sendiri perjalanan hari-hari terakhir Allahyarham. Saya datang untuk menziarahi dan menyampaikan takziah. Namun saya pulang membawa sebuah pelajaran kehidupan yang sangat besar. ♨️Daripada penceritaan Cikgu dan anak-anak, saya melihat sebuah kisah tentang sakit, harapan, kesetiaan seorang suami, kebimbangan seorang isteri dan persediaan menuju detik akhir kehidupan. Allahyarham mula diuji dengan masalah kesihatan sejak sekitar Jun 2026. Menurut anak-anak, sepanjang hidupnya ibu sangat tidak mah...

Doa untuk anak-anak

 DIAM-DIAM AMALKAN 7 HARI INI UNTUK ANAK Mohon Agar Allah Mudahkan Jalan Hidupnya dan Berkah sgala Jalan Aamiin  Sebagai orang tua, kita tidak selalu mampu menyelesaikan semua urusan anak. Namun, kita boleh berikhtiar melalui doa, sedekah dan amal soleh dengan penuh keikhlasan. Amalan ini dilakukan selama 7 hari sebagai bentuk ikhtiar dan doa agar Allah menjaga anak, melapangkan rezekinya serta memudahkan urusannya. Hari 1 — ISTIGHFAR Baca istighfar 100 kali selepas Maghrib atau Subuh. Niatkan: “Ya Allah, ampunkan dosa anakku dan mudahkan segala urusannya.” Hari 2 — SELAWAT Baca Selawat Ibrahimiyyah 100 kali. Niatkan: “Ya Allah, berkati masa depan dan kehidupan anakku.” Hari 3 — SEDEKAH Bersedekahlah walaupun sedikit. Niatkan: “Ya Allah, mudahkan rezeki dan jalan hidup anakku.” Hari 4 — AYAT KEMUDAHAN Baca Surah Al-Insyirah ayat 5–6 sebanyak 7 kali. Hari 5 — DOA NABI IBRAHIM Baca 21 kali: رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Rabbi hab li minash-shalihin “Ya Tuhanku, kurniakanlah ...

Doa dipermudahkan urusan

Image
  Rujukan: https://www.facebook.com/share/r/19U6XKJw8A/?mibextid=wwXIfr